All About My Hobbies~

All About My Hobbies~
Welcome To My Humble Cooking Blog. Nothing special about my blog, I'm Not a Professional...But I Really Enjoy Myself Doing It. "Mommy's Ryan Kitchen " is all about cooking & Baking. Just to share some tested & validated recipes from people who loves cooking. All Photos & Recipes is Belong to Blog Mommy Ryan's Kitchen. Strictly Copy Paste & Download all Items in This Blog Is NOT ALLOWED. Thank You!.

Monday 26 August 2013

Strawberry Pandan Moist Cake~


 STRAWBERRY PANDAN MOIST CAKE
 Bahan2: (Loyang 5x5)
 5 Biji Telur (Grade A)
 250gm Butter
 1 cup Gula
 1 ½ cup Tepung kek
 ½ Tin (500gm) Susu Pekat manis
 3 Sudu Makan Kaya
 4 Sudu Jem Strawberry
 1 Sudu Teh Esen Vnilla
 1 Sudu Teh Ovalette
 1 Sudu Teh Esen kelapa (blh juga guna santan pekat)
 Sedikit Perasa pandan & pewarna (saya guna pandan paste)
 Sedikit pewarna & perasa strawberry (saya guna strawberry paste)

 Cara Membuatnya:
 Pukul Butter dengan Gula hingga kembang. Masukkan juga ovalette.
 Putar sekejap biar sebati, kemudian masukkan pula Telur satu persatu. Teruskan putar hingga adunan gebu.  Selepas itu masukkan Esen Vanilla. Susu Pekat Manis, Jem Strawberry & kaya juga dimasukkan sekali.  Putar dengan kelajuan sederhana sehingga sebati. Akhir sekali masukkan Tepung kek. Putar hingga rata.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian:
 * Untuk bahagian hijau(pandan) ambil dalam 3 senduk*
 1 Bahagian dicampurkan dengan 1 sudu the esen kelapa(santan) & perasa pandan.
 1 Bahagian dicampurkan dengan perasa strawberry

 Air kukusan hendaklah dididihkan terlebih dahulu. Sediakan Loyang yang telah dialaskan dengan baking  paper & sedikit mentega.
 Tuang adunan strawberry dulu kedalam Loyang & kukus dalam 30minit-40minit. Kalau permukaan kek dah  masak boleh tuang adunan pandan. Kemudian kukuslah selama 45minit -1jam untuk kek masak sempurna.  Selamat Mencuba!

1 comment:

  1. hai..salam..

    em, menariknya kek ni..Nampak sedap dan gebu..mau try buat nanti.minta izin copy paste resepinya ya.

    ReplyDelete