Bahan2:
1 Ekor siakap (dibersihkan & dibelah 2)
Halia secukupnya **
2 Biji cili (besar) Merah -dibuang biji **
1/2 bawang besar **
1 labu bawang putih **
2 sudu asam jawa tanpa biji **
1 sudu Gula Nipah (guna gula melaka pun boleh)**
4 Helai Daun Limau Purut **
2 sudu besar minyak bijan (utk menumis)
Garam & serbuk perasa secukupnya...
cara membuatnya:
Bahan2 yang bertanda ** dikisar halus
kemudian panaskan kuali,masukkan minyak bijan & Tumis bahan kisar tadi..Perasakan dengan sedikit garam & serbuk perasa mengikut citarasa anda...
sediakan bekas/pinggan utk mengukus
letakkan Ikan & tuangkan bahan tumisan tadi diatasnya...
Rata2kan ye..biar meliputi kesemua bahagian Ikan tadi..
Panaskan air kukuskan..masukkan bekas ikan & kukuslah hingga masak....
No comments:
Post a Comment