All About My Hobbies~

All About My Hobbies~
Welcome To My Humble Cooking Blog. Nothing special about my blog, I'm Not a Professional...But I Really Enjoy Myself Doing It. "Mommy's Ryan Kitchen " is all about cooking & Baking. Just to share some tested & validated recipes from people who loves cooking. All Photos & Recipes is Belong to Blog Mommy Ryan's Kitchen. Strictly Copy Paste & Download all Items in This Blog Is NOT ALLOWED. Thank You!.

Monday 25 February 2013

Bayam Goreng~


 Bayam Goreng~
 Bahan2:
 Bayam secukupnya..
 segenggam udang kering ( di tumbuk)
 cili padi secukupnya..( di tumbuk)
 Bawang merah & bawang putih secukupnya ( di tumbuk)
 Garam & serbuk perasa secukupnya..
 2cm belacan
 sedikit minyak utk menumis..

Cara2:
Panaskan minyak...tumiskan bawang,cili, belacan & udang kering tadi hingga naik bau.. kemudian masukkan Bayam..gaul sebati..perasakan dengan garam & serbuk perasa secukupnya...kacau sebentar..dah siap..

Sup Ayam & taufu simple~


 Sup Ayam & taufu simple~
 Bahan2:
 untuk sup~
 1 sudu makan bawang merah& putih yang telah diblend halus
 1 sudu teh halia yang telah diblend halus..
 2 ketul/cube ayam maggi
 sedikit isi ayam dipotong kecil2

 bahan sayur~
 mix vege secukupnya
 2keping taufu lembut (dipotong dadu)
 Garam secukupnya

Cara:
Panaskan minyak,tumis kan bawang & halia yang telah diblend tadi hingga naik bau...masukkan pula isi ayam tadi..kacau sebentar.. Kemudian masukkan bahan2 sayur...kacau sebati,tambah kan air mengikut kuantiti yang anda mahu...masukkan juga cube ayam & perasa kan secukup rasa.. Biar mendidih ye atau hingga bahan2 masak..dah siap.

Sunday 24 February 2013

Ikan Pari & sotong bakar simple~

Lauk mlm tadi...baru sempat nk update kat sini...hehehe^^


Ikan pari & sotong bakar sambal simple~

Bahan-bahan:
15 btg cili kering ( atau lebih ) potong & rendam
3 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 cm belacan
Kisar semua bahan hingga halus

1/2 kilo ikan pari cuci kemudian salut ngan asam jawa ( tanpa air ) Bila hendak guna ikan pari dicuci bersih  Sotong size sederhana..dibersihkan & di buang kulit..
beberapa helai daun pisang
kertas alimunium foil secukupnya
3 biji atau lebih limau kasturi( utk perah atas ikan )
Kacang bendi secukupnya (klu nk letak kacang panjang pun boleh)
Garam & serbuk perasa secukupnya..
3helai daun limau purut..
1/2 biji bawang besar dihiri kasar.

Caran-caraya:
Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga naik minyak. gaul rata jgn sampai hangus. masukkan daun limau purut, bawang besar garam & perasa. bila dah garing , angkat & ketepikan. Ikan pari & sotong yg telah dibersihkan tadi dicamurkan dengan bahan yang telah ditumis tadi..gaul sebati dalam satu bekas.. Sediakan kertas aluminium foil & alaskan dengan daun pisang. Tuangkan ikan & sotong yang telah digaul sebati tadi diatas daun pisang..Balutkan dengan rapi kertas aluminum foil agar kuah nya tak tumpah...Sediakan kuali leper, tuangkan sedikit minyak & letak bungkusan Ikan tadi..bakar dgn api sederhana je ye, agak2 dalam
15-20minit... dah siap!
Perahkan limau & taburkan daun ketumbar bila hendak hidangkan.(Jika suka)

Thursday 21 February 2013

Raisin Hazel Moist Cake~

Happy Friday Everyone!... Rindu nye kat korg semua...lama mummy tak membaking & update resepi kat sini kan? maklumlah,ank dah mula kelas tambahan utk UPSR tahun ni, so mummy kena lah luangkan masa lebih bersama ank..Tapi mummy tetap akn mengambil sedikit masa utk membaking... Terima kasih kerana masih setia dengan Mommy Ryan's Kitchen.


 Jom tengok resepi kat bawah~


 Raisin Hazel Moist Cake~
 Bahan2:
 2 Biji telur Grade A
 2 cup Tepung gandum
 2 Sudu Makan Horlicks
 2 Sudu makan susu tepung
 50g serbuk Hazel (Ground Hazel)
 Raisin/ Kismis hitam secukupnya
 1 sudu teh esen vanila
 1 sudu teh soda bikarbonat
 1 sudu teh baking powder
 2 cup gula
 200ml susu cair
 200ml minyak jagung
 1/2 susu teh garam

Cara Membuatnya~
Pukul telur & gula hingga kembang... Kemudian masukkan esen vanila, Horlicks & susu tepung...kacau sebati masukkan pula susu cair & minyak jagung...kemudian masukkan juga tepung gandum, soda bikarbonat & baking powder yang telah diayak terlebih dahulu ye... Putar dengan kelajuan sederhana sehingga adunan rata..Setelah itu masukkan pula ,garam,serbuk Hazel & kismis hitam..Kacau sebati ye.. Sediakan loyang 5x6" yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega/minyak.. Tuang adunan kedalam loyang & kukus hingga kek masak. (saya kukus dalam 1jam) ** Kek ini juga boleh dibakar 160"c 1Jam.** Selamat Mencuba~

Friday 15 February 2013

Kek Lumut Versi 3~


 Kek Lumut Versi 3~
 Bahan-bahan ( loyang 7x7)

 2 cawan tepung gandum (diayak)
 2 cawan horlicks
 1/2 cawan susu tepung
 2 cawan gula halus
 350 g mentega
 8 biji telur
 pewarna hijau secukupnya @ Pandan Emulco (saya guna 1 sudu makan pandan paste Cap Kopoe-  Kopoe)
 1 Tin seri kaya (300g)
 50ml santan pekat
 1 sudu teh esen vanilla

 Sediakan pengukus... Biar sampai airnya mendidih... kemudian, Griskan Loyang dgn mentega ..

 Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis. Masukkansantan dan serikaya. Pukul lagi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks,susu tepung dan gaulkan sebati. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil. Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)


Coffee Moist Cake~

Hi semua!....lama nye tak update resepi kat sini kan? sorry ye, dalam kesibukan menyediakan menu untuk Dinner malam ni,Mummy curi masa kejap utk post kan resepi ni... Jom skodeng!

Coffee Moist cake~
Bahan2: (utk Loyang 5x6")

 8 Biji Putih telur
 2 Cup Gula
 1 Sudu Makan Ovalette
 1 Sudu teh Baking powder
 1 Sudu Teh Garam
 2 Cup Tepung kek ( Saya Guna Tepung Hong Kong)
 50gm Santan Serbuk ( 1 Paket)
 100ml Santan Pekat (saya guna santan KARA)
 1 Sudu Teh Esen Vanila
 100ml Minyak Jagung/ Mentega Cair
 2 Sudu Makan Seri kaya (asli)
 Coffee Emulco secukupnya..

 Cara2 membuatnya:
 Putar Putih Telur Menggunakan kelajuan Sederhana Hingga berbuih... Masukkan gula, garam, ovalette & Baking Powder..Putar menggunakan kelajuan tinggi ye sehingga menjadi putih & kental.. Kemudian, masukkan pula Tepung kek & santan serbuk...putar sekejap & masukkan juga santan pekat,Esen Vanila, Minyak Jagung/mentega Cair, & Seri kaya . Putar hingga adunan sebati..... Bahagikan adunan kepada 2Bahagian: 1 Bahagian dibiarkan dengan warna yang asal 1 Bahagian lagi dicampurkan dengan Mocha emuco/Coffee Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking papper & sedikit mentega.. Kukus adunan coklat dahulu 10-15minit @ hingga agak masak barulah tuang adunan Mocha diatasnya.....kukus lagi..last sekali tuang adunan yang asal,& kukus selama 30minit untuk kek masak sepenuhnya.....Dah Siap! Selamat Mencuba!......

Tuesday 5 February 2013

Kek Batik Horlicks~

Baru berkesempatan nak update kat Blog ni..2/3 hari ni line lembab semacam je..nk buka blog pun terhegeh2...hahahaa..
Jom le skodeng resepi kat bawah ni pula.. Kek Batik Horlicks~

 Kek Batik Horlicks~
 Bhn²
 6 biji telur
 250 gm mentega
 2 cawan tepung gandum
 1 1/2 cawan gula
 1 1/2 cawan horlicks
 1/2 cawan susu Tepung
 1 1/2 tin susu pekat
 Biskut Marie berperisa coklat

 Cara²
 Pukul gula bersama mentega sehingga kembang. Kemudian.. masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati. Masukkan susu pekat dan pukul lagi. Tambahkan tepung gandum, susu tepung dan horlicks... pukul adunan sehingga ianya betul² sebati. Masak adunan menggunakan kuali.. .Kacau sampai pekat ye atas api perlahan.. Setelah adunan betul² pekat bolehlah di angkat. Sediakan loyang yang telah d lapis dengan kertas minyak atau aluminium foil dan bubuh sedikit adunan kek tadi.. ratakan. Kemudian susun biskut marie di atasnya .. Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis. ...
 Simpan di dalam peti ais sebelum d potong...