All About My Hobbies~
Welcome To My Humble Cooking Blog. Nothing special about my blog, I'm Not a Professional...But I Really Enjoy Myself Doing It. "Mommy's Ryan Kitchen " is all about cooking & Baking. Just to share some tested & validated recipes from people who loves cooking. All Photos & Recipes is Belong to Blog Mommy Ryan's Kitchen. Strictly Copy Paste & Download all Items in This Blog Is NOT ALLOWED. Thank You!.
Showing posts with label Cakes. Show all posts
Showing posts with label Cakes. Show all posts
Tuesday, 8 September 2015
~ Simple Moist Cheese Cake ~
Simple Moist Cheese Cake~
Bahan-Bahan: (Loyang 5x6)
200gm Cream Cheese
250 gm Butter
5 Biji Telur (Grade A)
1 Sudu Teh esen Vanilla
1 Sudu Teh Ovalatte
200gm Seri Kaya
1 Cup Tepung Kek
1 Cup Horlicks
1 Cup Gula Halus
Perasa/pewarna Coklat secukupnya
Cara Membuatnya:
>> Pukul Butter , Gula & Ovelatte hingga kembang.
>> Masukkan Esen Vanilla & telur satu persatu.Putar sebati hingga adunan gebu.
>> Masukkan seri Kaya, Putar sekejap.
>> Masukkan Cream Cheese ,putar Rata.
>> Masukkan Tepung Kek & Horlicks. Sebatikan Adunan.
>>Kemudian ambil sedikit adunan tadi untuk dicampurkan dengan perasa/pewarna coklat. (Ketepikan)
>> Adunan selebihnya dibahagikan 2 (sama banyak)
Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit butter (supaya kek tidak melekat)
Air Kukusan hendak lah dididihkan terlebih dahulu.
Tuangkan adunan 1 adunan cheese tadi kedalam Loyang. Kukus Hingga masak.
Setelah itu, tuangkan adunan coklat. Kukus hingga masak.
Akhir sekali ,tuangkan baki adunan cheese tasi & kukus lagi hingga masak.
Untuk adunan yang Terakhir , Kek Hendak lah dikukus selama 45minit- 1Jam supaya kek masak dengan sempurna.
~SELAMAT MENCUBA~
Wednesday, 22 July 2015
~ Kek Pilih Kasih ~
Kek Pilih Kasih~
Bahan-Bahan: (Loyang 8x8)
10 Biji Telur (Grade A)
500gm Butter
2 Cup Tepung Kek
1 Cup Horlicks
1 Cup Susu tepung
200gm Bijan
1 Tin (500gm) susu pekat manis
2 Cup Gula Halus
2 Sudu Teh Esen Vanilla
1 Sudu Teh Ovellate
50gm serbuk koko
50 gm milo
50gm Coklat Rice (Optional)
Browning Sugar secukupnya ( Boleh guna coklat emulco )
Cara Membuatnya:
>> Pukul Butter & Gula serta Ovellate Hingga kembang.
>> masukkan Telur Satu persatu, masukkan juga esen vanilla. Putar perlahan hingga sebati.
>> Masukkan susu Pekat manis. Putar sekejap
>> Masukkan Tepung kek, susu Tepung , Horlicks & Milo Serta serbuk koko. Putar sebati.
>> Masukkan Bijan & coklat Rice & Browning sugar ( coklat Emulco) Sebatikan adunan.
>> Tuangkan kedalam Loyang yang telah dialas dengan baking paper serta sedikit butter.
>> kukus selama 3-4jam
~~ SELAMAT MENCUBA ~~
Thursday, 18 June 2015
Butter Kaya Cake~
Butter Kaya Cake~
Bahan-Bahan: (Loyang 5x6)
5 Biji Telur (Grade A)
250gm Butter
1 Cup Tepung Kek
1 Cup Gula Halus
200gm Kaya
1 Sudu Teh Ovellate
1 Sudu Teh Esen Vanilla
Coklat Rice Secukupnya ( Tak nak letak pun boleh)
Cara Membuatnya:
~ Pukul Butter, Ovellate & Gula hingga kembang (Gebu)
~ Masukkan Telur satu persatu,& Masukkan Juga Esen vanilla. Putar sebati.
~ Masukkan Kaya. Putar sekejap.
~ Masukkan Tepung kek. Putar sehingga adunan sebati & gebu.
~ Masukkan coklat Rice tadi. (Gaulkan dengan senduk saja)
Sediakan Loyang yang telah dialas dengan sedikit butter & baking paper.
Masak//kukus hingga masak. (Untuk oven suhu 160’ 45-60minit) bergantung pada oven masing2. ~~SELAMAT MENCUBA~~
Sunday, 31 May 2015
~Kek Pandan Moist~
~Kek Pandan Moist~
Bahan-Bahan: ( Loyang 7x6’)
7 Biji Telur (Grade A)
450gm Butter
2 Cup Tepung Kek
1 ½ Cup Gula Halus
200gm Kaya
2 Cup Horlicks
1 Sudu Makan Esen Vanilla
Pandan Paste / Pandan Emulco Secukupnya
Sedikit Coklat Rice
Cara-Cara Membuatnya:
>> Pukul Butter & Gula Hingga Kembang
>> Masukkan Telur Satu Persatu , Masukkan Juga Esen Vanilla. Putar hingga adunan sebati.
>> Masukkan Tepung Kek, Horlicks & kaya. Putar perlahan hingga sebati.
>> Masukkan Pandan Paste, gaul perlahan hingga warna sekata.
>> Last, masukkan sedikit coklat Rice , gaul guna senduk sahaja perlahan-lahan.
Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit butter.
Tuangkan Adunan kedalam Loyang dan kukus hingga masak.
( Air kukusan hendaklah dididihkan terlebih dahulu ye)
~~SELAMAT MENCUBA~~
Monday, 16 March 2015
Crunchy Chocolate Cheese Cake~
CRUNCHY CHOCOLATE CHEESE CAKE~
Bahan-Bahan: (Loyang 5x6’)
250gm Butter
250gm Cream Cheese
1 Tin 500g Susu Pekat Manis
60gm Badam Kisar
60gm coklat chip
1 Cup Gula Halus
1 Cup Tepung Kek
1 Cup Horlicks
5 Biji Telur ( Grade A)
1 Sudu Teh Esen Vanilla
Coklat Emulco/ Perasa Coklat secukupnya
Cara Membuatnya:
** Pukul Gula & Butter Hingga kembang.
** Masukkan Telur satu persatu & Masukkan juga Esen Vanilla. Putar hingga Gebu.
** Masukkan Pula Tepung Kek & Horlicks. Putar sebati.
** Masukkan Susu Pekat Manis, Putar biar adunan rata.
** Last Masukkan pula Cream Cheese, Putar perlahan sehingga adunan betul2 sebati.
>> Ambil Sedikit Adunan Untuk dijadikan bahagian Coklat (cake base). *Ketepikan adunan yang selebihnya*
>> Campurkan adunan dengan Badam Kisar, Coklat Chip & Coklat Emulco/Perasa coklat.
~ Air kukusan hendaklah di didihkan terlebih dahulu ye..
~ Tuangkan adunan coklat tadi kedalam Loyang yang telah dialas dengan Baking Paper & sedikit butter.
~ Kukus Hingga Masak.
~ Setalah masak, Tuangkan Lebihan adunan tadi & Kukus lagi sehingga kek masak sepenuhnya. SELAMAT MENCUBA….
Wednesday, 5 November 2014
Kek Pandan Cheese 2Rasa~ ( Kukus)
Kek Pandan Cheese 2Rasa (Kukus)~
Bahan-Bahan: (Loyang 5x6’)
6 Biji Telur (Grade A)
1 Cup Tepung kek
1 Tin 500g susu Pekat Manis
1 sudu Teh Ovalatte
1 Cup Gula Halus
250gm Butter (Saya Guna Buttercup)
250gm Cream Cheese
Perasa/Pewarna Pandan (Hijau) secukupnya
Perasa/{ewarna keladi (Yam) Secukupnya
Cara Membuatnya:
~ Pukul Gula, Butter & Ovalatte Hingga Kembang.
~Masukkan Telur satu persatu.Putar sebati hingga gebu.
~ Masukkan Tepung Kek. Putar Perlahan Biar sebati.
~ Kemudian masukkan susu Pekat Manis. Putar Perlahan.
~Bila sudah sebati,masukkan Cream Cheese.
~ Teruskan Putar dengan kelajuan sederhana sehingga adunan rata.
~ Bahagikan Adunan Kepada 3 Bahagian:
~ 1 Bahagian dibiarkan dengan perasa/pewarna asal.
~ 1 Bahagian dicampurkan dengan perasa/pewarna Pandan.
~ 1 Bahagian dicampurkan dengan perasa/Pewarna Keladi (Yam)
~ Sediakan Loyang yang telah dialas dengan sedikit butter & baking paper.
~ Air kukusan hendaklah di didihkan terlebih dahulu.
~ Ambil sedikit adunan Pandan (Hijau) dan tuangkan kedalam Loyang.
~ Kukus dalam 10-15minit @ Sehingga kek masak barulah tuangkan adunan asli (Cheese) diatasnya. Kukus Lagi sehingga masak. Sama Juga dengan adunan keladi (yam)
~ Ulang proses yang sama. ~ Akhir sekali, Tuangkan adunan pandan (Hijau)
~ Untuk adunan yang terakhir, kek hendaklah dikukus selama 1jam agar kek masak dengan sempurna.
Thursday, 14 August 2014
Crunchy Brownies Cheese~
Crunchy Brownies Cheese~
Bahan-Bahan: (Loyang 8x8)
Untuk Brownies:
250gm Butter (Saya Guna Buttercup)
50gm Serbuk koko + 1Cup Serbuk Milo
3 Biji Telur (Grade A)
1 Cup Gula castor
200ml susu cair
1 ½ Cup Tepung kek
1 Sudu Teh Baking Powder
1 Sudu Teh Bicarbonate Soda
100gm coklat chip 60gm Badam Kisar
Cara Membuatnya:
Cairkan Butter, (guna api perlahan) setelah cair masukkan serbuk koko & Milo. Kacau sebati hingga larut.( Gunakan pemukul telur lagi mudah) – KETEPIKAN-
Dalam bekas lain, putar telur & gula hingga gebu.
Kemudian masukkan adunan Butter & Serbuk koko yang telah dicairkan tadi. Kacau perlahan sehingga sebati.
Masukkan juga Tepung kek, baking powder, bicarbonate soda. Kacau sebati. Kemudian masukkan susu cair. Sebatikan. Akhir sekali, masukkan coklat chip serta badam kisar kedalam adunan. Gaul rata (kuab balik dengan senduk sahaja).
Sediakan Loyang yang telah dialas dengan sedikit mentega & baking paper. *Air kukusan hendaklah dididihkan terlebih dahulu ye* Tuangkan adunan kedalam Loyang & kukus hingga masak. (angaran masa dalam 1jam @ lebih)
Untuk Adunan Cheese~
Bahan-Bahan:
200gm Cream cheese
1 Cup Gula castor
1 Biji Telur (Grade A)
4 Sudu Makan Tepung kek
4 Sudu Makan Horlicks
~Putar Cream Cheese dengan gula hingga gebu. Kemudian masukkan Telur. Putar sebati .
~Masukkan juga Tepung kek & Horlicks. Putar sekejap biar sebati.
** Tuangkan adunan cheese diatas adunan Brownies (Yang dah dikukus tadi,bila permukaan dah masak) ** Kukus lagi sehingga kek masak sepenuhnya. ~Selamat Mencuba…
Saturday, 14 June 2014
Nutella Oreo Moist Cake~
Nutella Oreo Moist Cake~
Bahan-Bahan: (Loyang 5x6)
6 Biji Telur (Grade A)
1 Cup Tepung Kek
1 Cup Gula Halus
1 Cup Horlicks
300gm Kaya
250gm Butter
137gm Biskut Oreo (Dihancurkan dgn Inti sekali)
½ Sudu Teh Baking Powder
½ Sudu Teh Soda bikarnonat
1 Botol 200gm Nutella
Cara Membuatnya:
-Pukul Butter dengan gula hingga gebu.
-Kemudian masukkan telur satu persatu,putar hingga kembang.
-Masukkan pula Tepung Kek,Horlicks,Baking Powder dan Soda Bikarbonat.
-Putar perlahan sehingga sebati.
-Masukkan Kaya.Putar sekejap biar rata.
-Ambil sedikit adunan dan campurkan dengan Biskut Oreo yang telah dihancurkan tadi. Gaul sebati.
-Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega.
-Tuangkan adunan Oreo tadi, ratakan dalam Loyang dan bakar pada suhu 170’c selama 10-15minit (Bergantung pada oven masing2)
-Adunan yang selebihnya dibahagikan kepada 2 Bahagian:
-1 bahagian dibiarkan kosong (Asal)
-1 bahagian dicampurkan dengan Nutella
-Setelah adunan Oreo tadi masak,tuangkan pula adunan asal. Dan bakar pada suhu 170’c selama 20 minit.
-Begitu juga dengan adunan Nutella, bakar sehingga masak.
**Kek ini Juga boleh dikukus seperti biasa**
Thursday, 29 May 2014
Kek Cheese Hujan Panas Moist~
Kek Cheese Hujan Panas Moist~
Bahan-Bahan: (Loyang 5x6)
6 Biji Telur (grade A)
250gm Butter
250gm Cream Cheese
1 Sudu Teh Ovalatte
1 Cup Tepung Kek
1 Cup Horlicks
½ Tin(500gm) susu pekat manis
Colourful Urai Secukupnya
1 Cup Gula Halus
Cara Membuatnya:
Pukul Butter dengan gula hingga kembang. Masukkan juga ovalette. Sebatikan.
Masukkan pula Cream Cheese,Teruskan putar sehingga adunan sebati & kembang.
Masukkan susu pekat manis, gaul sebati.
Masukkan Tepung Kek & Horlicks. Puter Perlahan biar sebati.
Masukkan Urai & Gaul menggunakan senduk saja (Kuab Balik)
Sediakan Loyang Yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega.
Tuang adunan & kukus hingga masak.
Selamat Mencuba!
Kek Belacan
Kek Belacan~
Bahan2: (Loyang 5x6)
5 biji telur (Grade A)
250gm Butter
1 sudu teh ovalatte
1/2 tin(500gm) susu pekat manis
1 Cup tepung kek
1 Cup gula halus
1 sachet Nestum 3in1
2 Susu Makan Milo + 1 Sudu Makan Serbuk koko
Sedikit pewarna coklat & perisa coklat
Cara-cara:
Pukul Butter dan gula hingga kembang,masukkan juga Ovalatte.Sebatikan. kemudian masuk kan telur satu persatu, kacau hingga kembang.bila sudah sebati, masukkan tepung gandum, Nestum 3in1 & serbuk koko.selepas adunan sebati,masukkan baking powder, susu pekat manis & sedikit perisa coklat serta pewarna coklat.kacau lagi hingga adunan menjadi rata..sedia kan loyang dan kukus hingga masak..dah siap! selamat mencuba~
Tuesday, 8 April 2014
Cheezy Chocolate Moist Cake
Cheezy Chocolate Moist Ceke~
Bahan-Bahan: ( Loyang 5x6)
5 Biji Telur (grade A)
250gm Butter ( saya guna Buttercup)
250gm Cream Cheese (saya guna Tatura Cream Cheese)
1 Cup Gula
1 ½ cup Tepung Kek
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu makan susu pekat manis
1 Cup Horlicks
Sedikit Coklat Emulco/perasa coklat
Cara Membuatnya:
Cairkan Butter.. (Ketepikan & Biar sejuk) Dalam bekas lain,putar telur dengan gula hingga kembang. Masukkan esen vanilla,putar sekejap. Masukkan Tepung kek/baking powder,Horlicks & soda bikarbonat. Putar hingga adunan sebati & gebu. Masukkan Butter yang telah dicairkan tadi & putar perlahan sehingga sebati. Masukkan susu pekat manis & sebatikan..
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
1 Bahagian dicampurkan dengan Coklat Emulco
1 Bahagian dicampurkan Cream Cheese. (Putar perlahan hingga sebati)
Sediakan Loyang yang telah dialas dengan sedikit mentega & baking paper.
Air kukusan hendaklah dididihkan terlebih dahulu ye.
Tuang sedikit adunan coklat tadi kukus hingga masak. (dalam 15-20minit)
Kemudian Tuangkan adunan Cheese. Kukus hingga masak.
Ulang proses yang sama hingga adunan habis.
Untuk adunan yang terakhir,kukus kek selama 30-45minit agar kek masak sempurna. Selamat Mencuba.
Wednesday, 5 February 2014
Pandan Jagung Moist Cake~
Resepi ni sama saja dengan resepi Chocolate Mocha moist cake yang pernah saya sharekan sebelum ini. Cuma tukarkan perasa & warna nye saja..hehehe
Pandan Jagung Moist Cake~
Bahan2: (utk Loyang 8x8")
8 Biji Putih telur
2 Cup Gula
1 Sudu Makan Ovalette
1 Sudu teh Baking powder
1 Sudu Teh Garam
2 Cup Tepung kek ( Saya Guna Tepung Hong Kong)
50gm Santan Serbuk ( 1 Paket)
100ml Santan Pekat (saya guna santan KARA)
1 Sudu Teh Esen Vanila
100ml Minyak Jagung/ Mentega Cair
2 Sudu Makan Susu Pekat Manis
Sedikit pandan paste/perasa pandan
sedikit perasa jagung
Cara2 membuatnya:
Putar Putih Telur Menggunakan kelajuan Sederhana Hingga berbuih... Masukkan gula, garam, ovalette & Baking Powder..Putar menggunakan kelajuan tinggi ye sehingga menjadi putih & kental..
Kemudian, masukkan pula Tepung kek & santan serbuk...putar sekejap & masukkan juga santan pekat,Esen Vanila, Minyak Jagung/mentega Cair, & susu pekat Manis . Putar hingga adunan sebati.....
Bahagikan adunan kepada 3Bahagian:
1 Bahagian dibiarkan dengan warna yang asal
1 Bahagian lagi dicampurkan dengan Pandan paste
1 Bahagian lagi dicampurkan dengan perasa jagung
Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking papper & sedikit mentega.. Kukus adunan pandan dahulu 10-15minit @ hingga agak masak barulah tuang adunan jagung diatasnya.....kukus lagi..last sekali tuang adunan yang asal,& kukus selama 30minit untuk kek masak sepenuhnya.....Dah Siap!
Kek Coklat~
Kek Coklat~
Bahan-Bahan (Loyang 8x8)
460gm Butter
1 Tin (500gm) susu Pekat Manis
1 Sudu Makan Ovalatte
2 Cup Tepung kek
Sedikit coklat emulco/perasa coklat
1 Sudu makan serbuk koko
10 Biji Telur (Grade A)
1 Cup Gula Halus
1 Cup Horlicks
Cara Membuatnya
1) Masukkan Gula & Butter kemudian putar hingga kembang & gebu.
2) Masukkan Telur satu persatu, & teruskan putar hingga kembang.
3) Masukkan pula Tepung kek & Horlicks,pukul sehingga sebati.
4) Masukkan juga susu pekat manis & Ovalatte. Putar sekejap hingga adunan sebati.
5) Akhir sekali,campurkan adunan dengan coklat emulco/perasa coklat.
6) Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega.
7) Tuangkan adunan kedalam Loyang & bakar dengan suhu 160’ untuk 45minit @ 1jam (bergantung pada suhu oven masing-masing)
8) Kek ini juga boleh dikukus seperti biasa.Kukus hingga masak.
9) Selamat Mencuba!
Wednesday, 18 September 2013
Kek Lumut Strawberry Versi Mommy Ryan~
Kek Lumut Strawberry Versi Mummy Ryan~
Lama tak baking...hehehe^^
Jom Try Kek Lumut Strawberry Versi Mummy Ryan's Kitchen
Bahan2 semua sama dengan kek Lumut yang saya pernah post sebelum ni..just Tukar warna & perasa saja..hihi (Jgn Marah)
Bahan2:
10 biji telur
420gm mentega ( saya guna buttercup)
1 1/2 cup holick
1 tin kecil seri kaya
4 cup susu tepung
Pewarna Merah (saya guna strawberry Paste)
sedikit Perasa Strawberry
1 tin susu pekat manis
1/2 cup tepung gandum
1 cup gula halus
Cara membuatnya:
Pukul mentega dgn gula hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu,kacau lagi hingga sebati.
kemudian masukkan seri kaya,susu pekat manis,holick & akhir sekali susu tepung dan tepung gandum, jangan lupa pewarna Merah & perasa Strawberry.Kacau hingga rata. sedia kan loyang( saya guna loyang size 8x8")kukus hingga masak.Sejukkan sebentar kemudian di masukkan ke dlm peti sejuk, biarkn semalaman..
Wednesday, 28 August 2013
Simple Pandan Butter Cake~
Simple Pandan Butter cake~
(Loyang 5x6')
Bahan2:
6 Biji telur (Grade A)
1 Cup Tepung kek
1 Cup Gula kastor
1 sudu Teh Soda bikarbonat
1/2 sudu Teh baking powder
2 sechet Nestum 3in1 Original
1 Sudu teh Esen vanila
250g Butter (guna yang lebih berkualiti lebih elok)
Sedikit Perasa & pewarna Pandan (saya Guna pandan paste)
Serbuk koko @ Milo secukupnya (untuk Tabur diatas kek)
Cara membuatnya:
Pukul Butter & Gula Hingga kembang...kemudian masukkan Telur satu persatu..Pukul lagi hingga kembang & gebu..masukkan pula esen Vanila..teruskan putar.. Masukan Tepung , baking powder & soda Bikarbonat yang telah diayak terlebih dahulu ye....& Pukul biar benar2 sebati Kemudian masukkan Nestum 3in1....putar sekejap agar adunan sebati.. Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega.... Tuangkan adunan , kemudian tabur serbuk koko @ Milo diatasnya & kukuslah kek hingga masak agak2 dalam 45minit - 1jam
Selamat Mencuba!
Monday, 26 August 2013
Strawberry Pandan Moist Cake~
STRAWBERRY PANDAN MOIST CAKE
Bahan2: (Loyang 5x5)
5 Biji Telur (Grade A)
250gm Butter
1 cup Gula
1 ½ cup Tepung kek
½ Tin (500gm) Susu Pekat manis
3 Sudu Makan Kaya
4 Sudu Jem Strawberry
1 Sudu Teh Esen Vnilla
1 Sudu Teh Ovalette
1 Sudu Teh Esen kelapa (blh juga guna santan pekat)
Sedikit Perasa pandan & pewarna (saya guna pandan paste)
Sedikit pewarna & perasa strawberry (saya guna strawberry paste)
Cara Membuatnya:
Pukul Butter dengan Gula hingga kembang. Masukkan juga ovalette.
Putar sekejap biar sebati, kemudian masukkan pula Telur satu persatu. Teruskan putar hingga adunan gebu. Selepas itu masukkan Esen Vanilla. Susu Pekat Manis, Jem Strawberry & kaya juga dimasukkan sekali. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga sebati. Akhir sekali masukkan Tepung kek. Putar hingga rata. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian:
* Untuk bahagian hijau(pandan) ambil dalam 3 senduk*
1 Bahagian dicampurkan dengan 1 sudu the esen kelapa(santan) & perasa pandan.
1 Bahagian dicampurkan dengan perasa strawberry
Air kukusan hendaklah dididihkan terlebih dahulu. Sediakan Loyang yang telah dialaskan dengan baking paper & sedikit mentega.
Tuang adunan strawberry dulu kedalam Loyang & kukus dalam 30minit-40minit. Kalau permukaan kek dah masak boleh tuang adunan pandan. Kemudian kukuslah selama 45minit -1jam untuk kek masak sempurna. Selamat Mencuba!
Sunday, 11 August 2013
Kek 3Layers (kukus)
Kek 3Layers (kukus)
Bahan2: (Loyang 5x5)
250gm Butter
1 cup Gula
1 ½ cup Tepung kek
½ tin (500gm) susu pekat manis
3 Sudu Makan Kaya
5 Biji Telur
2 sudu makan peanut Butter
2 sudu makan Serbuk Milo
Sedikit perasa keladi(Yam)
1 sudu teh Esen Vanilla
1 Sudu teh Ovelatte
Cara Membuatnya:
Pukul Butter dengan Gula hingga kembang.
Masukkan juga Ovalette, putar dengan medium speed hingga gebu.
Selepas itu,masukkan telur satu persatu.
Masukkan juga Esen Vanilla,putar hingga sebati & kembang.
Kemudian, masukkan pula susu pekat manis & kaya.
Putar sekejap biar sebati.
Masukkan Tepung kek, Dengan menggunakan kelajuan sederhana sahaja putar adunan sehingga rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian:
1 Bahagian dicampurkan dengan 2 sudu makan peanut butter
1 Bahagian dicampurkan dengan 2 sudu serbuk milo
1 bahagian dicampurkan dengan sdikit perasa keladi(Yam)
*saya guna Yam Paste*
Air kukusan hendaklah dididihkan terlebih dahulu…
Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega.
Tuangkan adunan yang dicampurkan dengan peanut butter kedalam Loyang, & kukus selama 20-25minit. (bergantung kepada banyak mana adunan & ketebalan Loyang anda)
Setelah adunan tadi masak, tuangkan pula adunan Perasa keladi(Yam).
Kukus hingga masak. Akhir sekali,tuangkan adunan yang dicampurkan dengan serbuk milo tadi.
Untuk lapis yang terakhir ni, kek hendaklah dikukus lebih lama agar ianya masak dengan sempurna. Kukuslah dalam 45minit-1jam.
Selamat Mencuba!..
Thursday, 11 July 2013
Moist Oreo Steam Cake~
~Moist Oreo Steam cake~
Bahan2 (Loyang 5x5)
5 Biji Telur (Grade A)
250gm Mentega/Butter
1 ½ Cup Tepung kek
3 paket Nestum 3in1 (Original)
1 tin kecil kaya (180gm)
1 Sudu The Ovallate
1 Sudu The Baking Powder
1 sudu The Esen vanilla
1 sudu The Coklat Emulco
Biskut Oreo secukupnya ( dipatahkan kecil2 dgn intinye sekali)
** Kalau suka biskut oreo blh banyakkan mengikut citarasa masing2**
Cara Membuatnya:
Pukul Gula & Mentega/Butter hingga kembang.
Masukkan pula Ovallate & telur satu persatu, teruskan putar dengan kelajuan sederhana hingga adunan sebati & gebu.
Kemudian masukkan juga Esen Vanilla, putar sekejap..
Masukkan Tepung gandum, Baking powder, Nestum 3in1 & kaya. Putar dengan medium speed hingga adunan rata & gebu.
Ambil 4 senduk besar adunan tadi & campurkan dengan 1sudu teh coklat emulco. (ketepikan)
Adunan selebihnya di campurkan dengan biskut Oreo yang telah dipatah-patahkan tadi.
Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega.
**Air kukusan hendak lah dididihkan terlabih dahulu**
Tuang sedikit adunan yang dicampurkan dengan biskut oreo tadi ke dalam Loyang & kukus selama 15-20minit (kalau tidak suka buat selapis lapis boleh juga buat 2 lapis saja.)
Setelah masak,tuangkan pula adunan yang dicampurkan dengan coklat Emulco tadi.. kukus lagi. (tengok@ Rasa permukaan kek,kalau dah keras bermakna kek dah masak & sedia untuk adunan yang seterusnya)
Untuk lapisan yang terakhir, kek hendak lah di kukus selama 45minit-1Jam. Supaya kek masak dengan sempurna.
Selamat Mencuba!....
Friday, 21 June 2013
Strawberry Oreo steam cake~
Strawberry Oreo steam cake~
Bahan2: (Loyang 7x7)
6 Biji Telur (Grade A)
250gm Butter
2 Cup Tepung kek
250gm Jem Strawberry
250gm Jem Nenas
1 sudu The Ovallate
1 sudu The Esen Vanilla
1 Cup Gula
1 Packet Bikut Oreo (137gm)
1 sudu Makan strawberry paste (pewarna/perasa Strawberry)
Cara membuatnya:
Pukul Gula & Butter hingga kembang.. Kemudian masukkan Ovallate, putar sekejap..Masukkan pula Telur satu persatu..Teruskan putar hingga adunan gebu & kembang.. Masukkan pula Esen Vanilla…Putar sekejap, selepas itu masukkan Tepung kek.. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga adunan betul2 sebati & rata.. Bahagikan adunan kepada 2bahagian: 1 Bahagian dicampurkan dengan jem strawberry + strawberry paste. 1 Bahagian lagi dicampurkan dengan jem nenas. Sediakan Loyang yang telah dialas dengan Baking paper & sedikit mentega. Tuang adunan jem nenas dulu kemudian susun Biskut oreo diatasnya..Kukus dalam 15-20minit ( kalau permukaan kek dah masak baru tuang adunan yang seterusnya)
Friday, 10 May 2013
Strawberry Sponge Cake (kek Span Strawberry)
Strawberry Sponge Cake (kek Span Strawberry) ~Kukus~
Bahan2: (LOYANG 7X7)
250gm Butter (dicairkan)
2 cup Tepung kek
1 1/2 cup Gula castor (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
1 sudu teh Baking powder
1 sudu makan Ovallete
5 Biji telur Grade A
1 sudu teh Esen Vanilla
1 cup Horlicks/susu tepung (guna salah satu)
sedikit paste Strawberry ( perasa strawberry)
Cara membuatnya:
Cairkan Butter...Ketepikan,biar suam sekejap.
Dalam bekas lain,Putar Telur & Gula hingga kembang(Berbuih)
Kemudian masukkan Ovellate & esen vanilla..Putar lagi hingga sebati.
Selepas itu,masukkan pula Tepung kek, horlicks/susu Tepung & Baking powder.
Putar dengan kelajuan sederhana sampai rata/sebati.
Akhir sekali,masukkan butter yang telah dicairkan tadi...Putar sekejap agar adunan betul2 sebati. Jangan lupa masukkan juga strawberry paste(perasa strawberry).
Panaskan dulu air kukusan sampai mendidih.
Sediakan loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega.
Tuang adunan kedalam loyang & kukuslah selama 1jam @ hingga kek masak. Kalau nak bakar blh guna suhu 170' 1jam (terpulang pada oven masing2)
Subscribe to:
Comments (Atom)












.jpg)
.jpg)

























