All About My Hobbies~

All About My Hobbies~
Welcome To My Humble Cooking Blog. Nothing special about my blog, I'm Not a Professional...But I Really Enjoy Myself Doing It. "Mommy's Ryan Kitchen " is all about cooking & Baking. Just to share some tested & validated recipes from people who loves cooking. All Photos & Recipes is Belong to Blog Mommy Ryan's Kitchen. Strictly Copy Paste & Download all Items in This Blog Is NOT ALLOWED. Thank You!.

Monday 28 January 2013

Char Keuy Teow

Jom mkn ptg...hehehe^^ Belasah je ape yg ade kt peti sejuk..
 ## Char Keuy Teow versi tanpa tauge & udang##

 untuk resepi penuh~
 sumber:http://www.myresipi.com/top/detail/4513
 Resepi asal dari: che'iza@myresipi.com

 Bahan-bahan ( 2 org )
 * UTK PASTE *
 200 gm udang
 250ml air
 4 ulas bawang putih di ketuk
 6 sb sos tiram
 3 sk kicap pekat
 3 sb kicap manis
 1 sk petis
 2 sb pati ikan bilis / pati udang
 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
 1 sk gula

 * UTK MEE *
 300 gm kuey teow
 1 sb cili boh
 kerang
 sedikit kucai & taugeh
 2 biji telur

 Cara-cara
 UTK PASTE
- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang.... Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......

Friday 25 January 2013

Blueberry Oreo Cake~


Hasil membaking hari ni...hehehe^^ Tak sangka sedap & moist sangat kek ni,ade rasa macam kek Lumut tu laa..Bagi yang dah try kek Lumut pasti tau kan?..
Jom Tengok resepi kat bawah~


 Blueberry Oreo Cake~
 Bahan2: (Loyang 5x6)
 5 Biji Telur (Grade A)
 2 cup Tepung kek
 250gm Mentega (saya guna Buttercup)
 1 1/2 cup Gula
 1/2 Tin Susu Pekat manis
 1/2 cup Susu tepung
 1/2 cup Horlicks
 1 sudu teh esen vanila
 1 sudu teh ovallate
 3 sudu makan jem Blueberry
 1 paket Biskut Oreo (saya guna perasa Ice Cream Blueberry)* asingkan inti*
 sedikit pewarna Biru

Cara Membuatnya~
Pukul mentega & Gula hingga kembang...Kemudian masukkan telur satu persatu, teruskan putar ye...masukkan pula ovallate, & esen vanila..Putar hingga sebati.. Masukkan pula jem Blueberry & Inti Biskut Oreo tadi..Putar kejap, lepas tu masukkan Tepung kek..putar biar adunan rata & masukkan pula susu tepung serta Horlicks.. Bula dah sebati masukkan juga susu pekat manis...Putar hingga sebati.. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian (sama banyak) agar senang nak susun biskut oreo tu nanti.. Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega..Tuang 1 bahagian adunan & susun biskut oroe diatasnya kemudian kukus hingga masak..setelah permukaan kek agak mengeras tuang kan pula adunan seterusnya & susun juga biskut Oreo diatasnya & kukus...Ulang proses yang sama hingga adunan habis...Apabila selesai menuang adunan terakhir,kukus kek untuk 45minit @ hingga kek masak sempurna...
Dah siap! Selamat Mencuba!..


Thursday 24 January 2013

Sup campur Mommy Ryan~

Yang ni menu utk ank2 mummy....bagi ank2 yg susah nak menjamah sup atau sayur blh la try cara ni..pasti ank2 suka..hehe^^

Bahan2:
untuk sup~
1 sudu makan bawang merah& putih yang telah diblend halus
1 sudu teh halia yang telah diblend halus..
2 ketul/cube ayam maggi
sedikit isi ayam dipotong kecil2

bahan sayur~
sosaj secukupnya bebola ikan secukupnya crab sticks secukupnya Carrot secukupnya dipotong dadu Bunga kobis secukupnya Daun bawang utk hiasan Garam secukupnya Cara: Panaskan minyak,tumis kan bawang & halia yang telah diblend tadi hingga naik bau...masukkan pula isi ayam tadi..kacau sebentar.. Kemudian masukkan bahan2 sayur...kacau sebati,tambah kan air mengikut kuantiti yang anda mahu...masukkan juga cube ayam & perasa kan secukup rasa.. Biar mendidih ye atau hingga bahan2 masak..dah siap. taburkan sedikit hirisan daun bawang...

Sambal Bilis Goreng~

Menu pembuka selera utk mlm ni...hehehe^^ bagi yg xbrape ade selera tu blh le try...garenti tambah nasi punye...

 Bahan2:
 Cili api secukupnya (ikut suka nk pedas ke tak)
 2 ulas bawang putih
 1 labu bawang besar dihiris kasar
 segenggam ikan bilis
 secubit garam
 sedikit gula
 2cm belacan
 2/3 biji limau kasturi

cara2:
Panaskan sedikit minyak..Tumis kesemua bahan2 diatas, kecuali limau kasturi...setelah agak sebati  perahkan jus limau kasturi tadi,kacau sebentar..gaulkan sekali kulit limau tu ye,agar bau nya harum gitu..dah siap!

Wednesday 23 January 2013

Simple Steamed Cake~


Morning all!.... Lama nye x update resepi kek kat sini ye...Maaf la,bila musim skolah bermula maka bermula la juga tugas kita ...hehehe^^ sempena cuti umum hari ni,so ade lah masa terluang sikit untuk membaking.. Jom skodeng!...

 Simple Steamed Cake~
 Bahan-bahan:
 6 biji telur
 2 biji kuning telur
 250 gram gula kastor
 ½ sudu teh esen vanila
 ½ sudu teh garam
 1 sudu teh ovalette
 200 ml santan KARA
 2 Cup tepung kek
 Pewarna:
 biru laut, hijau,Pink & Merah (Ikut suka lah..)
 Saya Letak Biru- dicampurkan dengan sedikit esen blueberry
 Pink - dicampurkan dengan Yam paste
 Merah- dicampurkan dengan strawberry paste
 Hijau- dicampurkan dengan pandan paste

 Loyang 5x6, yang telah digris dengan sedikit mentega dan dialas denganbaking paper. Panaskan periuk kukusan hingga air mendidih.

 Cara-cara :
1. Pukul telur, kuning telur, gula kastor, garam, ovelette dan esen vanila hingga kembang dan gebu  kira-kira 5-6 minit. Masukkan tepung kek sambil diayak secara sedikit-sedikit dan kacau rata.
2. Tuang santan sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
3. Bahagikan adunan menjadi 4 bahagian.dan diletak pewarna yang berbeza.
4. Tuang adunan pertama warna Biru ke dalam loyang, dengan api perlahan kukus selama 10 minit. Tuang adunan kedua warna Merah,& kukus selama 10 minit. Buat hingga adunan seterusnya dan kukus yang akhir selama 20 minit hingga masak. Angkat. 5. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong dan dihidang. Dah siap!.. Selamat Mencuba..


Thursday 17 January 2013

Apam Marble~


Resepi dari kak ChaHaya Shiela https://www.facebook.com/photo.php?fbid=166808406718172&set=a.220101404722205.56356.100001670422973&type=3&theater

 ~~Apam MARBLE~~
 Bahan Bahan:
 250 gm tepung naik sendiri
 200 ml santan (saya guna Ayam Brand)
 200 gm gula halus
 2 biji telur gred A
 1 camca teh esen vanilla
 1 camca teh ovallette
 6 sudu besar ice ream soda
 1/2 sudu kecil garam
 pewarna mengikut citarasa

 Cara cara:
 1. Pukul telur hingga kembang, masukkan gula n pukul lagi dgn high speed hingga sebati.
 2.Masukkan santan, ovallette, esen vanilla, garam dan pukul lagi.
 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata..
 4. Kemudian masukkan ice cream soda dan putar lagi hingga pekat n sebati..
 5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan
 6. Lenserkan tin dgn butter, bubuh warna pertama diikuti kedua, ketiga, berselangseli hingga habis.
 7. Kukus selama 45 min atau sehingga masak.

 *p/s: balut tutup pengukus dgn tuala supaya wap tidak jatuh di atas cake

Kari Kepala Ikan Siakap + 2ketul bahagian daging~


 Kari Kepala Ikan Siakap + 2 ketul bahagian daging...
 Bahan2nya:
 kepala ikan Siakap + dgn 2ketul bhgn daging
 1 labu bawang besar dipotong 4
 1 biji buah tomato dipotong 4
 7-8 biji kacang bendi ( saya gantikan dengan terung,sbb xde stock bendi).hehe.
 1 tangkai daun kari
 1 sudu teh jintan manis
 1 Biji Kentang dipotong dadu (jika suka) *optional*
 5 sudu makan serbuk kari
 6 biji bawang merah*
 2 ulas bawang putih*
 2cm halia ditumbuk halus
 1cm Lengkuas ditumbuk halus
 1 sudu teh asam jawa tanpa biji adabi
 3-4 cwn air
 garam secukup rasa
 200ml santan

 Cara menyediakan
 Ikan dicuci bersih. Panaskan sedikit minyak tumiskan bawang merah..bawang putih..halia..langkuas.. jintan manis, daun kari sehingga wangi. Masukkan kentang,terung, tomato dan bawang besar digaul rata .. Kemudian masukkan rempah kari yg telah dicampur sedikit air dan pes asam jawa dan digaul sebati. Masukkan secawan air..Biar mendidih & bahan2 tadi agak lembut.. masukkan pula santan..kacau sebati, lepas tu barulah masukkan ikan dan dikacau rata. Apabila merenih tambahkan air lagi kacau dan biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan kacang bendi Rasakan dgn sedikit garam dan tutupkan apinya bila masak. Hidangkan ketika masih panas...

Laksa Sarawak~

Laksa lagi.....hehehe^^
Layan je laa...JOM!!

Dah siap!....Laksa Sarawak our dinner ^^

 Laksa Sarawak~
 Bahan2:
 2paket pes laksa sarawak
 1kg udang size besar
 1/2kg isi ayam
 3biji telur
 2paket kecil santan ( nk guna yg fresh pn boleh)
 sedikit tauge/ limau kasturi/ daun bawang
 1 bungkus mee hun
 Garam dan ajinomoto secukup rasa
 sedikit cili, ikan bilis dan belacan (utk sambal)

 Cara-cara
 Bersihkan isi ayam tadi kemudian di rebus. setalah masak angkat dan masukkan pula udang yang telah di bersihkan ke dalam air rebusan ayam tadi. rebus sampai kemerahan...angkat dan toskan. Biarkan sejuk. Air rebusan tadi jangan lah di buang, tambah kan stgh liter air dan masukkan 2paket pes laksa ke dalamnya..Biar mendidih. kemudian masukkan pula 2paket santan, kacau dan masukkan sedikit garam dan ajinomoto(secukup rasa). biarkan mendidih sekejap. Tutup api. Panaskan kuali, utk menggoreng telur. Rebus mee hun, setelah msak toskan dan di biar sejuk. Rebuskan pula tauge. angkat dan toskan. Untuk sambal, blend kan sedikit cili,ikan bilis, dan belacan. kemudian tumis hingga naik minyak. Isi ayam tadi di cerai2kan halus2. Udang di buang kulit (jika suka) Telur yang telah di goreng tadi di hiris memanjang (halus2) sediakan mangkuk, masukkan sedikit mee hun yang telah di rebus tadi ikut banyak mna yang anda nak makan. masukan pula isi ayam, udang, telur yang telah di sediakan tadi.Dan tauge. Tuangkan kuah laksa yang telah di masak tadi keatas semua bahan2 yang ada di dalam mangkuk anda tadi. (kuah hendak lah panas ya..) Potong sebiji limau kasturi dan di ambil jusnya campurkan dengan sedikit sambal yang telah di tumis tadi...gaul bersama2 laksa yang telah siap...taburkan sedikit daun bawang jika suka...slemat mencuba...

 ## saya guna pes yang dah ready made je..sbb x pndai nak buat pes sendiri ##

Kacang Panjang Goreng Belacan & Taufu Kering~


 Bahan2:
 Kacang panjang secukupnya..(Dibersihkan & dipotong memanjang)
 2/3 keping taufu kering (dipotong kecil)
 300gm daging ayam yang telah dicincang
 cili secukupnya (ikut selera masing2 nak pedas ke tak)**
 2cm Belacan **
 Garam & serbuk perasa secukupnya...
 Bawang merah/putih & halia secukupnya untuk menumis**

Cara2:
Bahan2 yang bertanda** ditumbuk @ Diblend.. Panaskan minyak..Tumis bawang merah/putih/halia/cili & belacan hingga naik bau..kemudian masukkan daging ayam. masukkan sedikit air ye,iar ayam masak sempurna.. kemudian masukkan pula kacang panjang...kacau sebati & jangan lupa perasakan dengan garam & serbuk perasa secukupnya...akhir sekali masukkan taufu kering...kacau sekejap...kalau kacang panjang tu dah agak lembut tutup api.. Dah siap!

Chicken Sweet & Sour~


Chicken Sweet & Sour~

 Bahan2:
 1/2 ekor ayam (dibersihkan & dopotong kecil)
 1 Biji Tomato (dipotong dadu)
 1 Biji Apple Hijau/ Mangga (dipotong dadu)
 1 Biji Kentang (dibuang kulit & dipotong dadu)
 1 Labu bawang besar dihiris kasar
 Bawang merah/putih & halia secukupnya (diblend)
 1 Sudu makan kicap pekat
 2 Sudu makan sos Tiram
 1 Sudu makan sos cili
 Garam & serbuk perasa secukupnya
 3/4 helai daun limau purut
 Sedikit air

 Cara memasak:
 ~Untuk Ayam~
 Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng ayam..Jangan terlalu garing ye..Tos & ketepikan..

~Untuk Kuah~ Panaskan minyak untuk menumis..masukkn bawang merah/putih & halia yang telah diblend tadi..Tumis hingga naik bau..masukkan juga daun limau purut... Kemudian,masukkan pula ayam yang telah digoreng serta kentang...masukkan sedikit air,agar kentang & ayam tadi cepat lembut... Setelah itu..masukkan pula sos tiram,kicap pekat & sos cili.. Perasakan dengan garam & serbuk perasa secukupnya...kacau sebati, akhir sekali masukkan Tomato,Apple hijau/Mangga & Bawang besar yang telah dihiris kasar tadi...Biar mendidih sekejap.. Dah siap!..
Selamat Mencuba~

Sunday 13 January 2013

Nasi Lemak Campur~

Nasi lemak je...mood malas"..hehehe^^



 Bahan2 untuk nasi~
 1kg beras
 5 cawan santan
 3 helai daun pandan
 3 keping hirisan halia
 garam secukupnya

 Cara Memasak nasi~
cuci beras macam biasa...kemudian masukkan kesemua bahan2 diatas kedalam periuk nasi & tunggu hingga mendidih.. Apabila nasi sudah kering, kacau rata & tutup semula tudung... Dah masak blh la dihidangkan...

 Bahan2 untuk Sambal~
 2 cawan Ikan Bilis
 20tangkai cili kering diblend halus
 3 labu bawang besar diblend halus
 1 cawan air asam jawa
 2 labu bawang besar dihiris kasar
 1 sudu teh gula
 3 sudu makan minyak masak
 garam secukup rasa
 sedikit belacan

Cara membuat sambal~
Bahan2 yang telah diblend tadi ditumis hingga naik bau kemudian masukkan air asam jawa, ikan bilis, garam & bawang besar yang dihiris kasar tadi.. Masukkan sedikit air...Biarkan sambal mendidih..Gunakan api perlahan... Apabila sudah pecah minyak,bolehlah diangkat...

 Nasi lemak boleh juga dimakan/dihidang dengan ayam goreng, telur rebus, sedikit hirisan timun & lauk2 lain mengikut citarasa masing2 ye... Selamat mencuba!


Thursday 10 January 2013

Bread pudding~ (Puding Roti)


 Bread pudding~ (Puding Roti)
 Resepi asal: hana6877@myresipi.com
 Sumber: http://www.myresipi.com/top/detail/7998

 Bahan-bahan ( satu loyang )
 4 keping roti
 2 biji telur
 1/2 cawan susu pekat
 170ml susu cair
 8gram serbuk agar2
 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
 31/2 cawan air = guna cwn biasa 230ml.
 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

 Cara-cara Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2! Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Kek Strawberry Nestum ~ kukus~

Lamanye tak membaking...hehehe^^ Busy sejak skolah buka hari tu...Hari ni Mummy korbankan masa untuk bangun awal nak membaking...Jom tengok resepi!.


 Kek Strawberry Nestum ~Kukus~
 Bahan2:
 5 Biji Telur (Grade A)
 1 cup Gula (boleh Kurangkan kalau tak nak manis)
 1 1/2 cup Tepung Kek
 1 paket Nestum 3in1
 4 sudu makan jem strawberry
 250gm mentega (saya Guna Buttercup)
 1 sudu teh ovallate
 1 sudu teh esen vanila
 sedikit strawberry paste (pewarna merah + Perasa Strawberry)

 Cara Membuatnya:
 Pukul mentega & Gula hingga kembang.. Masukkan Ovallate..putar lagi, kemudian masukkan pula telur  satu persatu & esen vanila...Teruskan putar hingga kembang ye.. Masukkan pula Tepung kek yang telah diayak...Putar perlahan2 hingga adunan sebati & kembang...Bahagikan adunan kepada 2 bahagian: 1 Bahagian dicampurkan dengan Nestum 3in1 & dibiarkan dengan warna asal 1 Bahagian lagi dicampurkan dengan Strawberry paste & jem Strawberry Sediakan loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega ye.. Tuang adunan strawberry dulu & kukus dalam 20minit @ hingga permukaan kek masak barulah tuang adunan Nestum tadi..Kukuslah hingga masak ye.. Selamat Mencuba!

Kerepek Batang Buruk~

Selamat malam semua.... dah makan?..hehehe^^ Jom layan kerepek batang buruk simple (Versi segera)..
 Kerepek Batang Buruk~
 Bahan2:
 1 Paket kulit popiah (200g/50keping)
 5/6 paket Nestum 3in1 (original )
 sedikit gula halus/ gula icing
 Minyak utk menggoreng

 Cara2:
 Potong kulit popiah kepada 4bahagian Kemudian gunting memenjang../ mengikut suka lah..hehehe panaskan minyak...Goreng kulit popiah tadi hingga garing, toskan & biar sejuk seketika... Sediakan bekas / besen yg besar,masukkan semua kulit popiah yg telah digoreng tadi kemudian taburkan gula icing & Nestum 3in1.. Kacau perlahan biar gula & Nestum itu sebati ye... Dah sebati,masukkan je ke dalam bekas yang kedap udara...Sedia utk dimakan!... Senang kan...hehehe^^

 ## Kalau nak lebih berkrim" tambah kan sedikit susu tepung..##

Monday 7 January 2013

Kari Lamb

Menu mummy utk mlm ni..hehe^^
 Korg msak ape pulak? mesti sedap2 kn...


 Bahan-bahan:
 500g daging biri2 campur tulang
 2 biji kentang ( belah 4)
 3 biji tomato ( dipotong dadu/ memanjang)

 Rempah tumis **
 1 batang kulit kayu manis**,
 3 kuntum bunga cengkih**
 2 biji buah palaga,**
 1 kuntum bunga lawang**
 3 ulas bawang putih ( diketuk dan cincang)**
 2 biji bawang besar ( didadu)**
 3 biji tomato ( cincang)**
 1 sudu besarcili Boh**
 Bawang besar & bawang putih secukupnya (Diblend)**
 1 tangkai daun kari**
 1/2 inci halia (Diblend)**

 2 sudu besar rempah kari daging ( bancuh dengan sedikit air untuk jadikan pes)
 1 Sudu teh asam jawa tanpa biji
 Garam, serbuk perasa & gula secukupnya
 200ml sus sejat / susu segar
 Air
 Minyak

 Cara Penyediaan:
 Panaskan minyak, Tumiskan bahan2 bertanda ** hingga naik bau.. Kemudian masukkan Rempah kari yang telah dicampurkan dengan sedikit air tadi ye..tumis hingga pecah minyak..kecau selalu ye,takut melekat la pulak..hehe^^..Masukkan juga asam jawa.. Selepas itu,masukkan Tomato & kentang..kacau kejap.. Kemudian masukkan Lamb yang telah dipotong & dibersihkan tadi.. Tambahkan sedikit air,biar mendidih sekejap...masukkan pula susu segar.. jangan lupa perasakan dengan garam,serbuk perasa & sedikit gula mengikut selera anda la ye.. Biarkan mendidih & masak hingga danging Lamb tu empuk.. kalau nak pedas tambahkan dengan sedikit hirisan cili merah besar.. Selamat Mencuba!