Hi semua!....lama nye tak update resepi kat sini kan?
sorry ye, dalam kesibukan menyediakan menu untuk Dinner malam ni,Mummy curi masa kejap utk post kan resepi ni...
Jom skodeng!
Coffee Moist cake~
Bahan2: (utk Loyang 5x6")
8 Biji Putih telur
2 Cup Gula
1 Sudu Makan Ovalette
1 Sudu teh Baking powder
1 Sudu Teh Garam
2 Cup Tepung kek ( Saya Guna Tepung Hong Kong)
50gm Santan Serbuk ( 1 Paket)
100ml Santan Pekat (saya guna santan KARA)
1 Sudu Teh Esen Vanila
100ml Minyak Jagung/ Mentega Cair
2 Sudu Makan Seri kaya (asli)
Coffee Emulco secukupnya..
Cara2 membuatnya:
Putar Putih Telur Menggunakan kelajuan Sederhana Hingga berbuih...
Masukkan gula, garam, ovalette & Baking Powder..Putar menggunakan kelajuan tinggi ye sehingga menjadi putih & kental..
Kemudian, masukkan pula Tepung kek & santan serbuk...putar sekejap & masukkan juga santan pekat,Esen Vanila, Minyak Jagung/mentega Cair, & Seri kaya .
Putar hingga adunan sebati.....
Bahagikan adunan kepada 2Bahagian:
1 Bahagian dibiarkan dengan warna yang asal
1 Bahagian lagi dicampurkan dengan Mocha emuco/Coffee
Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking papper & sedikit mentega.. Kukus adunan coklat dahulu 10-15minit @ hingga agak masak barulah tuang adunan Mocha diatasnya.....kukus lagi..last sekali tuang adunan yang asal,& kukus selama 30minit untuk kek masak sepenuhnya.....Dah Siap! Selamat Mencuba!......
No comments:
Post a Comment