Happy Friday Everyone!...
Rindu nye kat korg semua...lama mummy tak membaking & update resepi kat sini kan?
maklumlah,ank dah mula kelas tambahan utk UPSR tahun ni, so mummy kena lah luangkan masa lebih bersama ank..Tapi mummy tetap akn mengambil sedikit masa utk membaking... Terima kasih kerana masih setia dengan Mommy Ryan's Kitchen.
Jom tengok resepi kat bawah~
Raisin Hazel Moist Cake~
Bahan2:
2 Biji telur Grade A
2 cup Tepung gandum
2 Sudu Makan Horlicks
2 Sudu makan susu tepung
50g serbuk Hazel (Ground Hazel)
Raisin/ Kismis hitam secukupnya
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
2 cup gula
200ml susu cair
200ml minyak jagung
1/2 susu teh garam
Cara Membuatnya~
Pukul telur & gula hingga kembang...
Kemudian masukkan esen vanila, Horlicks & susu tepung...kacau sebati
masukkan pula susu cair & minyak jagung...kemudian masukkan juga tepung gandum, soda bikarbonat & baking powder yang telah diayak terlebih dahulu ye...
Putar dengan kelajuan sederhana sehingga adunan rata..Setelah itu masukkan pula ,garam,serbuk Hazel & kismis hitam..Kacau sebati ye..
Sediakan loyang 5x6" yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega/minyak..
Tuang adunan kedalam loyang & kukus hingga kek masak. (saya kukus dalam 1jam)
** Kek ini juga boleh dibakar 160"c 1Jam.**
Selamat Mencuba~
No comments:
Post a Comment