All About My Hobbies~

All About My Hobbies~
Welcome To My Humble Cooking Blog. Nothing special about my blog, I'm Not a Professional...But I Really Enjoy Myself Doing It. "Mommy's Ryan Kitchen " is all about cooking & Baking. Just to share some tested & validated recipes from people who loves cooking. All Photos & Recipes is Belong to Blog Mommy Ryan's Kitchen. Strictly Copy Paste & Download all Items in This Blog Is NOT ALLOWED. Thank You!.
Showing posts with label Family Menu Of The day. Show all posts
Showing posts with label Family Menu Of The day. Show all posts

Tuesday, 4 November 2014

Jeruk Mangga @ Apple Hijau Asamboi


Jeruk Mangga @ Apple Hijau AsamBoi~

Bahan Utama: Buah Mangga @ Apple Hijau (Ikut suka nak Banyak Mana)
Saya Guna 3 Biji Mangga & Apple Hijau (DiPotong)
AsamBoi Merah & Putih Secukupnya
Saya Guna 15 Biji AsamBoi Putih & 10 Biji AsamBoi Merah
1 Paket kecil Serbuk Asam.
Garam Secukupnya ( Tak Perlu Banyak sangat, hanya untuk menambah perasa )
Gula (Letak Banyak Sikit baru sedap)
Cili ( Dipotong) Ikut Suka Nak pedas letak banyak sikit)
Air Secukupnya .

Cara Membuatnya semudah 123… hehehe… Gaulkan saja kesemua bahan-bahan diatas kecuali air didalam 1bekas besar. Sebatikan. Dah sebati barulah masukkan air, jangan banyak sangat ye. Cukup untuk rendam jeruk saja. Dah siap! Simpan dalam peti sejuk semalama baru sedap. Mudah kan… Ini lah Fenomena terkini di Malaysia” Bak kata seorang Blogger tuu.. Tapi memang mantap lah… mudah ..cepat & sedap gituu…


Thursday, 26 June 2014

Acar Timun & Nenas


 Acar Timun & Nenas
 Bahan-Bahan:
 1 Biji Nenas (Potong ikut suka)
 1 Biji Timun (Potong Ikut Suka)
 1 Biji Tomato (Potong Dadu)
 1 Batang Carrot ( Potong Ikut Suka)
 1/2 Biji Lemon (Ambil Jus nya saja)
 Sedikit Madu
 Cili Secukupnya (potong halus)
 1 Biji BAwang Merah Besar (Dihiris)
 Garam Secukup Rasa

 Cara Membuatnya:
 Campurkan sahaja Nenas, Timun, Tomato, Carrot, Cili Potong & Bawang Merah Besar dalam satu bekas.  Perasakan dengan Garam Secukupnya. Perah Jus Lemon & Tuangkan sedikit madu (mengikut citarasa  masing2) Gaul sebati. Dah Siap! ** Selamat Mencuba ** Enak dimakan setelah disejuakan.


Monday, 21 October 2013

Macaroni Cheese~Mommy Ryan~


Macaroni cheese~
Bahan-Bahan:
Macaroni Secukupnya (Rebus Hingga Kembang & Ditoskan)
1 Labu Bawang Besar Dihiris Halus
1 Botol Pasta Sauce (Ikut Banyak mana macaroni)
1 Packet Mozzarella Cheese (Ikut Suka nak banyak mana)
Daging Cincang Secukupnya (Optional)
Sedikit Butter Untuk menumis
Black Pepper, Garam & Serbu Perasa secukupnya.
Sedikit Air.
Sedikit hirisan daun ketumbar.

Cara-Cara:
Panaskan kuali,Cairkan Butter. Kemudian Masukkan Bawang Besar.Tumis Hingga Naik bau. Masukkan pula daging cincang. Kacau Sebentar hingga daging masak. Masukkan sedikit air,cheese & pasta sauce. Kacau perlahann hingga cheese hancur & sebati. Perasakan dengan sedikit garam, serbuk perasa & Black pepper. Last sekali masukkan hirisan daun ketumbar. Gaulkan dengan macaroni yang telah direbus & ditoskan taadi.

Wednesday, 4 September 2013

Daun Labu(pucuk Labu) campur buah labu~ Masakan Sarawak by Mummy Ryan's Kitchen.


 daun Labu(pucuk Labu) campur buah labu~
 Masakan Sarawak by Mummy Ryan's Kitchen.

 Bahan2:
 daun labu (pucuk labu) secukupnya
 di cuci & diramas2 hingga bersih. gosokkan sediki biar renyuk.

 Buah labu secukupnya(dibuang kulit & dipotong dadu)
 Bawang merah/bawang putih secukupnya**
 sedikit ikan bilis**
 sedikit udang kering**
 cili secukupnya (ikut suka nak pedas ke tak)**
 Bahan2 yang bertanda ** ditumbuk kasar/halus ikut suka
 sedikit minyak untuk mennumis
 Sedikit air Garam & serbuk perasa secukupnya

Panaskan minyak & tumis bahan2 yang telah ditumbuk tadi hingga naik bau. kemdian masukkan buah labu yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. masak hingga buah labu lembut.(tambah air jika dah agak kering) Perasakan dengan sedikit garam & serbuk perasa secukupnya. bila buah labu dah lembut masukkan pula daun labu(pucuk labu) Kacau sebati & masak hingga layu.. Dah siap!..

Monday, 26 August 2013

Ikan Siakap Bakar Bersambal~


 Ikan Bakar Bersambal~
 Bahan-Bahan 1 Ekor ikan(Saya guna Ikan Siakap) bersaiz besar, dilumur sedikit garam dan asam jawa (untuk hilangkan bau)
 Bawang Besar, dimayang
 Bawang Merah, dimayang
 Bawang Putih, diketuk (kalau semua nak diblendkan pun elok juga, lebih sedap )
 Halia, diketuk Serai, diketuk (dititik )
 Lengkuas, dimayang
 Cili kering, direndam dan dikisar dgn sedikit air Air Asam Jawa
 Garam & Gula Merah secukup rasa

Tumis semua bawang, halia, serai dan lengkuas. Bila hampir layu, masukkan cili kisar. Kacau seketika, masukkan air asam jawa. Masak sehingga likat dan naik minyak. Perasakan dengan garam dan gula merah. Masukkan sedikit air dan masak sehingga air meresap. Lapikkan dulang pembakar dengan daun pisang. Lumurkan sambal ke atas ikan dan bakar dalam oven sehingga masak. Untuk membakar ikan, biasanya dalam tempoh 30 minit ikan itu sudah pun siap dibakar atau dimasak dan siap untuk dihidangkan. kalau ikan yang dibakar saiznya besar seperti Ikan Siakap yang dipancing eloklah dilanjutkan sedikit dalam 15 minit. Untuk pastikan isinya betul-betul masak.

Kari IKan Siakap~


 Kari Ikan~ ( Resepi Che Mat Gebu)
 Izinkan saya share/copy disini ye Che Mat.
 Resepi dan sumber dari:  http://www.myresipi.com/top/detail/1915

 Bahan-bahan
 1 ekor ikan merah, dibersihkan dan potong ikut suka
 2 biji bawang besar*
 3 ulas bawang putih*
 1/2 inci halia*
 3 biji cili merah*
(*dikisar halus)
 3 camca besar rempah kari ikan

 BAHAN2 TUMIS
 2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
 1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
 2 tangkai daun kari

 BAHAN2 LAIN
 2 keping asam gelugor
 2 biji terung. dipotong dan goreng separuh masak ( Saya tak guna terung, guna kacang bendi saja)
 3 biji tomato, dibelah dua
 1/2 cawan pati santan (guna santan kotak)
 Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
 2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jgn putus ( saya tak letak)

 Cara-cara
 Bersihkan ikan, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan  juga bahan2 yg telah dikisar tadi. Gaul rata. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis  hingga wangi. Masukkan rempah yg telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api  perlahan. Masukkan air (kurang lebih 700ml, atau ikut suka), dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan  ikan, asam gelugor dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa jika suka. Bila mendidih, masukkan  pati santan, terung/bendi, tomato dan belahan cili hijau dan merah(Optional). Biar mendidih seminit dua.  Matikan api dan boleh dihidangkan panas2.


Friday, 7 June 2013

Egg Taufu tumis simple~


Egg Taufu tumis simple~
Bahan2:
2 Tiub egg tauhu(dipotong tebal)
Mix vege secukupnya
Fish cake secukupnya (dihiris nipis)
1 biji telur ( dipukul)
1 susu the perasa MAGGI secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bawang putih & bawang merah secukupnya (dicincang)

Untuk Kuah
2 sudu makan sos tiram
1 sudu the kicap pekat
1 sudu makan minyak bijan
1 susu makan stok Pekat ayam MAGGI
150ml air
1 sudu the tepung jagung (campur dgn sedikit air)

Cara membuatnya:
Panaskan minyak, tumis bawang hingga naik bau..kemudian masukkan mix vege & kacau sebati. Masukkan pula Fish cake, kacau sekejap.masukkan sedikit air. Biar memdidih sekejap.Masukkan pula bahan untuk kuah. Kacau sebati & masukkan juga telur, kacau cepat2 agar telur tidak berketul2. Akhir sekali masukkan Tauhu, biarkan masak/mendidih dlm 10minit. Dah siap!

Sup Ikan merah masak kunyit~


Sup Ikan merah masak kunyit~
Bahan2:
2@3 isi ikan merah yang telah dipotong
1helai daun kunyit (dihiris nipis)
3ulas bawang putih (ditumbuk)
1ulas bawang merah (ditumbuk)
4cm kunyit hidup(ditmbuk)
2cm halia (ditumbuk)
Garam & serbuk perasa secukupnya..
3 Helai daun limau purut
1 Biji Tomato (dibelah 4)

Cara membuatnya:
Panaskan minyak,kemudian tumis bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik bau..Masukkan juga daun limau purut & daun kunyit..kacau sekejap .Masukkan juga Tomato. Masukkan air mengikut kuantiti sup yang anda mahu..Biarkan mendidih, kemudian perasakan dengan sedikit garam & serbuk perasa..Akhir sekali masukkan Isi ikan merah..Biarkan memdidih/masak untuk 10minit. Dah siap!
 **Boleh juga tambah cili untuk yang suka pedas**

Monday, 6 May 2013

Kerang Goreng Kari


 Kerang Goreng Kari:
 Bahan2:
 500gm Kerang (dicuci bersih)
 3ulas bawang putih( ditumbuk dgn kulitnnya sekali)
 2biji bawang merah(ditumubuk)
 3biji Cili kering (ditumbuk)
 2cm Halia (ditumbuk)
 2cm kunyit hidup (ditumbuk)
 3 Helai daun limau purut (dicarik)
 5 Helai daun kari
 1 Labu bawang besar (hiris besar2)
 2 sudu besar serbuk kari
 Garam & serbuk perasa secukup rasa.
 Sedikit air.

Cara menyediakannya:
Panaskan minyak, Tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan juga daun kari & daun limau purut..Tumiskan sekejap. Kemudian masukkan serbuk kari. Selepas itu,masukkan pula kerang. Kacau sebati..Masukkan sedikit air, biarkan mendidih.. Perasakan dengan Sedikit garam & serbuk perasa secukup rasa. Masak dalam 10minit,bila kulit kerang dah terbuka tutup api.. Dah siap!

Kangkung Goreng Simple


 Kangkung Goreng Simple:
 Bahan2:
 1ikat kangkung (dipotong memanjang & dibersihkan)
 2 biji cili (Ikut suka nak pedas mana)* Ditumbuk*
 Segenggam Udang kering *ditumbuk*
 1 Sudu tehSerbuk cukup Rasa Maggi
 Garam & serbuk perasa secukup rasa
 1 Sudu bawang yang telah diblend

Cara memasak:
Panaskan minyak,Tumis bawang, Cili & udang kering hingga naik bau.. Kemudian masukkan kangkung. Perasakan dengan sedikit garam & serbuk perasa secukup rasa, juga masukkan serbuk cukup rasa maggi.. Kacau sebati, bila dah masak. Tutup api. **Jangan tumis kangkung lama sangat,nanti jadi layu & tak sedap**


Ikan Goreng berempah



Ikan Goreng berempah: ( saya guna ikan tenggiri)
 Bahan2:
 4 ketul ikan tenggiri yang telah dipotong
 1 labu bawang merah besar (dipotong bulat)
 3 helai daun limau purut (dicarikkan)
 3@4 Helai daun kari
 Sedikit serbuk lada hitam, serbuk kari,serbuk kunyit,serbuk cili & mixed spices
 1 batang carrot (dihiris memanjang)
 ½ biji Lemon ( Perah & ambil jusnya)
 1 sudu sos tiram
 1 sudu sos cili

Cara menyediakan:
Perap ikan dengan Sedikit serbuk lada hitam, serbuk kari,serbuk kunyit,serbuk cili & mixed spices. Ketepikan, biar sekejap dalam 10minit. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak..Tumiskan daun limau purut,daun kari , carrot & hirisan bawang besar tadi. Tumis sekejap saja . Angkat & ketepikan. Sediakan kuali leper/ non stik pan..masukkan sedikit olive oil, biarkan minyak betul2 panas barulah masukkan ikan yang telah diperap tadi. Goreng hingga masak. Angkat dan biarkan sejuk sekejap. Gunakan sisa minyak gorengan ikan tadi untuk membuat sos/kuah. Masukkan sos tiram & sos cili serta jus perahan lemon tadi..Biar mendidih . Tutup api, Tuang kan diatas ikan yang telah digoreng tadi..Hias dengan bahan2 yang telah ditumis terlebih dahulu tadi iaitu daun limau purut,daun kari,hirisan bawang & carrot.
Dah siap!

Thursday, 11 April 2013

Bendi Goreng Belacan~


 Bendi Goreng Belacan~
 Bahan-bahan ( 1 hidangan )
 7-8 batang bendi (direndam dgn air bergaram.
 Kemudian dibilas dan dipotong menyerong)
 segenggam udang kering*
 2 biji bawang merah*
 2 ulas bawang putih*
 1 biji cili merah*
 1/2 inci belacan bakar*
 1 sudu makan sos tiram

Cara-cara
Tumbuk bahan2 bertanda*. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk hingga terbit bau. Masukkan sos tiram dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan bendi dan kacau sebati(30 saat). Padamkan api dan hidangkan.

Sunday, 24 February 2013

Ikan Pari & sotong bakar simple~

Lauk mlm tadi...baru sempat nk update kat sini...hehehe^^


Ikan pari & sotong bakar sambal simple~

Bahan-bahan:
15 btg cili kering ( atau lebih ) potong & rendam
3 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 cm belacan
Kisar semua bahan hingga halus

1/2 kilo ikan pari cuci kemudian salut ngan asam jawa ( tanpa air ) Bila hendak guna ikan pari dicuci bersih  Sotong size sederhana..dibersihkan & di buang kulit..
beberapa helai daun pisang
kertas alimunium foil secukupnya
3 biji atau lebih limau kasturi( utk perah atas ikan )
Kacang bendi secukupnya (klu nk letak kacang panjang pun boleh)
Garam & serbuk perasa secukupnya..
3helai daun limau purut..
1/2 biji bawang besar dihiri kasar.

Caran-caraya:
Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga naik minyak. gaul rata jgn sampai hangus. masukkan daun limau purut, bawang besar garam & perasa. bila dah garing , angkat & ketepikan. Ikan pari & sotong yg telah dibersihkan tadi dicamurkan dengan bahan yang telah ditumis tadi..gaul sebati dalam satu bekas.. Sediakan kertas aluminium foil & alaskan dengan daun pisang. Tuangkan ikan & sotong yang telah digaul sebati tadi diatas daun pisang..Balutkan dengan rapi kertas aluminum foil agar kuah nya tak tumpah...Sediakan kuali leper, tuangkan sedikit minyak & letak bungkusan Ikan tadi..bakar dgn api sederhana je ye, agak2 dalam
15-20minit... dah siap!
Perahkan limau & taburkan daun ketumbar bila hendak hidangkan.(Jika suka)

Thursday, 24 January 2013

Sup campur Mommy Ryan~

Yang ni menu utk ank2 mummy....bagi ank2 yg susah nak menjamah sup atau sayur blh la try cara ni..pasti ank2 suka..hehe^^

Bahan2:
untuk sup~
1 sudu makan bawang merah& putih yang telah diblend halus
1 sudu teh halia yang telah diblend halus..
2 ketul/cube ayam maggi
sedikit isi ayam dipotong kecil2

bahan sayur~
sosaj secukupnya bebola ikan secukupnya crab sticks secukupnya Carrot secukupnya dipotong dadu Bunga kobis secukupnya Daun bawang utk hiasan Garam secukupnya Cara: Panaskan minyak,tumis kan bawang & halia yang telah diblend tadi hingga naik bau...masukkan pula isi ayam tadi..kacau sebentar.. Kemudian masukkan bahan2 sayur...kacau sebati,tambah kan air mengikut kuantiti yang anda mahu...masukkan juga cube ayam & perasa kan secukup rasa.. Biar mendidih ye atau hingga bahan2 masak..dah siap. taburkan sedikit hirisan daun bawang...

Thursday, 17 January 2013

Kari Kepala Ikan Siakap + 2ketul bahagian daging~


 Kari Kepala Ikan Siakap + 2 ketul bahagian daging...
 Bahan2nya:
 kepala ikan Siakap + dgn 2ketul bhgn daging
 1 labu bawang besar dipotong 4
 1 biji buah tomato dipotong 4
 7-8 biji kacang bendi ( saya gantikan dengan terung,sbb xde stock bendi).hehe.
 1 tangkai daun kari
 1 sudu teh jintan manis
 1 Biji Kentang dipotong dadu (jika suka) *optional*
 5 sudu makan serbuk kari
 6 biji bawang merah*
 2 ulas bawang putih*
 2cm halia ditumbuk halus
 1cm Lengkuas ditumbuk halus
 1 sudu teh asam jawa tanpa biji adabi
 3-4 cwn air
 garam secukup rasa
 200ml santan

 Cara menyediakan
 Ikan dicuci bersih. Panaskan sedikit minyak tumiskan bawang merah..bawang putih..halia..langkuas.. jintan manis, daun kari sehingga wangi. Masukkan kentang,terung, tomato dan bawang besar digaul rata .. Kemudian masukkan rempah kari yg telah dicampur sedikit air dan pes asam jawa dan digaul sebati. Masukkan secawan air..Biar mendidih & bahan2 tadi agak lembut.. masukkan pula santan..kacau sebati, lepas tu barulah masukkan ikan dan dikacau rata. Apabila merenih tambahkan air lagi kacau dan biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan kacang bendi Rasakan dgn sedikit garam dan tutupkan apinya bila masak. Hidangkan ketika masih panas...

Kacang Panjang Goreng Belacan & Taufu Kering~


 Bahan2:
 Kacang panjang secukupnya..(Dibersihkan & dipotong memanjang)
 2/3 keping taufu kering (dipotong kecil)
 300gm daging ayam yang telah dicincang
 cili secukupnya (ikut selera masing2 nak pedas ke tak)**
 2cm Belacan **
 Garam & serbuk perasa secukupnya...
 Bawang merah/putih & halia secukupnya untuk menumis**

Cara2:
Bahan2 yang bertanda** ditumbuk @ Diblend.. Panaskan minyak..Tumis bawang merah/putih/halia/cili & belacan hingga naik bau..kemudian masukkan daging ayam. masukkan sedikit air ye,iar ayam masak sempurna.. kemudian masukkan pula kacang panjang...kacau sebati & jangan lupa perasakan dengan garam & serbuk perasa secukupnya...akhir sekali masukkan taufu kering...kacau sekejap...kalau kacang panjang tu dah agak lembut tutup api.. Dah siap!

Monday, 7 January 2013

Kari Lamb

Menu mummy utk mlm ni..hehe^^
 Korg msak ape pulak? mesti sedap2 kn...


 Bahan-bahan:
 500g daging biri2 campur tulang
 2 biji kentang ( belah 4)
 3 biji tomato ( dipotong dadu/ memanjang)

 Rempah tumis **
 1 batang kulit kayu manis**,
 3 kuntum bunga cengkih**
 2 biji buah palaga,**
 1 kuntum bunga lawang**
 3 ulas bawang putih ( diketuk dan cincang)**
 2 biji bawang besar ( didadu)**
 3 biji tomato ( cincang)**
 1 sudu besarcili Boh**
 Bawang besar & bawang putih secukupnya (Diblend)**
 1 tangkai daun kari**
 1/2 inci halia (Diblend)**

 2 sudu besar rempah kari daging ( bancuh dengan sedikit air untuk jadikan pes)
 1 Sudu teh asam jawa tanpa biji
 Garam, serbuk perasa & gula secukupnya
 200ml sus sejat / susu segar
 Air
 Minyak

 Cara Penyediaan:
 Panaskan minyak, Tumiskan bahan2 bertanda ** hingga naik bau.. Kemudian masukkan Rempah kari yang telah dicampurkan dengan sedikit air tadi ye..tumis hingga pecah minyak..kecau selalu ye,takut melekat la pulak..hehe^^..Masukkan juga asam jawa.. Selepas itu,masukkan Tomato & kentang..kacau kejap.. Kemudian masukkan Lamb yang telah dipotong & dibersihkan tadi.. Tambahkan sedikit air,biar mendidih sekejap...masukkan pula susu segar.. jangan lupa perasakan dengan garam,serbuk perasa & sedikit gula mengikut selera anda la ye.. Biarkan mendidih & masak hingga danging Lamb tu empuk.. kalau nak pedas tambahkan dengan sedikit hirisan cili merah besar.. Selamat Mencuba!


Sunday, 30 December 2012

Siakap Goreng 3Rasa~


Menu malam ni.....
atas permintaan ank2 ku, hehehee^^

 Siakap Goreng 3Rasa~ Mommy Ryan~
 Bahan2:
 1 Ekor siakap (dibersihkan & dibelah 2)
 1 Biji Epal Hijau (dipotong dadu)
 1 Biji Tomato (dipotong dadu)
 1 labu bawang besar ( dipotong dadu)
 3 helai daun limau purut
 1 Tangkai daun kari (ikut suka nak banyak mana)
 3 tangkai cili merah besar (dibuang biji & hiris nipis)
 2inci halia (diblend)
 2inci lengkuas (diblend)
 Bawang merah & bawang putih secukupnya (dibend)
 serbuk lada hitam secukupnya Garam secukupnya
 sos cili secukupnya
 sos tomato secukupnya
 sos Tiram secukupnya
 sedikit air...

 cara memasaknya:
Perapkan ikan dengan sedikit garam & serbuk lada hitam... panaskan minyak & goreng ikan hingga garing..angkat & ketepikan.. tumis bahan2 yang telah diblend tadi hingga naik bau... kemudian masukkan Epal hijau, Tomato, bawang besar, daun kari & daun limau purut...tumis sekejap biar sebati.. masukkan pula sos cili, sos tomato & sos Tiram...tambahkan dengan sedikit air ye,agar tidak melekat.. Biar mendidih sekejap..bila dah agak pekat,tutup api.. Tuangkan keatas ikan yang telah digoreng tadi......dah siap!.. Selamat mencuba...

Tuesday, 25 December 2012

Siakap steam ginger... ( siakap kukus halia)

Bahan2:
1 Ekor siakap (dibersihkan & dibelah 2)
Halia secukupnya **
2 Biji cili (besar) Merah -dibuang biji **
1/2 bawang besar **
1 labu bawang putih **
2 sudu asam jawa tanpa biji **
1 sudu Gula Nipah (guna gula melaka pun boleh)**
4 Helai Daun Limau Purut **
2 sudu besar minyak bijan (utk menumis)
Garam & serbuk perasa secukupnya...

cara membuatnya:
Bahan2 yang bertanda ** dikisar halus kemudian panaskan kuali,masukkan minyak bijan & Tumis bahan kisar tadi..Perasakan dengan sedikit garam & serbuk perasa mengikut citarasa anda... sediakan bekas/pinggan utk mengukus letakkan Ikan & tuangkan bahan tumisan tadi diatasnya... Rata2kan ye..biar meliputi kesemua bahagian Ikan tadi.. Panaskan air kukuskan..masukkan bekas ikan & kukuslah hingga masak....

Saturday, 8 December 2012

simple meal~

Bila dah demam, apa pun kita tak larat nak buat kan??
Tapi kena gagahkan juga badan ni walaupun sakit demi anak2...
kesian tengok mereka.......
So ini je lah yang mampu mommy siapkan...