All About My Hobbies~

All About My Hobbies~
Welcome To My Humble Cooking Blog. Nothing special about my blog, I'm Not a Professional...But I Really Enjoy Myself Doing It. "Mommy's Ryan Kitchen " is all about cooking & Baking. Just to share some tested & validated recipes from people who loves cooking. All Photos & Recipes is Belong to Blog Mommy Ryan's Kitchen. Strictly Copy Paste & Download all Items in This Blog Is NOT ALLOWED. Thank You!.

Friday 21 June 2013

Strawberry Oreo steam cake~


Strawberry Oreo steam cake~
 Bahan2: (Loyang 7x7)
 6 Biji Telur (Grade A)
 250gm Butter
 2 Cup Tepung kek
 250gm Jem Strawberry
 250gm Jem Nenas
 1 sudu The Ovallate
 1 sudu The Esen Vanilla
 1 Cup Gula
 1 Packet Bikut Oreo (137gm)
 1 sudu Makan strawberry paste (pewarna/perasa Strawberry)

 Cara membuatnya:
 Pukul Gula & Butter hingga kembang.. Kemudian masukkan Ovallate, putar sekejap..Masukkan pula Telur satu persatu..Teruskan putar hingga adunan gebu & kembang.. Masukkan pula Esen Vanilla…Putar sekejap, selepas itu masukkan Tepung kek.. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga adunan betul2 sebati & rata.. Bahagikan adunan kepada 2bahagian: 1 Bahagian dicampurkan dengan jem strawberry + strawberry paste. 1 Bahagian lagi dicampurkan dengan jem nenas. Sediakan Loyang yang telah dialas dengan Baking paper & sedikit mentega. Tuang adunan jem nenas dulu kemudian susun Biskut oreo diatasnya..Kukus dalam 15-20minit ( kalau permukaan kek dah masak baru tuang adunan yang seterusnya)


Friday 7 June 2013

Kek Lapisan Bumi Simple~


 Kek Lapisan Bumi Simple~
 Bahan2 (Loyang 7x7)
 6 Biji Telur (Grade A)
 250gm Butter
 2 cup Tepung Kek
 1 cup Gula Halus
 1 Tin Susu Pekat Manis (500gm)
 1 sudu the esen vanilla
 5 sudu makan Jam Nenas
 Pewarna oren (saya guna oren emulco)
 Pewarna coklat (saya guna coklat emulco)
 Pewarna Hijau (saya guna Pandan paste + Peppermint)

Cara membuatnya:
Pukul butter dengan gula hingga kembang.. Kemudian masukkan Telur satu persatu, Teruskan putar sehingga adunan benar2 gebu. Masukkan pula esen vanilla..putar lagi sekejap. Selepas itu,masukkan pula Tepung kek. Putar dengan kelajuan sederhana hingga adunan sebati & gebu..Masukkan pula susu pekat manis ,putar sehingga sebati. Akhir sekali masukkan pula jam nenas tadi. Putar lagi biar adunan betul2 rata & sebati.
Bahagikan kepada 3 bahagian:
1 bahagian dicampurkan dengan pewarna oren (oren emulco)
1 bahagian dicampurkan dengan pewarna coklat (coklat emulco)
1 bahgian dicampurkan dengan pewarna hijau (Pandan paste + peppermint)

*Sediakan air kukusan,biarkan mendidih*
Sediakan juga Loyang 7x7 yang telah dialas dengan baking paper & disapukan dengan sedikit mentega. Tuang adunan berwarna Oren dulu & kukus dalam 25minit. Kemudian masukkan pula adunan bewarna coklat & kukus lagi Hingga masak.( Rasa / tgk permukaan kek tu.klu dah keras/masak boleh lah tuang adunan yang seterusnya) Begitu juga dengan adunan berwarna hijau..Untuk lapis yang terakhir,kukus kek selama 45minit- 1jam lagi agar ianya masak sempurna.



Ayam Masak Merah ~Simple~


Ayam Masak Merah ~Simple~
Bahan2: (Sekeluarga)
1/2 ekor ayam
1biji bawang besar ( di hiris bulat)
1biji tomato ( di potong dadu)
1biji cili merah besar (potong memanjang)
1sudu besar bawang merah ( yg telah di blend)
1sudu besar bawang putih ( yg telah di blend)
1sudu besar halia (yg telah di blend)
2sudu besar cili boh/ cili giling
2sudu besar sos cili
2sudu besar sos tomato
Garam & serbuk perisa secukup rasa

Cara-cara
Goreng ayam selama 10minit dlm kuali dgn minyak (jgn terlalu garing) tutup api. angkat & toskan ayam sediakan kuali utk menumis. Tumiskan bawang merah,bawang putih dan halia hingga naik bau. kemudian masukkan cili boh. kacau & masukkan ayam sekali ye. Tambah kn sedikit air agar tidak melekit. Masukkan sos cili & sos tomato. kacau rata. selepas itu masukkan bawang besar & tomato yg di potong tadi .jgn lupa cili besar juga ye. kacau lagi,kemudian masukkan garam & serbuk perisa. bila dah agak pekat tutup api..dah siap..slmt mencuba.

Egg Taufu tumis simple~


Egg Taufu tumis simple~
Bahan2:
2 Tiub egg tauhu(dipotong tebal)
Mix vege secukupnya
Fish cake secukupnya (dihiris nipis)
1 biji telur ( dipukul)
1 susu the perasa MAGGI secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bawang putih & bawang merah secukupnya (dicincang)

Untuk Kuah
2 sudu makan sos tiram
1 sudu the kicap pekat
1 sudu makan minyak bijan
1 susu makan stok Pekat ayam MAGGI
150ml air
1 sudu the tepung jagung (campur dgn sedikit air)

Cara membuatnya:
Panaskan minyak, tumis bawang hingga naik bau..kemudian masukkan mix vege & kacau sebati. Masukkan pula Fish cake, kacau sekejap.masukkan sedikit air. Biar memdidih sekejap.Masukkan pula bahan untuk kuah. Kacau sebati & masukkan juga telur, kacau cepat2 agar telur tidak berketul2. Akhir sekali masukkan Tauhu, biarkan masak/mendidih dlm 10minit. Dah siap!

Sup Ikan merah masak kunyit~


Sup Ikan merah masak kunyit~
Bahan2:
2@3 isi ikan merah yang telah dipotong
1helai daun kunyit (dihiris nipis)
3ulas bawang putih (ditumbuk)
1ulas bawang merah (ditumbuk)
4cm kunyit hidup(ditmbuk)
2cm halia (ditumbuk)
Garam & serbuk perasa secukupnya..
3 Helai daun limau purut
1 Biji Tomato (dibelah 4)

Cara membuatnya:
Panaskan minyak,kemudian tumis bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik bau..Masukkan juga daun limau purut & daun kunyit..kacau sekejap .Masukkan juga Tomato. Masukkan air mengikut kuantiti sup yang anda mahu..Biarkan mendidih, kemudian perasakan dengan sedikit garam & serbuk perasa..Akhir sekali masukkan Isi ikan merah..Biarkan memdidih/masak untuk 10minit. Dah siap!
 **Boleh juga tambah cili untuk yang suka pedas**