All About My Hobbies~

All About My Hobbies~
Welcome To My Humble Cooking Blog. Nothing special about my blog, I'm Not a Professional...But I Really Enjoy Myself Doing It. "Mommy's Ryan Kitchen " is all about cooking & Baking. Just to share some tested & validated recipes from people who loves cooking. All Photos & Recipes is Belong to Blog Mommy Ryan's Kitchen. Strictly Copy Paste & Download all Items in This Blog Is NOT ALLOWED. Thank You!.

Wednesday 28 August 2013

Simple Pandan Butter Cake~


 Simple Pandan Butter cake~
 (Loyang 5x6')
 Bahan2:
 6 Biji telur (Grade A)
 1 Cup Tepung kek
 1 Cup Gula kastor
 1 sudu Teh Soda bikarbonat
 1/2 sudu Teh baking powder
 2 sechet Nestum 3in1 Original
 1 Sudu teh Esen vanila
 250g Butter (guna yang lebih berkualiti lebih elok)
 Sedikit Perasa & pewarna Pandan (saya Guna pandan paste)
 Serbuk koko @ Milo secukupnya (untuk Tabur diatas kek)

 Cara membuatnya:
 Pukul Butter & Gula Hingga kembang...kemudian masukkan Telur satu persatu..Pukul lagi hingga  kembang & gebu..masukkan pula esen Vanila..teruskan putar.. Masukan Tepung , baking powder & soda  Bikarbonat yang telah diayak terlebih dahulu ye....& Pukul biar benar2 sebati Kemudian masukkan Nestum 3in1....putar sekejap agar adunan sebati.. Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega.... Tuangkan adunan , kemudian tabur serbuk koko @ Milo diatasnya & kukuslah kek hingga masak agak2 dalam 45minit - 1jam
Selamat Mencuba!


Monday 26 August 2013

Strawberry Pandan Moist Cake~


 STRAWBERRY PANDAN MOIST CAKE
 Bahan2: (Loyang 5x5)
 5 Biji Telur (Grade A)
 250gm Butter
 1 cup Gula
 1 ½ cup Tepung kek
 ½ Tin (500gm) Susu Pekat manis
 3 Sudu Makan Kaya
 4 Sudu Jem Strawberry
 1 Sudu Teh Esen Vnilla
 1 Sudu Teh Ovalette
 1 Sudu Teh Esen kelapa (blh juga guna santan pekat)
 Sedikit Perasa pandan & pewarna (saya guna pandan paste)
 Sedikit pewarna & perasa strawberry (saya guna strawberry paste)

 Cara Membuatnya:
 Pukul Butter dengan Gula hingga kembang. Masukkan juga ovalette.
 Putar sekejap biar sebati, kemudian masukkan pula Telur satu persatu. Teruskan putar hingga adunan gebu.  Selepas itu masukkan Esen Vanilla. Susu Pekat Manis, Jem Strawberry & kaya juga dimasukkan sekali.  Putar dengan kelajuan sederhana sehingga sebati. Akhir sekali masukkan Tepung kek. Putar hingga rata.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian:
 * Untuk bahagian hijau(pandan) ambil dalam 3 senduk*
 1 Bahagian dicampurkan dengan 1 sudu the esen kelapa(santan) & perasa pandan.
 1 Bahagian dicampurkan dengan perasa strawberry

 Air kukusan hendaklah dididihkan terlebih dahulu. Sediakan Loyang yang telah dialaskan dengan baking  paper & sedikit mentega.
 Tuang adunan strawberry dulu kedalam Loyang & kukus dalam 30minit-40minit. Kalau permukaan kek dah  masak boleh tuang adunan pandan. Kemudian kukuslah selama 45minit -1jam untuk kek masak sempurna.  Selamat Mencuba!

Ikan Siakap Bakar Bersambal~


 Ikan Bakar Bersambal~
 Bahan-Bahan 1 Ekor ikan(Saya guna Ikan Siakap) bersaiz besar, dilumur sedikit garam dan asam jawa (untuk hilangkan bau)
 Bawang Besar, dimayang
 Bawang Merah, dimayang
 Bawang Putih, diketuk (kalau semua nak diblendkan pun elok juga, lebih sedap )
 Halia, diketuk Serai, diketuk (dititik )
 Lengkuas, dimayang
 Cili kering, direndam dan dikisar dgn sedikit air Air Asam Jawa
 Garam & Gula Merah secukup rasa

Tumis semua bawang, halia, serai dan lengkuas. Bila hampir layu, masukkan cili kisar. Kacau seketika, masukkan air asam jawa. Masak sehingga likat dan naik minyak. Perasakan dengan garam dan gula merah. Masukkan sedikit air dan masak sehingga air meresap. Lapikkan dulang pembakar dengan daun pisang. Lumurkan sambal ke atas ikan dan bakar dalam oven sehingga masak. Untuk membakar ikan, biasanya dalam tempoh 30 minit ikan itu sudah pun siap dibakar atau dimasak dan siap untuk dihidangkan. kalau ikan yang dibakar saiznya besar seperti Ikan Siakap yang dipancing eloklah dilanjutkan sedikit dalam 15 minit. Untuk pastikan isinya betul-betul masak.

Kari IKan Siakap~


 Kari Ikan~ ( Resepi Che Mat Gebu)
 Izinkan saya share/copy disini ye Che Mat.
 Resepi dan sumber dari:  http://www.myresipi.com/top/detail/1915

 Bahan-bahan
 1 ekor ikan merah, dibersihkan dan potong ikut suka
 2 biji bawang besar*
 3 ulas bawang putih*
 1/2 inci halia*
 3 biji cili merah*
(*dikisar halus)
 3 camca besar rempah kari ikan

 BAHAN2 TUMIS
 2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
 1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
 2 tangkai daun kari

 BAHAN2 LAIN
 2 keping asam gelugor
 2 biji terung. dipotong dan goreng separuh masak ( Saya tak guna terung, guna kacang bendi saja)
 3 biji tomato, dibelah dua
 1/2 cawan pati santan (guna santan kotak)
 Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
 2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jgn putus ( saya tak letak)

 Cara-cara
 Bersihkan ikan, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan  juga bahan2 yg telah dikisar tadi. Gaul rata. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis  hingga wangi. Masukkan rempah yg telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api  perlahan. Masukkan air (kurang lebih 700ml, atau ikut suka), dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan  ikan, asam gelugor dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa jika suka. Bila mendidih, masukkan  pati santan, terung/bendi, tomato dan belahan cili hijau dan merah(Optional). Biar mendidih seminit dua.  Matikan api dan boleh dihidangkan panas2.


Sunday 11 August 2013

Kek 3Layers (kukus)


 Kek 3Layers (kukus)
 Bahan2: (Loyang 5x5)
 250gm Butter
 1 cup Gula
 1 ½ cup Tepung kek
 ½ tin (500gm) susu pekat manis
 3 Sudu Makan Kaya
 5 Biji Telur
 2 sudu makan peanut Butter
 2 sudu makan Serbuk Milo
 Sedikit perasa keladi(Yam)
 1 sudu teh Esen Vanilla
 1 Sudu teh Ovelatte

 Cara Membuatnya:
 Pukul Butter dengan Gula hingga kembang.
 Masukkan juga Ovalette, putar dengan medium speed hingga gebu.
 Selepas itu,masukkan telur satu persatu.
 Masukkan juga Esen Vanilla,putar hingga sebati & kembang.
 Kemudian, masukkan pula susu pekat manis & kaya.
 Putar sekejap biar sebati.
 Masukkan Tepung kek, Dengan menggunakan kelajuan sederhana sahaja putar adunan sehingga rata.  Bahagikan adunan kepada 3 bahagian:
 1 Bahagian dicampurkan dengan 2 sudu makan peanut butter
 1 Bahagian dicampurkan dengan 2 sudu serbuk milo
 1 bahagian dicampurkan dengan sdikit perasa keladi(Yam)
 *saya guna Yam Paste*

 Air kukusan hendaklah dididihkan terlebih dahulu…
 Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega.
 Tuangkan adunan yang dicampurkan dengan peanut butter kedalam Loyang, & kukus selama 20-25minit.  (bergantung kepada banyak mana adunan & ketebalan Loyang anda)
 Setelah adunan tadi masak, tuangkan pula adunan Perasa keladi(Yam).
 Kukus hingga masak. Akhir sekali,tuangkan adunan yang dicampurkan dengan serbuk milo tadi.
 Untuk lapis yang terakhir ni, kek hendaklah dikukus lebih lama agar ianya masak dengan sempurna.  Kukuslah dalam 45minit-1jam.
 Selamat Mencuba!..

Saturday 3 August 2013

Kek Lapis Seri Muka~


 Kek Lapis Seri Muka
 Bahan2 (Loyang 5x5)
 5 Biji Telur (Grade A)
 250gm Butter
 1 cup Gula
 ½ Tin (500gm) susu pekat manis
 210gm kaya
 1 sudu the ovallate
 2 cup Tepung hong kong
 1 sudu the esen vanilla
 2 sudu makan Santan Pekat
 1 paket santan serbuk ( blh ganti dengan susu tepung jika suka)
 *Susu Tepung ½ cup*
 Sedikit Pewarna/perasa Pandan (saya guna pandan paste)

Cara Membuatnya:
Pukul Butter & Gula hingga kembang..
Masukkan juga Ovallate, Teruskan putar hingga sebati..
Kemudian masukkan Telur satu persatu..Putar dengan kelajuan sederhana hingga adunan kembang.
Setelah itu,masukkan pula Santan pekat, Susu Pekat Manis & Kaya.
Putar biar adunan rata, masukkan juga Tepung Hong Kong, santan Serbuk/susu tepung. Teruskan putar sampai adunan sebati & gebu..
Bahagikan kepada 2 Bahagian:
1 Bahagian dibiarkan dengan perasa & warna asal
1 Bahagian lagi dicampurkan dengan Pewarna hijau/perasa pandan (Pandan Paste)

 Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega.
       ## Kek ni saya bakar menggunakan Microwave Oven ##
 Ambil 3 sudu makan adunan Pandan tadi, kemudian masukkan kedalam Microwave Oven.
 Set kan ke Butang Grill & set masa ke 8 Minit untuk 1lapis.
 Boleh lah mula membakar. Setelah masak, ulang saja proses ni sehingga adunan Pandan tadi habis.
 Bila seselai melapis adunan Pandan, boleh lah mulakan dengan adunan asal tadi.
 Proses nya sama seperti diatas.
 Selamat Mencuba!...



Kek Lapis Yam(Keladi) Pandan~


 Kek Lapis Yam(Keladi) Pandan~
 Bahan2 (Loyang 5x5)
 5 Biji Telur (Grade A)
 250gm Butter
 1 cup Gula
 ½ Tin (500gm) susu pekat manis
 210gm kaya
 1 sudu the ovallate
 2 cup Tepung hong kong
 1 sudu the esen vanilla
 ½ cup Susu Tepung
 3 Sudu makan Horlicks
 Sedikit Pewarna/perasa Pandan (saya guna pandan paste)
 Sedikit pewarna/perasa keladi(Yam) Saya guna Yam paste.

 Cara Membuatnya:
 Pukul Butter & Gula hingga kembang..
 Masukkan juga Ovallate, Teruskan putar hingga sebati..
 Kemudian masukkan Telur satu persatu..Putar dengan kelajuan sederhana hingga adunan kembang.
 Setelah itu,masukkan pula Susu Pekat Manis & Kaya.
 Putar biar adunan rata, masukkan juga Tepung Hong Kong, Horlicks & susu tepung.
 Teruskan putar sampai adunan sebati & gebu..
 Bahagikan kepada 2 Bahagian:
 1 Bahagian dicampurkan dengan Perasa keladi/ Yam paste
 1 Bahagian lagi dicampurkan dengan Pewarna  hijau/perasa pandan (Pandan Paste)

 Sediakan Loyang yang telh dialas dengan baking paper & sedikit  mentega.
        ## Kek ni saya bakar menggunakan Microwave Oven ##
Ambil 3 sudu makan adunan Pandan tadi, kemudian masukkan kedalam Microwave Oven. Set kan ke Butang Grill & set masa ke 8 Minit untuk 1lapis. Boleh lah mula membakar. Setelah masak, ulang saja proses ni untuk adunan keladi pula. Ulang proses yang sama hingga adunan habis. Selamat Mencuba!.. Selamat Mencuba!...