All About My Hobbies~

All About My Hobbies~
Welcome To My Humble Cooking Blog. Nothing special about my blog, I'm Not a Professional...But I Really Enjoy Myself Doing It. "Mommy's Ryan Kitchen " is all about cooking & Baking. Just to share some tested & validated recipes from people who loves cooking. All Photos & Recipes is Belong to Blog Mommy Ryan's Kitchen. Strictly Copy Paste & Download all Items in This Blog Is NOT ALLOWED. Thank You!.

Tuesday 30 April 2013

Milo Horlicks Simple Steam cake~


 Milo Horlicks Simple Steam cake~
 Bahan2:
 5 Biji Telur (Grade A)
 2 Cup Tepung kek
 1 Cup Gula
 1 Cup Horlicks
 1 Cup Milo
 1 Sudu Teh Esen Vanila
 1 Sudu Teh ovallate
 250gm Butter
 1 Tin (500gm) Susu Pekat Manis * Boleh kurang kalau tak nak manis*

Cara Membuatnya:
Pukul Butter dengan Gula hingga kembang.. kemudian masukkan Telur satu persatu...putar lagi hingga betul2 kembang & Gebu..
Selepas itu masukkan ovallate & esen Vanila...Teruskan putar,Bila dah sebati masukkan pula Tepung kek & Horlicks.. Putar dengan kelajuan sederhana, biar adunan betul2 rata/sebati..
Akhir sekali masukkan susu Pekat manis..putar sebati ..
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian:
1 Bahagian dibiarkan dengan perasa asal ( Ambil 4 senduk besar) Adunan yang selebihnyai dicampurkan dengan Milo .
Sediakan loyang/acuan yang telah dialas dengan baking papper & sedikit mentega..
Tuang 2 senduk adunan asli tadi & kukus dalam 15-20minit.. Setelah masak tuangkan adunan Milo , kukus lagi dalam 45minit..Bila dah masak barulah tuang adunan terahkir ( adunan asli) & kukus hingga masak agak2 dalam 1jam
** ## Panaskan air kukusan dulu hingga mendidih** Selamat Mencuba!!


Pudding Pandan Sweet Corn~


 Yum2!...^^
 Pudding Pandan Sweet Corn~
 Bahan2:
 Agar2 bertali 25gm (dipotong kecil2)
 1 Tin Susu cair (400gm)
 1 Tin Cream Sweet Corn (425gm)
 1 Biji telur
 1 Sudu Teh Esen Vanila
 1 Cawan Gula
 1500ml air
 sedikit paste pandan

Cara membuatnya:
Masak Agar2 Bertali hingga hancur dgn 1500ml air... Setelah hancur masukkan gula...kacau sebati..
Dalam blender, masukkan susu Cair, Telur & Esen Vanila..Blend hingga sebati..
Kemudian disatukan dengan adunan agar2 yanag dimasak tadi...masukkan juga Cream Sweet Corn, kacau sebati...
Sediakan loyang, bilaskan dulu loyang supaya senang untuk keluarkan pudding nanti.. Ambil sedikit adunan tadi & dicampurkan dengan sedikit paste pandan/pewarna hijau..Tuangkan dalam loyang kemudian masukkan di dalam freezer.. setelah mengeras, tuangkan baki adunan diatasnya..masukkan semula kedalam freezer untuk 10-15minit. Dah keras, kuarkan....boleh lah dipotong....
Selamat Mencuba!


Saturday 20 April 2013

Moist Blackcurrant ( Ribena) steam cake~


 Moist Blackcurrant ( Ribena) steam cake~
 Bahan2: (Loyang 7x7)
 5 Biji Telur (Grade A)
 2 Cup Tepung kek
 1 Cup Gula 1
 cup Horlicks/ susu Tepung (guna salah satu)
 2 packet Kismis Hitam ( paket 45gm) diblend halus
 50gm serbuk badam kisar
 200ml Pati Ribena/Blakcurrant
 250gm Butter/ mentega
 1 susu Teh Esen vanila
 1 Susu teh Baking powder
 1 sudu teh serbuk Bikarbonat
 1 Sudu teh ovallate

Cara membuatnya:
Tepung kek, Baking powder & serbuk bikarbonat di ayak...( ketepikan)
Pukul Butter dengan Gula hingga kembang.. Kemudian masukkan Telur satu persatu...Teruskan putar hingga betul sebati & kembang.. Masukkan juga Esen vanila & Ovallate..Putar lagi biar rata.. selepas itu masukkan pula, Pati Ribena/blackcurrant...putar perlahan2 Masukkan juga adunan yang telah diayak tadi ( tepung kek, baking powder & serbuk bikarbonat) putar dengan keajuan sederhana..Bila dah sebati,masukkan pula Horlicks/susu tepung, Serbuk Badam & kismis... teruskan putar...biar rata..
 ** Sediakan loyang yang telah di alas dengan baking papper & sedikit mentega** Air kukusan juga pastikan telah dididihkan terlebih dahulu..
Tuangkan adunan kedalam Loyang, ratakan & sedia untuk di kukus..
Tutup atas loyang dengan aluminium foil...
 kukuslah kek hingga masak.. (Saya kukus dalam 1jam 45minit) Selamat mencuba!...

Thursday 11 April 2013

Udang masak Tempoyak~


 Udang masak Tempoyak~
 Bahan-bahan ( 2 orang )
 10 -15 ekor udang sedehana besar
 2 ulas bawang merah
 2 ulas bawang putih
 5 biji cili padi (kalau nk pedas boleh tambah ikut kesukaan)
 1 sudu makan tempoyak (klu nak lebih pekat blh tambah lagi)
 Garam & serbuk perasa secukupnya

 Cara-cara
 Tumbuk bawang putih + bawang merah + cili padi Masukkan bahan tumbuk ke dalam air.
 Biarkn mendidih. Kemudian, masukkan tempoyak,& Perasa kan.
 Sesuaikn rasa dan biarkn mendidih seketika lagi
 Akhir sekali, masukkan udang dan biarkn mendidih seketika dan boleh la tutup api...
 Sedia untuk dihidangkan.....

Bendi Goreng Belacan~


 Bendi Goreng Belacan~
 Bahan-bahan ( 1 hidangan )
 7-8 batang bendi (direndam dgn air bergaram.
 Kemudian dibilas dan dipotong menyerong)
 segenggam udang kering*
 2 biji bawang merah*
 2 ulas bawang putih*
 1 biji cili merah*
 1/2 inci belacan bakar*
 1 sudu makan sos tiram

Cara-cara
Tumbuk bahan2 bertanda*. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk hingga terbit bau. Masukkan sos tiram dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan bendi dan kacau sebati(30 saat). Padamkan api dan hidangkan.

Tomyam Ayam Bersantan~


 Tomyam Ayam Bersantan~
 Bahan-bahan:
 Ayam potong kecil (setengah ekor)
 2 cm halia hiris nipis (saya Blend je)
 2 cm lengkuas hiris nipis (saya bend)
 2 batang serai ketuk ( saya Blend)
 3-4 biji bawang putih dicincang (saya Blend)
 1 biji bawang merah dimayang (saya Blend)
 2 biji ciliapi diketuk (saya Blend)
 2-3 sudu pes tom yam
 4-5 helai daun limau purut
 1 bij tomato belah 4
 200ml santan
 Garam & serbuk perasa secukupnya

Cara-cara:
Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, cili api, daun limau purut sehingga wangi. Masukkan ayam dan air (dalam setengah periuk) Masukkan pes tom yam Masukkan garam. Kacau sehingga mendidih Bila ayam dah masak, masukkan santan. Kacau sehingga sebati. Masukkan tomato Dalam 2 minit tutup api


Friday 5 April 2013

Strawberry Pudding~


Strawberry Pudding~
 25gm agar2 bertali (dipotong kecil2 ye)
 1025ml air
 1 Tin susu cair (500gm)
 1 sudu Teh Esen Vanila
 1 Cawan Gula
 sedikit perasaStrawberry (saya GunaStrawberry Paste)
 1 Biji Telur

Cara2:
Masak agar2 bertali dengan 1025ml air hingga hancur..Kemudian masukkan perasa strawberry ..
Masukkan juga gula.. dlm bekas lain,tuangkan susu cair, Esen Vanila , & telur..Kemudian pukul dengan pemukul telur hingga sebati ye.. Ketepikan..
susun buah Strawberry dlm loyang/bekas ..Tuangkan sedikit adunan yg dimasak tadi. Masukkan ke dalam Freezer supaya cepat beku.. setelah itu,satukan adunan susu cair, dengan agar2 betali yang dimasak tadi,kacau sebati... teruskan kacau hingga benar2 sebati & agar2 tadi hancur.. Bila adunan yg pertama tadi telah membeku, tuangkan baki adunan kedalam loyang..
 Dah siap!.. biarkan sejuk seketika barulah dimasukkan kedalam Freezer ye..
Biar 1/2-1jam utk agar2 membeku sepenuhnya..

Kek Lapis Dwi Rasa mummy Ryan~

Lama nye tak melapis kan....hehhee^^
Rindu pula nak makan kek Lapis..
Jom tengok Resepinye...

 Kek Lapis Dwi Rasa Mummy Ryan~
 Bahan2: (Loyang 5x6)
 6 Biji Telur ( Grade A)
 1 Buku Buttercup (250g)
 1 Tin susu pekat manis (tin 505g)
 1 Cup Horlicks
 1 1/2 Cup Tepung Hong Kong
 1 1/2 Cup Gula halus
 1 Sudu Teh Esen Vanila
 1 Sudu Teh Ovellate
 Pandan paste
 Strawberry Paste
 Coffee Emulco

 Cara Membuatnya~
 Putar Butter & Gula hingga kembang... Kemudian Masukkan Telur Satu demi satu...teruskan putar hingga adunan benar2 sebati..
 Masukkan pula Esen Vanila & Ovellate..Putar lagi biar sebati.. Setelah itu,masukkan juga Horlicks &   Tepung Hong kong...Putar dengan kelajuan sederhana agar adunan sebati..
 Masukkan pula susu Pekat manis..teruskan putar, hingga adunan kembang & sebati..
 Selepas itu, bahagikan adunan tadi kepada 3 Bahagian:
 1 Bahagian dicampurkan dengan Pandan Paste
 1 Bahagian dicampurkan dengan Strawberry Paste
 1 Bahagian dicampurkan dengan Coffee Emulco

 ** Air kukusan hendak lah di masak terlebih dahulu,hingga mendidih**
 Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega...
 Ambil 1senduk kecil adunan Coffee tadi & ratakan dalam loyang... Kukus hingga masak (agak2 dalam 7-10minit)
 kemudian ambil 1senduk kecil lagi adunan Strawberry...Kukus hingga masak juga (dalam 7-10minit juga) Ulang proses yang sama hingga adunan habis.. Untuk lapis yang terakhir, kukus kek selama 45minit - 1jam untuk kek masak sepenuhnya...
 Selamat Mencuba!...