Jom Tengok Resepinye... Marble Trio cake~ ( Loyang 5x6')
Bahan2:
8 Biji Putih telur
2 Cup Gula
1 Sudu Makan Ovalette
1 Sudu teh Baking powder
1 Sudu Teh Garam
2 Cup Tepung kek ( Saya Guna Tepung Hong Kong)
1/2 Cup Horlicks
100ml Susu cair
1 Sudu Teh Esen Vanila
100ml Minyak Jagung/ Mentega Cair
1/2 Cup (100ml) Susu Pekat Manis
Pewarn Coklat (saya guna coklat emulco)
sedikit strawberry paste / perasa strawberry + pewarna merah
Pandan Paste / Perasa pandan + pewarna Hijau
Pewarna Biru + 2 Sudu Jem Blueberry
Cara2 membuatnya:
Putar Putih Telur Menggunakan kelajuan Sederhana Hingga berbuih... Masukkan gula, garam, ovalette & Baking Powder..Putar menggunakan kelajuan tinggi ye sehingga menjadi putih & kental.. Kemudian, masukkan pula Tepung kek & Horlicks...putar sekejap & masukkan juga susu cair,Esen Vanila, Minyak Jagung/mentega Cair, & susu pekat Manis . Putar hingga adunan sebati..... Bahagikan adunan kepada 4Bahagian: 1 Bahagian dibiarkan dengan warna yang Biru + Jem Blueberry 1 Bahagian lagi dicampurkan dengan coklat emulco 1 Bahagian lagi dicampurkan dengan Strawberry paste/ pewarna merah + perasa Strawberry 1 Bahagian lagi dicampurkan dengan pandan paste /pewarna Hijau + perasa pandan Ssediakan Loyang yang telah dialas dengan baking papper & sedikit mentega.. Tuang adunan & corakkan mengikut cita rasa anda..... Kukuslah hingga masak.. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment