All About My Hobbies~

All About My Hobbies~
Welcome To My Humble Cooking Blog. Nothing special about my blog, I'm Not a Professional...But I Really Enjoy Myself Doing It. "Mommy's Ryan Kitchen " is all about cooking & Baking. Just to share some tested & validated recipes from people who loves cooking. All Photos & Recipes is Belong to Blog Mommy Ryan's Kitchen. Strictly Copy Paste & Download all Items in This Blog Is NOT ALLOWED. Thank You!.

Monday, 29 October 2012

Milo & Yam Flavour Ice Cream~ (Homemade)

jom Buat ice cream lagi....hehehe...
atas permintaan dari anak2, mommy buatkan je. Just guna bahan2 yang ade kat dapur..

Easy Homemade Ice Cream~
Bahan2:
1 biji telur (Grade A)
1 Tin susu Pekat manis (500g)
1 1/2 Tin susu Cair (Tin yang 450g)
2 sudu makan ovalett
1 sudu teh esen vanila
1 cup serbuk Milo
yam paste / perasa keladi secukupnya..

cara penyediaan:

satukan kesemua bahan2  tadi...& putar dengan mixer dengan menggunakan kelajuan tinggi ye...
Putar selama 20-30minit..hingga adunan benar2 kembang & Gebu.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian:
1 bahagian dicampurkan dengan serbuk milo
1 bahagian lagi dicampurkan dengan peraa keladi / yam paste

Sedikan bekas...Tuangkan adunan tadi mengikut citarasa masing2...dah siap!
Masukkan kedalam freezer untuk semalaman..

Tadaaa!...Homemade Ice Cream dah siap...^^ selamat mencuba~

Nasi Lemak~

memamg semua sukakan nasi lemak...
ianya juga sangat mudah untuk di sediakan...tapi di sini saya try resepi dari website Kongsi Resepi...Memamg sedap!
Jom tengok resepinye...** Ikan Bilis & kacang goreng saya gantikan dengan nugget" sebab anak2 tak suka**

Bahan2:
Untuk Nasi:
2 cawan beras
1 cawan santan & 1 cawan air
1 Helai daun pandan di simpul
3 Hirisan Halia
Secubit Garam & sesudu Gula

Bahan untuk sambal pual:
6 Sudu besar cili kering dimesin
4 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 biji bawang besar dihiris
segenggam ikan bilis ( Dibasuh...& separuh daripadanya ditumbuk)
sedikit air asam jawa
sedikit belacan
garam & gula secukupnya

Bahan sampingan lain:
Ikan bilis goreng, kacang tanah goreng ,telur rebus & Timun..(Tapi saya  gantikan ikan bilis & kacang goreng dengan nugget je, ank2 tak suka)

Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan2 untuk nasi..& masak nasi seperti biasa..

Tumis Bawang besar, masukkan bawang2 yang telah ditumbuk, cili mesin,
belacan & ikan bilis yang telah  ditumbuk..sehingga sedikit garing & pecah minyak..
masukkan air asam & separuh lagi ikan billis yang telah dibasuh tadi.
perasakan dengan garam & gula...Masak hingga agak pekat...



Itik Paklo / Itik masak rempah~

Menu yang wajib bila musim Gawai Or Christmas 


Itik Paklo / itik goreng rempah~

1 ekor itik ( dipotong & dibersihkan)
2 sudu besar bawang putih yg telah di kisar/di tumbuk
2 sudu besar bawang merah yg telah di blend/di tumbuk
2 sudu halia yg telah di blend /di tumbuk
5 sudu besar lengkuas yg telah diblend /di tumbuk
Garam & serbuk perasa secukupnya...
2 sudu besar gula apong/gula melaka
kicap pekat secukupnya...
1 bungkus rempah itik
**bahan2 yg diblend tadi tinggalkan sedikit utk menumis**

cara penyediaan:
Perapkan itik yg telah di potong tadi dengan Bahan2 yg diblend /ditumbuk..masukkan gula apong/gula melaka & perasakan dgn garam & serbuk perasa., jgn lupa kicap pekat juga ye....Biar selama 1jam..

Panaskan kuali....tumiskan sedikit bahan2 yg telah di blend tadi hingga naik bau...
kemudian masukkan je itik yg teah pun diperap...kacau sebati biar naik minyak...tutup dengan penutup kuali ye..biarkan mendidih seketika....kacau selalu supaya tidak melekat"..masak dalam 30minit atau
kalau daging dah lembut & empuk tutup api...dah siap!...sng je :)
 

Friday, 26 October 2012

Kerabu Nenas~

Tidak lengkap menu harian ku kalau tak makan asam & cili...hehehe..Kerabu nenas", salah satu daripada kegemaran ku..^^



Mudah je ni..
Potong Nenas ikut suka..nak tebak ke nak nipis ke..hehehe..
pastu cili..Ikan Bilis..& belacan di tumbuk..(kalau nak tumis dulu pun boleh)
gaulkan kesemuanya & jangan lupa perasakan dengan garam ye( secukup rasa lah)..
tuangkan sedikit madu jika suka...dah siap!

My First Homemade birthday cake...

Walaupun rupa tak secantik kek yang kita beli..tapi ,sangat berpuas hati dengan hasil tangan sendiri...hehe^^

The best part is"...Robby like it! ^^

Mee kuning dengan Kuah Laksa sarawak~

Biasa nye kita makan mee kuning ni dengan kuah kari ...Tapi atas permintaan dari anak2 ku,
maka tercipta lah mee berkuah Laksa Sarawak"...hehehe..
Sedap juga!...sampai licin kuah tu ^^

Tuesday, 23 October 2012

Resepi Icing~

SEGALA MACAM RESIPI ICING.....( sumber dari http://jaya31.blogspot.com/2010/10/segala-macam-resipi-icing.html
Di sini saya nak kongsikan resepi fondant/ sugar paste, royal icing, butter cream dan cream cheese icing. Bagi orang yang baru nak belajar bolehlah cuba resepi2 ini..

 FONDANT PASTE / SUGAR PASTE

 Kita gunakan fondant ini untuk membentuk sesuatu corak dengan tangan atau pun pencetak. BAHAN-BAHANNYA:-
 Bahan A
 15 gm gelatin powder yang halal
 70 ml air
 Bahan B
1 kg gula icing yang telah diayak
 1 biji putih telur
 50 gm glucose ( liquid) cecair yang sangat likat
 15 gm tepung jagung.

 Cara-caranya.
 1. Campurkan bahan A ke dalam bekas yang tahan panas dan biarkan ia kembang selama lebih kurang 2 minit. Kemudian double boilkan bekas itu untur mencairkan gelatin tersebut.
 2. Campurkan kesemua Bahan B dan campurkan Bahan A yang telah cair tadi. Pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh yang lembut.
 Sapukan tangan dengan tepung jagung (bukan dari sukatan di atas) dan uli doh tersebut bagi mengelakkan ia melekit. Doh tersebut sudah sedia untuk dibentuk.
 Sekiranya tidak mahu digunakan terus, simpanlah di dalam plastik supaya tidak terdedah pada udara yang boleh membuatkan ianya keras.
 Jangan simpan didalam peti sejuk. Ianya tahan untuk jangkamasa lebih kurang seminggu. Sekiranya doh telah menjadi keras sedikit, ulilah semula untuk melembutkan doh tersebut. Sekiranya kita hendak mewarnakan fondant tersebut letaklah pewarna makanan yang dikehendaki dan ulilah fondant tersebut hinggalah warnanya sekata. Canai nipis dan cetaklah dengan corak yang dikehendaki untuk membentuk gubahan yang kita mahukan. Bagi mencantumkan kepingan kepingan fondant ini kita kena gunakan royal icing supaya kepingan2 tersebut boleh melekat. Fondant yang telah dibentuk dengan pelbagai bentuk bunga/corak boleh disimpan lama lebih kurang setahun. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk.

 ROYAL ICING
 Kita gunakan royal icing untuk piping. Selepas piping, jika dibiarkan dalam 1 jam dia akan jadi keras.Oleh itu ianya tidak tahan disimpan lama. Bancuh royal icing ini semasa kita hendak menggunakannya sahaja

 BAHAN2NYA:
 Bahan A
 280-300gm gula icing yang telah di ayak.
 Bahan B
1 biji putih telur
 1 sudu teh jus lemon

 Cara2nya:
 1. Campurkan bahan B dan pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana lebih kurang 2 minit.
 2. Tambahkan Bahan A sedikit demi sedikit dan pukul dengan mixer hingga adunan nampak cantik. Kepekatan icing ini bergantung pada jenis nozzle yang kita hendak gunakan.
Sekiranya kita menggunakan nozzle yang halus, cairkanlah sedikit icing tersebut dengan mengurangkan jumlah gula icing yang digunakan.
 Jika hendak pekat maka lebihkanlah gula icing. Doh tersebut telah sedia untuk digunakan. Terpulanglah pada kita untuk membahagikan mengikut warna yang dikehendaki

.Cara mewarnakan:
Tambah setitik dua warna yang kita kehendaki dan kacau dengan sudu atau spatula hingga warna menjadi sekata. Jangan dedahkan royal icing pada udara jika tidak digunakan. Nanti ia menjadi keras.


 BUTTER CREAM
 (1) Bahan2nya:
 200gm butter
 150gm gula ising
 1/2 sudu teh esen vanilla

 Cara-caranya:
 Campurkan kesemua bahan dan pukul dengan mixer hingga adunan kembang dan gebu.
 Adunan ini siap sedia untuk digunakan.
 Adunan ini boleh disimpan dalam peti sejuk jika tidak digunakan tetapi hendaklah disimpan dalam bekas yang bertutup.

 BUTTER CREAM
(2) Bahan-bahannya:
 600gm butter
 400gm krimwell
 500 gm syrup

 Cara2 membuat syrup:
 1 kg gula pasir
 600ml air
 2 slice lemon ( tidak perlu diperahkan)
 Campurkan gula,air dan lemon dan masakkan hinnga mendidih. Biarkan sejuk dan sukatlah untuk 500gm syrup.
 Cara2 Membuat Butter Cream:
 Pukul butter dan krimwell hingga kembang dan masukkan syrup sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga kembang dan gebu.

 CREAM CHEESE ICING

 Bahan2nya:
 200gm cheese Cream
100gm butter
 80 gm icing sugar
 1/2 sudu makan jus lemon

 Cara-caranya:
 Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga kembang dan gebu. Siap sedia untuk digunakan.


 CHOCOLATE PIPING
Kalau kita hendak menggunakan coklat untuk mendeco cake kita dengan cara piping bolehlah gunakan resepi ini. Coklat ini tahan disimpan sebulan di luar peti ais.
 Bahan2nya:
 200gm cooking chocolate
 60 gm cooking oil

 Cara-caranya:
 Cairkan chocolate dengan cara double boil. Selepas coklat cair campurkan minyak dan kacau hingga sebati. Simpan dalam bekas bertutup. Coklat ini akan menjadi likat tetapi dia tidak akan menjadi beku. SELAMAT MENCUBA....!

Monday, 22 October 2012

Ice Blend Watermelon with milk shake~

Jom sejukkan tekak"... Bahan2: Buah tembikai secukupnya (dipotong dadu) gula secukupnya...(ikut suka, nak manis ke tak nak) susu cair secukupnya... ice batu secukupnya... satukan kesemua bahan2 & blend sampai sebati.. jika terlalu manis tambahkan sedikit air.. dah siap!.....

Mee Kari~

Mee Kari...
Biasanya kita makan mee kari bersama mee kuning, tapi saya terpaksa menukar mee kuning kepada mee hun,oleh kerana anak2 tidak suka makan mee kuning"...hmmmm...layan je la kan, asalkan anak2 puas & mahu makan..
Jom kita tengok resepi~
... Bahan2:
 8 ulas bawang merah - dikisar
 4 ulas bawang putih - dikisar
 10 tangkai cili kering - dikisar
 1 cwn udang kering - direndam n dikisar
 1 cawan rempah kari daging - guna BABAS
 1 biji santan 2 inc halia - dititik
 2 inc lengkuas - dititik
 2 btg serai - dititik
 3 kpg asam keping
 garam dan gula secukup rasa
 10 ekor udang - yg besar
 1ketul ayam(bahagian dada)
 fish ball kerang (Optional) **saya tk letak sbb ank2 tak suka mkn kerang** tauhu sponge yg dah goreng
Bahan dimakan bersama Mee kuning ( saya guna mee hun)
 Tauge Telur rebus Daun sup dan daun bawang - dihiris halus Bawang goreng Limau kasturi
Cara penyediaan~..
 Tumis bahan yg dikisar hingga garing dan naik bau. Masukkan rempah kari daging yg tlh dibancuh dgn air, halia,lengkuas dan serai. Masukkan air dan biar ia didih. Masukkan ayam dan biar hingga empuk Kemudian masukkan santan dan asam keping dan biar hingga merenih. Masukkan udang, kerang dan fish ball. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan tauhu sponge. Biarkan kuah mendidih Sedia dihidangkan...

Friday, 19 October 2012

Kari Ayam~

Masak lauk kegemaran anak2 malam ni...ape lagi Kari ayam la, hehehe..
Bahan2:
 1/2 ekor ayam (dicuci & dipotong kecil )
 5 ulas bawang putih (ditumbuk )
 2 biji bawang merah (ditumbuk )
2 inch halia (ditumbuk)
 5 helai daun kari
 4 biji kentang (dipotong dadu )
 1tin susu cair @ 500ml santan
 2 sudu besar cili boh
 3 sudu besar serbuk kari
Cara penyediaan :
 Panaskn kuali, masukkan sedikit minyak utk menumis. Tumiskan bawang putih, bawang merah & halia hingga naik bau. Masukkan daun kari,cili boh,ayam & kentang. Kacau 1-3minit. Masukkan sedikit air agar tidak kering. Kemudian Masukkan garam &serbuk perasa, serbuk kari &susu cair@ santan. Biar mendidih, perlahankn api biar masak dlm 20minit. Kalau ayam dah empuk, tutup api...dah siap.... :-)

Kek Lapis Vanila Coklat~

Kek Vanila Coklat~ macam Familiar je nama tu kan?..hehehe..kek ni sebenarnya saya nak buat bentuk marble"..tapi tak jadi, so terhasil lah,versi lapis...^^
Jom Skodeng Resepi...
(Loyang size 5x6")
 Bahan2:
 5 Biji Telur
 250g Mentega
 1 1/2 cup Tepung Gandum (saya Guna Tepung Hong Kong)
 1 cup Gula
 1 cup susu tepung
 1/3 Tin Susu Pekat Manis
 1 Sudu Teh Esen Vanila
 25g Serbuk Koko
 1 Sudu Teh Browning Sugar @ Coklat emulco
 1 Sudu Makan Ovalett
Cara2 menyediakan nya:

 Pukul Gula & mentega hingga kembang... Kemudian Masukkan Telur satu persatu..Kacau lagi.. Masukkan pula Tepug Gandum & Susu Tepung Yang telah di ayak terlebih dahulu ye.. Pukul sebati.....masukkan susu pekat manis & Ovalett...Teruskan kacau.. Bila sudah sebati & kembang..
 Bahagikan Adunan kepada 2 bahagian...
 1 bahagian dicampurkan dengan Esen Vanila..
 1 Bahgian lagi campurkan dengan Seerbuk koko & Browning sugar @ Coklat Emulco tadi...
 Panaskan dulu air kukusan ye...
Sediakan loyang yang telah dialas dengan mentega & baking paper..
 Tuang adunan coklat dulu..kukus dalam 5-7minit..
 kemudian tuangkan adunan vanila diatasnya...kukus lagi..
 Ulang proses yang sama hingga adunan habis...
Setelah selesai melapis, kukus kek untuk 30minit-1jam ..supaya kek masak dengan sempurna...

Thursday, 18 October 2012

Rendang Daging Simple~

2 helai daun limau purut
1helai daun kunyit
500ml santan
100gm kerisik
 2kuntum bunga lawang
 50gm jintan manis
 Garam & serbuk perisa secukup rasa
1sudu teh serbuk kunyit
 sedikit Gula(Ikut suka)
 2biji bawang besar
 2ulas bawang putih
 2cm halia
 1sudu mkn cili boh( Ikut suka)
Blend Bawang besar,bawang putih,& halia...
 Daun kunyit di hiris halus2
 Panaskan minyak, tumiskan bahan2 yg telah di blend tadi hingga naik bau.
 masukkan serbuk jintan manis, bunga lawang & daun limau purut. masukkn juga cili boh,kacau lagi hingga naik minyak.
 Masukkan daging yg telah di cuci,gaul sebati.
 kemudian masukkan serbuk kunyit,kerisik,daun kunyit & santan. jagan lupa garam & serbuk perisa secukup rasa. juga gula(ikut suka) kacau sebati.
 tambahkan sedikitkn air dan biar mendidih..
 bila daging dah empuk, tutup api.. Dah siap, slmt mencuba~

Ayam Masak Kicap~

Bahan2:
 1/2kg ayam
 sedikit bawang putih,bawang merah & halia utk menumis
 3sudu sos tiram
 2sudu sos cili
kicap pekat secukupnya
garam & serbuk perasa secukupnya..
 minyak utk menumis (sya guna olive oil)
 sedikit serbuk lada hitam
senang je, panaskan kuali..
kemudian masukan minyak utk menumis.
 masukkan bawang merah,bawang putih & halia yg telah di tumbuk tumis smpai naik bau..
 masukkan pula ayam..
 kacau sebentar hingga keluar minyak,kemudian masukkan sedikit air & sedikit lada hitam.
 biar mendidih... masukkan sos tiram,sos cili & kicap pekat tadi..jgn lupa garam & serbuk perasa ye.
. kacau sebati...dah siap..mudah kn?..hehe

Ayam Masak Merah~

1/2 ekor ayam
 1biji bawang besar ( di hiris bulat)
1biji tomato ( di potong dadu)
1biji cili merah besar (potong memanjang)
1sudu besar bawang merah ( yg telah di blend)
 1sudu besar bawang putih ( yg telah di blend)
 1sudu besar halia (yg telah di blend)
2sudu besar cili boh/ cili giling
 2sudu besar sos cili
 2sudu besar sos tomato
 Garam & serbuk perisa secukup rasa
Goreng ayam selama 10minit dlm kuali dgn minyak (jgn terlalu garing) tutup api.
 angkat & toskan ayam
 sediakan kuali utk menumis.
 Tumiskan bawang merah,bawang putih dan halia hingga naik bau.
 kemudian masukkan cili boh. kacau & masukkan ayam sekali ye.
 Tambah kn sedikit air agar tidak melekit.
 Masukkan sos cili & sos tomato. kacau rata.
selepas itu masukkan bawang besar & tomato yg di potong tadi .jgn lupa cili besar juga ye.
 kacau lagi,kemudian masukkan garam & serbuk perisa. bila dah agak pekat tutup api..dah siap..slmt mencuba.

Mee Hun Goreng Simple~

mee hun goreng simple..
 1 bungkus mee hun
 2 sudu besar bawang merah yg telah di blend
2 sudu besar bawang putih yg telah di blend
 2 biji telur
sedikit daging ayam yg telah di cincang (optional)
 sedikit mix vege( carrot/jagung/green pea) jika suka
 3 sudu besar sos Tiram
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu cili boh (klu nk pedas)
 1 sudu besar cuka
 Garam & serbuk perisa secukup rasa
panaskan minyak,
 tumis bawang marah& bawang putih hingga naik bau.
 masukkan daging ayam tadi, kacau hingga daging masak.
 masukkan telur,kacau lagi.
 kemudian masukkan sos Tiram/kicap pekat & cili boh.
 tambahkn sedikit air supaya tidak melekat.jgn lupa masukkan cuka ye.
 lepas tu,masukkan mix vege tadi.
kacau sebati. Garam & serbuk perisa juga di masukkan sekali.
akhir skali,masukkan mee hun yg telah di rendam terlebih dahulu dan di toskan..
.kacau rata hingga mee hun masak.
 utk yg suka pedas tu blh lah tambah kan cili api ye...dh siap..slmt mencuba..

Baking Ingredients

Bubur Pulut Hitam~

Bubur Pulut Hitam~ (diet mode)

 Bahan2:
 3/4 cup beras pulut Hitam
 3helai daun pandan
 3 sudu bsr gula merah @ gula melaka
sedikit Gula halus(ikut suka) blh tambah @ blh kurangkan
 10gm biji sagu
 air secukup nya utk memasak beras
 1kotak susu segar HL (1Liter)
Rendam beras Pulut semalaman.
 masukkan air secukupnya utk memasak beras.
 masukkan juga biji sagu. jgn lupa daun pandan ye.
 utk menambahkn aroma. masak sampai mendidih.
kemudian masukkan gula merah@gula melaka. kalau nk manis tmbahkn dgn gula halus tadi.
 Kacau sebati.
Biarkan mendidih dan msak atas api yang pelahan takut hangus pula nanti..hehe
 Bila beras dah nampak hancur dan bubur dah pekat.
 masukkan susu segar tadi dan kacau sebati. Dah siap, slmt mencuba~

Udang Brekuah~

Menu kegemaran ank2 ku....Udang Berkuah" ^^

 Bahan2:
 1kg udang ( dipotong janggut)
 bawang merah & bawang putih secukupnya ( di blend)
 halia secukupnya ( di blend)
 5 sudu besar sos cili
 2 sudu besar sos tomato
1 biji telur (di pukul)
 Garam & serbuk perasa secukupnya..
Panaskan minyak.
.tumis bahan2 yang telah di blend tadi hingga naik bau..
 kemudian masukkan udang..kacau sebati..
 Tambahkan sedikit air..biar mendidih.
. masukkan sos cili & sos tomato...& Garam serta serbuk perasa..
 kacau sebentar..
last sekali masukkan telur yang telah di pukul terlebih dahulu.......
 kacau lagi agar telur tidak berketul2..
 Biar mendidih dalam 10 minit...dah siap..

Lamb In Black Pepper & Dark Caramel Sauce~

Lamb secukupnya...
1 sudu teh black pepper
 2 sudu mkn sos tiram
 2 sudu mkn sos cili
 4 sudu mkn kicap pekat
sedikit minyak utk menumis...
 bawang putih & merah secukupnya (diblend)
 Halia secukupnya (diblend)
Garam & serbuk perasa secukupnya
panaskan kuali...
masukkan sedikit minyak utk menumis.
. masukkan bawang putih,merah & halia..tumis hingga naik bau..
 masukkan sedikit air agar tidak hangus..
 biar mendidih sekejap..masukkan sos tiram,sos cili,black pepper & kicap pekat...
gaul sebati..jgn lupa garam & serbuk perasa ye..
 Masukkan lamb yg telah di bersihkan tadi...kacau sebati,tambahkan sedikit air..
biar mendidih..
masak selama 20minit..atau hingga daging empuk..dah siap..

Bawal Putih masak Kicap & sos Tiram~

1 ekor Bawal Hitam sederhana digoreng dengan tepung jagung dan garam halus
dan letak di atas pinggan hidang. Lebih enak jika ikan digoreng garing.
 3 ulas bawang putih dicincang
3 biji bawang merah kecil dihiris bulat dan nipis
 1/2 biji bawang besar (saiz sederhana)dibelah nipis
 3 sudu besar Kicap pekat
 1 sudu besar sos tomato
 1 sudu besar sos tiram
 1/2 sudu minyak bijan
 4 sudu besar minyak masak untuk menumis
Daun sup + daun bawang + bawang goreng sebagai hiasan( optional)
Panaskan minyak masak dengan api sederhana Tumis bawang putih+bawang merah+bawang besar sehingga kekuningan Masukkan tomato sehingga layu.

 Masukkan kicap pekat + sos tiram + sos tomato. Kacau dan tumis sehingga kicap dan minyak nampak terasing Masukkan minyak bijan. Kacau sebati Tuang di atas ikan goreng tadi dan tabur dengan daun sup+daun bawang. Sedia untuk dihidang

Sweet & sour Fried Fish~

1 Ekor ikan(Bawal hitam)
 2biji tomato ( di potong dadu dan di buang biji)
 1biji epal hijau ( di potong dadu)
 Sedikit nenas yang telah dipotong dadu
 1biji bawang besar ( di potong dadu)
 sedikit bawang putih/ bawang merah dan halia ( di blend)
 sedikit serbuk lada putih dan garam secukup rasa.
 3 sudu kicap pekat/ kicap soya
3 sudu sos cili
 3 sudu sos tiram sedikit gula ( ikut suka)
bersihkan ikan, kemudian perapkan dengan sedikit garam dan serbuk lada putih. (biarkan selama 15minit)

Panaskan minyak.
 kemudian goreng ikan sehingga nampak sedikit garing.
 angkat dan biar kan sejuk.
 sediakan kuali dan panaskan sedikit minyak untuk menumis.
 kemudian masukkan bawang putih/bawang merah dan halia yang telah di blend tadi.
 Tumis hingga naik bau.
 Masukkan Tomato/ epal hijau dan nenas yang di potong dadu.
 kemudian masukkan sedikit air supaya tidak hangus.
 Masukkan pula sos cili/ sos tiram dan kicap pekat.
 tambah sedikit gula jika mahu. biar mendidih sekejap.
 bila kuah dah nampak pekat, tutup api.
Tuangkan kuah tadi ke atas ikan yang telah siap di goreng
. Dah siap...
 Taburkan sedikit daun bawang jika suka...
~ selamat mencuba~

Mix Vege with Prawn~

BAhan2:
Udang secukupnya ( di buang kulit & kepala)
 1/2 ikat asparagus ( dipotong 4cm)
 1 batang china leeks ( di potong serong)
 1 batang carrot ( potong ikut suka)
 Bunga kobis secukup nya
 baby corn secukupnya( di belah 2)
 Bawang, garam & serbuk perasa secukupnya..
 2 sudu besar sos tiram
 2 sudu besar kicap cair sedikit lada putih..
Panaskan minyak.
.tumiskan bawang hingga naik bau.. Masukkan udang..kacau sebentar..
kemudian masukkan semua sayur, asparagus,china leeks,bunga kobis,carrot & baby corn. kacau sebati..

kemudian masukkan sedikit air agar tidak melekat..
masukkan pula sos tiram & kicap cair..
kacau lagi,perasakan dengan garam,serbuk perasa & sedikit lada hitam..
.dah siap.

Tom Yam Udang Simple~

1/2kilo udang ( di buang kulit & kepala)
 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
 15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
 2 batang serai (dititik)
 3 sudu besar pes tom yam
 4 helai daun limau purut
 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
 3-4 cawan air
garam & perasa
 sedikit minyak
 sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato)
Panaskan minyak dlm periuk.
 Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
 Masukkan udang, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar.
 Masukkan air dan biarkan mendidih.
 Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
 Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
 Last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.

TIPS: Tom yam yg enak, ade sedikit rase pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau.

Sambal Belacan Tomato~

Bahan2:
1 bjiji Tomato di potong kecil
5/6 biji cili api ( ikut suka ,klu nk pedas letak bnyk sikit)
 2 biji limau kasturi ( di perah,ambil airnya)
 segenggam Ikan bilis ( di goreng tanpa minyak terlebih dahulu)
2 inci belacan (sebesar ibu jari)
 Garam,serbuk parasa secukup nya...
 ( sedikit gula,jika suka) *optional*
Cara2:
 Campurkan kesemua bahan2 di atas dan blend (tumbuk)
 utk sambal yg tahan lebih lama, anda juga blh tumiskan. Biar pecah minyak..
 Dah siap..

Sambal Ikan Bilis 3Rasa~

Bahan2:
segenggam ikan bilis ( di rendam & di bersihkan)
 cili padi secukupnya..
Belacan secukupnya..
 1/2 labu bawang besar di hiris nipis..
1 sudu teh asam jawa tanpa biji..
2 biji limau kasturi ( di belah 4)
Cara2:
 panaskan minyak...
 masukkan Ikan bilis tadi..
goreng hingga agak kering..
 kemudian masukkan cili,bawang besar & limau kasturi..
 kacau sebati..masukkan sedikit air agar tidak melekat..
 Jgn lupa asam jawa..masukkan sekali..kacau hingga pekat...
dah siap..

Simple Chicken Soup~

1/2 ekor ayam di potong kecil (di bersihkan)
 1 batang lobak merah(carrot) di potong dadu
2 biji kentang ( di potong dadu)
 1 biji Tomato ( di potong dadu)
 bawang merah,bawang putih & halia secukupnya..
. Garam & serbuk perasa secukupnya.
. 2 ketul kiub ayam/
 2 sudu besar chicken stock
 sedikit daun sup @ daun bawang.
Tumiskan bawang merah,bawang putih & halia hingga naik bau...
 kemudian masukkan ayam..kacau sebati hingga kuar minyak.
 Tambahkan sedikit air agar tidak melekat. kemudian masukkan lobak merah & kentang...
.tambahkan air ( ikut banyak mana sup yang anda mahu)
masukkan serbuk perasa & garam serta sedikit lada putih (jika suka) Biar mendidih....
masak dalam 20minit.. Taburkan sedikit daun sup @ daun bawang ..
dah siap..

Rendang Ayam~

Bahan2:
1/2 ekor ayam (dicuci & dipotong)
 2cm kunyit(diblend)
2cm lengkuas (diblend)
 2cm halia (diblend)
 1 labu bawang besar (diblend)
 5ulas bawang putih (diblend)
 2 sudu besar cili boh
 2 keping asam keping
sedikit kerisik (sya guna 1paket kecil tu je)
 2 helai daun kunyit (dihiris)
 3helai daun limau purut
Garam & serbuk perasa secukupnya
1sudu teh gula (optional)
Cara menyediakannya:
 Perapkan ayam dgn bahan2 yg telah di blend tadi.
Masukkan juga cili boh,garam ,serbuk perasa & sedikit gula. (perap selama 1jam)

 Hiris daun kunyit halus2 daun limau purut di ceraikan kasar2 kemudian sediakan minyak utk menumis,tumiskan sedikit bawang,asam keping & daun limau purut hingga naik bau.
kemudian masukkan ayam yg telah di perap tadi,kacau sebentar...
masukkan kerisik & sedikit air agar tidak melekat..
 Biar mendidih,jgn lupa masukkan masukkan daun kunyit yg telah dihiris tadi...
masak sampai ayam empuk...
dah siap...

Tom Yam Seafood & vegetable

Bahan2:
 Bunga kobis ( di belah 2)
1paket cendawan
 1/2 batang carrot ( di potong bulat)
 4sudu Tomyam paste
 2biji tomato( di belah 4)
Udang,kerang,sotong & isi ikan secukupnya...
 2helai daun limau purut
 1helai daun kunyit ( di potong)
 Garam & serbuk perasa secukupnya...
 Bawang merah & bawang putih secukupnya..
Panaskan minyak..
tumiskan bawang hingga naik bau..
 masukkan daun limau purut & daun kunyit..
 kemudian masukkan asam jawa & Tomyam paste tadi..kacau sebentar..
 masukkan bunga kobis,udang,kerang,sotong,isi ikan & carrot..
tambah kan air & utk menjdaikan sup tomyam.
 perasakan dengan garam & serbuk perasa secukupnya..
.biar mendidih dalam 10minit...
dah siap..

Sardin Masak Asam~

Bahan2:
1 tin Sardin
1 labu bawang besar ( dihiris )
 2 ulas bawang putih ( dihiris )
2 inci halia ( dihiris/ ditumbuk)
 cili hijau & cili merah secukupnya ( dihiris )
1 biji tomato (dipotong 4)
 2 keping asam keping / 1sudu besar asam jawa(tanpa biji)
Sedikit minyak utk mengoreng
 Garam & serbuk perasa secukupnya.
Cara penyediaan: -
 Panaskan minyak & goreng ikan sardin dulu (jgn terlalu garing) kemudian ketepikan
. - Masukkan semua bahan,( bawang besar/bawang putih & halia) setelah naik bau,masukkan sos sardin tadi serta sedikit air & asam keping/asam jawa. Biar mendidih.
 - Setelah mendidih masukkan cili,ikan sardin yg telah di goreng tadi,tomato,garam & serbuk perasa.
 - Kacau sekejap, bila dah sebati tutup api...
dah siap~

Spicy Butter Prawn~

Spicy Butter prawn: Bahan2:

udang yang sederhana besar (ikut suka berapa ekor)
 butter
 2 biji kuning telur
 susu
 bawang putih (cincang)
daun kari
 cili padi
 garam tepung beras
Gaul udang, garam, tepung beras dan sebiji telur kuning - biar sebati k!!
 ~pastu goreng dan toskan~
 Panaskan kuali, serta masukkan butter.
 Bila sudah cair, masukkan susu yang telah dicampur dgn sebiji telur kuning.
Bila dah agak pekat masukkn bwg putih, daun kari dan cili padi.
 Kacau seketika kemudian letak udang yng sudah di goreng tadi.

Kerabu Timun~

1biji timun
segengam ikan bilis (Di goreng)
 5/6 biji cili api (ikut suka klu nk pedas letak bnyk sikit)
1biji bawang merah besar (Di hiris nipis2)
 2cm Belacan
 Garam dan ajinomoto secukup rasa
 sedikit kacang tanah yg telah di goreng (tambahan, klu x nk pn blh)
Timun di potong dadu...
Tumbuk ikan bilis,cili api sampai agak hancur.
 masukkan belacan dah tumbuk lagi.
 sesudah itu masukkan kesemua bahan ke dalam bekas yg besar dah gaul sebati.
jgn lupa bawang merah besar yg telah di hiris nipis tadi,gaul bersama timun,kacang tanah dah juga bahan yg telah di tumbuk.
 masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa..

 dah siap...slmt mencuba~

Pucuk Paku Campur Rebung Goreng Belacan~

Resepi mak...Rindu nye dengan masakan kampung halaman^^

pucuk rebung & pucuk pakis secukupnya..
 Ikan Bilis secukupnya( di tumbuk kasar)
 cili secukupnya(ditumbuk)
 bawang merah & bawang putih secukupnya..
 Belacan secukupnya...
Garam & serbuk perasa secukupnya..
 sedikit minyak utk menumis..
Cara2:
Panaskan minyak..
tumiskan bawang,cili,Ikan bilis & belacan hingga naik bau..
kemudian masukkan rebung & pucuk pakis..kacau sebati,
tambahkan sedikit air & perasakan dengan garam & serbuk perasa secukupnya..
.kacau lagi biar mendidih dalam 10minit..
angkat,dan hidangkan..

Pucuk Ubi Masak Tempoyak~

Bahan2:
 Tempoyak secukupnya..(Ikut suka,nak pekat ke tak nak)
 air secukupnya utk di jadikan sup..
 pucuk ubi 3/4 tangkai..( di renyuk halus)
bawang merah & putih secukupnya...
 Garam & serbuk perasa secukupnya...
 cili padi secukupnya ( ikut suka )
 sedikit ikan bilis(di tumbuk)
Cara2:
panaskan minyak..tumiskan bawang,Ikan bilis & cili hingga naik bau..
 kemudian masukkan air secukupnya utk sup..
biar mendidih kejap,barulah masukkan tempoyak & pucuk ubi...
kalau nak rasa yang lebih pekat boleh lah tambah kan tempoyak nya lebih sikit...
 perasakan dengan garam & serbuk perasa secukupnya...
 Biar mendidih dalam 10minit atau hingga pucuk ubi tadi masak...
dah siap..

Midin Goreng Belacan~

Bahan2:
daun midin @ pucuk midin secukupnya..
segenggam udang kering ( di tumbuk)
 cili padi secukupnya..( di tumbuk)
 Bawang merah & bawang putih secukupnya ( di tumbuk)
 Garam & serbuk perasa secukupnya..
sedikit minyak utk menumis..
Cara2:
 Panaskan minyak...tumiskan bawang,cili & udang kering tadi hingga naik bau..
 kemudian masukkan daun midin/pucuk midin..gaul sebati.
.perasakan dengan garam & serbuk perasa secukupnya...
kacau sebentar..
dah siap..

Pucuk Ubi Goreng Belacan & Cili

Bahan2:
1ikat daun ubi ( ambil pucuk nya saja)
..kemuidan di tumbuk halus dalam lesung batu..
cili secukupnya..
Belacan secukupnya..
Ikan bilis secukupnya..
 bawang merah & bawang putih secukupnya..
Cara2:
panaskan minyak...
Tumis bawang,cili ,Ikan bilis & belacan hingga naik bau..
 kemudian masukkan daun ubi yang telah di tumbuk, gaul sebati..
 tambah kan sedikit air & perasakan dengan garam & serbuk perasa secukupnya..
.kacau sebentar dan biar mendidih 10 minit...
dah siap..

Terung Dayak @ Terung Asam

2 biji terung Dayak ( terung asam)..
di potong kecil sedikit ikan bilis ( ditumbuk)
 Bawang secukupnya..(di tumbuk)
cili padi secukupnya..(di tumbuk)
 sedikit belacan...
Garam & serbuk perasa secukupnya..
Cara2:
panaskan minyak...Tumis bahan2 yang telah di tumbuk tadi hingga naik bau..
masukkan belacan... Masukkan pula Buah terung..kacau sebati..
kemudian masukkan air secukupnya utk di jadikan sup..
last sekali masukkan Garam & serbuk perasa secukupnya.
Biar mendidih & terung menjadi lembut...
dah siap..