Lama nye tak melapis kan....hehhee^^
Rindu pula nak makan kek Lapis..
Jom tengok Resepinye...
Kek Lapis Dwi Rasa Mummy Ryan~
Bahan2: (Loyang 5x6)
6 Biji Telur ( Grade A)
1 Buku Buttercup (250g)
1 Tin susu pekat manis (tin 505g)
1 Cup Horlicks
1 1/2 Cup Tepung Hong Kong
1 1/2 Cup Gula halus
1 Sudu Teh Esen Vanila
1 Sudu Teh Ovellate
Pandan paste
Strawberry Paste
Coffee Emulco
Cara Membuatnya~
Putar Butter & Gula hingga kembang...
Kemudian Masukkan Telur Satu demi satu...teruskan putar hingga adunan benar2 sebati..
Masukkan pula Esen Vanila & Ovellate..Putar lagi biar sebati..
Setelah itu,masukkan juga Horlicks & Tepung Hong kong...Putar dengan kelajuan sederhana agar adunan sebati..
Masukkan pula susu Pekat manis..teruskan putar, hingga adunan kembang & sebati..
Selepas itu, bahagikan adunan tadi kepada 3 Bahagian:
1 Bahagian dicampurkan dengan Pandan Paste
1 Bahagian dicampurkan dengan Strawberry Paste
1 Bahagian dicampurkan dengan Coffee Emulco
** Air kukusan hendak lah di masak terlebih dahulu,hingga mendidih**
Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega...
Ambil 1senduk kecil adunan Coffee tadi & ratakan dalam loyang...
Kukus hingga masak (agak2 dalam 7-10minit)
kemudian ambil 1senduk kecil lagi adunan Strawberry...Kukus hingga masak juga (dalam 7-10minit juga)
Ulang proses yang sama hingga adunan habis..
Untuk lapis yang terakhir, kukus kek selama 45minit - 1jam untuk kek masak sepenuhnya...
Selamat Mencuba!...
No comments:
Post a Comment