All About My Hobbies~

All About My Hobbies~
Welcome To My Humble Cooking Blog. Nothing special about my blog, I'm Not a Professional...But I Really Enjoy Myself Doing It. "Mommy's Ryan Kitchen " is all about cooking & Baking. Just to share some tested & validated recipes from people who loves cooking. All Photos & Recipes is Belong to Blog Mommy Ryan's Kitchen. Strictly Copy Paste & Download all Items in This Blog Is NOT ALLOWED. Thank You!.
Showing posts with label Puding /agar2~. Show all posts
Showing posts with label Puding /agar2~. Show all posts

Tuesday, 8 April 2014

Yammy Corn Pudding


 Yammy Corn Pudding
 Bahan-Bahan:
 20gm agar-agar bertali (dipotong kecil)
 200gm kaya (diblend)
 1 Cup gula (diblend)
 1 Biji Telur (diblend)
 1 sudu teh esen vanilla (diblend)
 200ml santan (diblend)
 1500ml air
 Sedikit perasa keladi(yam) & perasa jagung

Cara Membuatnya:
Masak agar-agar yang telah dipotong kecil tadi dengan 1500ml air. Kacau hingga agar-agar larut/hancur. Blend kaya,Telur,santan & esen vanilla hingga sebati.
Bila agar-agar telah larut/hancur, masukkan gula. Kacau sebentar. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah diblend tadi. Masak sebentar & kacau perlahan. Dah sebati, Tutup api.
Bahagikan kepada 2 bahagian:
 1 Bahagian dicampurkan dengan perasa jagung
 1 Bahagian dicampurkan dengan perasa keladi(yam) Tuang adunan perasa jagung dahulu kedalam Loyang/bekas & biarkan mengeras. Baru Tuangkan adunan keladi(yam) tadi. Dah siap..

Friday, 12 July 2013

3Layers Pudding~


 3Layers Pudding~
 Bahan2: (Loyang 5x5)
 1paket (25gm) agar-agar kering(bertali)
 1250ml Air
 1 cup Gula (boleh tambah kalau nak manis)
 2 Biji telur
 1 Tin (400gm) susu sejat/susu cair
 **Nak guna Fresh milk pun boleh**
 1 Sudu makan esen Vanilla
 1 Paket kecil(36gm) White coffee 3in 1
 ** Boleh tukar guna Coklat emulco kalau tak suka perasa Coffee**
 Sedikit Perasa keladi/Yam (saya guna Yam Paste)

Cara membuatnya:
Potong Agar-agar kering/bertali kecil-kecil.. Kemudian masak dengan 1250ml air tadi, masukkan Gula & kacau hingga larut.
Dalam blender, masukkan susu sejat/susu cair, Telur & Esen Vanilla… Blend hingga sebati…
Kemudian satukan dengan adunan agar-agar yang dimasak tadi.
Kacau biar adunan betul betul rata…(Guna api sederhana besar saja ye)
Bila adunan sudah larut, ambil sedikit & campurkan dengan 1paket white Coffee 3in1 tadi.
Selepas itu,tuang kedalam bekas @ Loyang & simpan dalam Freezer supaya cepat beku..Biar 7-10minit.
** Bilas terlebih dahulu Loyang supaya mudah untuk mengeluarkan pudding nanti**
Sementara adunan yang lain,teruskan masak atas api perlahan & kena kacau selalu ye..supaya tidak berketul ketul .
Setelah adunan coffee beku, ambil sedikit lagi adunan yang dimasak tadi & dicampurkan dengan perasa keladi/Yam..
Ulang proses yang sama seperti adunan coffee tadi..
Untuk lapis yang terakhir,biarkan saja adunan dengan perasa yang asal..
Selamat mencuba!..


Tuesday, 30 April 2013

Pudding Pandan Sweet Corn~


 Yum2!...^^
 Pudding Pandan Sweet Corn~
 Bahan2:
 Agar2 bertali 25gm (dipotong kecil2)
 1 Tin Susu cair (400gm)
 1 Tin Cream Sweet Corn (425gm)
 1 Biji telur
 1 Sudu Teh Esen Vanila
 1 Cawan Gula
 1500ml air
 sedikit paste pandan

Cara membuatnya:
Masak Agar2 Bertali hingga hancur dgn 1500ml air... Setelah hancur masukkan gula...kacau sebati..
Dalam blender, masukkan susu Cair, Telur & Esen Vanila..Blend hingga sebati..
Kemudian disatukan dengan adunan agar2 yanag dimasak tadi...masukkan juga Cream Sweet Corn, kacau sebati...
Sediakan loyang, bilaskan dulu loyang supaya senang untuk keluarkan pudding nanti.. Ambil sedikit adunan tadi & dicampurkan dengan sedikit paste pandan/pewarna hijau..Tuangkan dalam loyang kemudian masukkan di dalam freezer.. setelah mengeras, tuangkan baki adunan diatasnya..masukkan semula kedalam freezer untuk 10-15minit. Dah keras, kuarkan....boleh lah dipotong....
Selamat Mencuba!


Friday, 5 April 2013

Strawberry Pudding~


Strawberry Pudding~
 25gm agar2 bertali (dipotong kecil2 ye)
 1025ml air
 1 Tin susu cair (500gm)
 1 sudu Teh Esen Vanila
 1 Cawan Gula
 sedikit perasaStrawberry (saya GunaStrawberry Paste)
 1 Biji Telur

Cara2:
Masak agar2 bertali dengan 1025ml air hingga hancur..Kemudian masukkan perasa strawberry ..
Masukkan juga gula.. dlm bekas lain,tuangkan susu cair, Esen Vanila , & telur..Kemudian pukul dengan pemukul telur hingga sebati ye.. Ketepikan..
susun buah Strawberry dlm loyang/bekas ..Tuangkan sedikit adunan yg dimasak tadi. Masukkan ke dalam Freezer supaya cepat beku.. setelah itu,satukan adunan susu cair, dengan agar2 betali yang dimasak tadi,kacau sebati... teruskan kacau hingga benar2 sebati & agar2 tadi hancur.. Bila adunan yg pertama tadi telah membeku, tuangkan baki adunan kedalam loyang..
 Dah siap!.. biarkan sejuk seketika barulah dimasukkan kedalam Freezer ye..
Biar 1/2-1jam utk agar2 membeku sepenuhnya..

Wednesday, 27 March 2013

Strawberry Pudding~


 Strawberry Pudding~
 25gm agar2 bertali (dipotong kecil2 ye)
 1025ml air
 1 Tin susu cair (500gm)
 1 sudu Teh Esen Vanila
 1 Cawan Gula
 sedikit perasaStrawberry (saya GunaStrawberry Paste)
 1 Biji Telur

 Cara2:
Masak agar2 bertali dengan 1025ml air hingga hancur..Kemudian masukkan perasa strawberry ..Masukkan  juga gula.. dlm bekas lain,tuangkan susu cair, Esen Vanila , & telur..Kemudian pukul dengan pemukul telur hingga sebati ye.. Ketepikan..
susun buah Strawberry dlm loyang/bekas ..Tuangkan sedikit adunan yg dimasak tadi. Masukkan ke dalam Freezer supaya cepat beku..
setelah itu,satukan adunan susu cair, dengan agar2 betali yang dimasak tadi,kacau sebati... teruskan kacau hingga benar2 sebati & agar2 tadi hancur.. Bila adunan yg pertama tadi telah membeku, tuangkan baki adunan kedalam loyang.. Dah siap!..
biarkan sejuk seketika barulah dimasukkan kedalam Freezer ye..Biar 1/2-1jam utk agar2 membeku sepenuhnya..


Wednesday, 13 March 2013

Agar2 Simply Pandan~


 Agar2 Simply Pandan~
 Bahan2:

 25gm agar2 bertali (dipotong kecil2 ye)
 1025ml air
 200ml santan
 1 sudu Teh Esen Vanila
 1 Cawan Gula
 sedikit perasa Pandan (saya Guna Pandan Paste)
 1 Biji Telur

Cara2:
Masak agar2 bertali dengan 1025ml air hingga hancur..
dlm bekas lain,tuangkan santan, Esen Vanila ,Perasa pandan (pandan Paste) & telur..Kemudian pukul dengan pemukul telur hingga sebati ye..
setelah itu,satukan dengan agar2 betali yang dimasak tadi,kacau sebati... Masukkan juga gula...teruskan kacau hingga benar2 sebati & agar2 tadi hancur..

sediakan Loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu dengan air, agar mudah utk mengeluarkan agar2 nanti.. Tuang kan adunan yang telah dimasak kedalam acuan/loyang..biarkan sejuk seketika barulah dimasukkan kedalam Freezer ye..Biar 1/2-1jam utk agar2 membeku sepenuhnya.. dah siap!..

 ## saya taburkan serbuk milo & badam kisar utk hiasan ##..

Thursday, 10 January 2013

Bread pudding~ (Puding Roti)


 Bread pudding~ (Puding Roti)
 Resepi asal: hana6877@myresipi.com
 Sumber: http://www.myresipi.com/top/detail/7998

 Bahan-bahan ( satu loyang )
 4 keping roti
 2 biji telur
 1/2 cawan susu pekat
 170ml susu cair
 8gram serbuk agar2
 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
 31/2 cawan air = guna cwn biasa 230ml.
 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

 Cara-cara Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2! Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Wednesday, 28 November 2012

Agar- Agar Coklat Cendol~

Bila musim cuti sekolah...macam2 je permintaan dari anak2, nak makan itu lah nak makan ini lah..
Pening para ibu2 dibuatnye,,..hehehe^^
Ni timbul pula idea anak2 ku untuk buat agar2 coklat campur dengan cendol....Tapi sedap jugak!..

Jom tengok resepi...
 Agar- Agar Coklat Cendol:
 Bahan2:
 25g agar2 bertali
 1 cup Gula
 1250ml air
 sedikit Coklat emulco
 Cendol secukupnya
 200ml santan

 Cara membuat:
 Masak agar2 bertali hingga hancur dengan 1250ml air tadi... kemudian masukkan gula..kacau biar   sebati..masukkan pula, santan... kacau lagi...selepas itu masukkan cendol.. akhir sekali masukkan cendol.....kacau sebentar biar bahan2 sebati... sediakan loyang...Tuang adunan & sejukkan... dah siap!

Friday, 16 November 2012

Puding Barli Susu~

Enak dihidang bila cuaca Panas2 begini.....
Rasanya yang sungguh unik & dicampurkan dengan susu menambahkan lagi sesedapannya......

Ini lah Puding Barli Susu~
Jom tengok resepinye"....

Puding Barli  susu~
 Bahan2:
 25g agar2 bertali
 1 Tin susu cair
 1 cup Gula
 Barli yang telah dimasak secukupnya
 1 Biji Telur
 2000ml air

 cara membuatnya
masak agar2 bertali dengan air hingga larut... Dalam Blender..Blend Telur & Susu Cair hingga sebati... Kemudian satukan dengan adunan agar2 yang dimasak tadi...kacau sebati.. Masukkan Gula & barli yang telah dimasak....kacau lagi hingga gula larut......Tutup api.. sediakan Loyang....Tuang adunan dan bekukan...dah siap!

Monday, 5 November 2012

Puding Ice Cream oreo~

apa pun Oreo hari ni....mood mengidam"..hehehe^^ Sedap Puding ni..lemak2 manis gitu :)


Resepi kat bawah ye..
 ~ Puding Ice Cream Oreo~
 Bahan2:
 25g agar2 bertali ( dipotong kecil2)
 1250ml air
 1 Tin susu cair
 1 cup Gula
 1 Sudu teh esen Vanila
 1 Biji telur
 1 Bungkus Biskut Oreo ( dikisar halus)
 1 cup Ice Cream ( 5/6 scoop ice cream) ** apa2 perasa ice cream pun boleh**


Cara membuat:
Masak Agar2 bertali dengan 1250ml air tadi hingga larut...
kemudian masukkan gula...kacau sebati. Blendkan Telur, susu cair , Ice Cream, & Esen Vanila   Kemudian satukan dengan adunan agar2 yang dimasak tadi....
Kacau rata , & akhir sekali masukkan Biskut Oreo yang telah dikisar...kacau lagi biar sebati ye...dah sebati, tutup api...
Sediakan Loyang...Tuangkan adunan & sejukkan dalam Freezer...dah siap!

Friday, 2 November 2012

Puding Gula Nipah~

Puding Gula Apong kata Orang Sarawak tek"..hehehe..
Jom tgk Resepi ~




Puding Gula Nipah~
Bahan2:
25g agar2 bertali ( dipotong kecil2 ye)
200ml santan (saya guna santan kotak je)
1 Biji telur
4 sudu besar Gula Nipah ( guna Gula melaka pun boleh)
**Kalau nk manis boleh tambah **
1250ml Air
1 sudu teh Esen Pandan


Cara penyediaan:
Masak agar2 bertali dengan air hingga larut....kemudian masukkan gula Nipah, kacau sebati...
Dalam Blender..Blend Telur & Santan..Kemudian satukan dengan adunan agar2 yang dimasak tadi...kacau hingga benar2 sebati..
Tutup api... Sediakan loyang ..Tuang adunan dan sejukkan....





Thursday, 18 October 2012

Puding Coklat~

Puding Coklat ~ simple ~

 Bahan2:
 25g agar2 bertali
 1 cup susu tepung
 1 sudu teh esen vanila
 25g serbuk koko
 1 tin susu cair
 1 sudu makan browning sugar / coklat emulco
 1 cup gula
 1 biji telur
 1250ml air
Cara membuatnya
 Masak agar2 betali hingga hancur.
 Blend susu cair, esen vanila, susu tepung, telur, serbuk koko, brownin sugar hingga sebati.
 Kemudian satukan dengan adunan agar2 yang telah dimasak tadi, kacau sebati.
 Kemudian masukkn gula....
kacau sebentar. Tutup api, Sediakan loyang, (bilas telebih dahulu loyang dgn air ) Tuangkn adunan, masukkn dalam peti sejuk & biar beku....dah siap :-)

Tuesday, 16 October 2012

Puding Strawberry Ice Cream~

Bahan2:
1 paket agar2 bertali ( dipotong kecil2)
 1cup gula 3 scoop Ice cream ( 3perasa )
2 sudu teh strawberry paste ( perasa strawberry)
1 biji telur
 3 sudu makan susu tepung ( di bancuh dengan 250ml air)
Cara- cara..
Masak agar2 dengan 1000ml air hingga hancue & mendidih...
 Blenderkan telur, ice cream & susu tepung yang telah di bancuh tadi...
Kemudian masukkan kedalam agar2 yang telah di masak tadi. Kacau sebati..
 Bahagikan kepada 2 bahagian...
1 bahagian dicampurkan dengan 2 sudu teh strawberry paste..
1 bahagian lagi dibiarkan dengan perasa asal..
 Basahkan loyang terlebih dahulu..
.kemudian Tuangkan adunan strawberry, keraskan...
Setelah keras, cakarkan sedikit bahagian atasnya dengan garpu agar ianya melekat sempurna...
Tuang adunan perasa asal tadi..dan keraskan..
Ulang proses yang sama,hingga adunan habis.

Puding susu~

Bahan2:
 25gm agar2 bertali...(di potong kecil2)
 1 Tin susu cair
5 Sudu Besar susu tepung
 1 1/2 cawan Gula
 1 biji Telur
 1250ml air ( untuk memasak agar2)
 Pewarna @ perasa yg anda suka..(saya gune Pandan Paste & Yam Paste)
Cara2:
 Masak agar2 dgn 1250ml air hingga hancur..
Masukkan Gula..kacau sebati...
 susu Tepung, susu cair & Telur diblend...Kemudian dicampurkan dgn agar2 yg telah dimasak tadi... BAhagikan kepada 2 bahagian..
.mengikut warna & perasa yg dikehendaki.....
 Basahkan loyang terlebih dahulu..kemudian tuangkan adunan, & keraskan.. Bila sudah mengeras barulah tuangkan lagi aduan yg seterusnya...'
ulang proses yg sama hingga habis....

Puding Milo Horlicks~

Mudah & sedap...Anak2 pasti suka. Jom skodeng resepinye..
Bahan2:
20gm agar2 bertali ( dipotong kecil2)
1500ml air (5 1/4 cawan)
3/4 cawan gula pasir
250ml susu cair
 1 biji telur
120gm Milo
120gm Horlick
Cara2:
 agar2 bertali dipotong kecil2..
gula & air dimasak sehingga agar2 hancur & mendidih.
Blenderkan telur Dgn susu cair & masukkan ke dalam agar2 yang telah hancur tadi...
 Bahagikan adunan agar2 kepada 2bahagian.
1 bahagian dicampurkan dgn Milo
 1 bahagian lagi dicampur dgn Horlick.
Basahkan acuan @ loyang terlebih dahulu & masukkan adunan Milo ke dalam acuan tadi & keras kan... Setelah adunan milo keras,masukkan pula adunan Horlick...
Ulang proses yg sama hingga adunan habis..dah siap..