All About My Hobbies~

All About My Hobbies~
Welcome To My Humble Cooking Blog. Nothing special about my blog, I'm Not a Professional...But I Really Enjoy Myself Doing It. "Mommy's Ryan Kitchen " is all about cooking & Baking. Just to share some tested & validated recipes from people who loves cooking. All Photos & Recipes is Belong to Blog Mommy Ryan's Kitchen. Strictly Copy Paste & Download all Items in This Blog Is NOT ALLOWED. Thank You!.

Friday 10 May 2013

Strawberry Sponge Cake (kek Span Strawberry)


Strawberry Sponge Cake (kek Span Strawberry) ~Kukus~
Bahan2: (LOYANG 7X7)
250gm Butter (dicairkan)
2 cup Tepung kek
1 1/2 cup Gula castor (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
1 sudu teh Baking powder
1 sudu makan Ovallete
5 Biji telur Grade A
1 sudu teh Esen Vanilla
1 cup Horlicks/susu tepung (guna salah satu)
sedikit paste Strawberry ( perasa strawberry)

Cara membuatnya:
Cairkan Butter...Ketepikan,biar suam sekejap.

Dalam bekas lain,Putar Telur & Gula hingga kembang(Berbuih)
Kemudian masukkan Ovellate & esen vanilla..Putar lagi hingga sebati.
Selepas itu,masukkan pula Tepung kek, horlicks/susu Tepung & Baking powder.
Putar dengan kelajuan sederhana sampai rata/sebati.
Akhir sekali,masukkan butter yang telah dicairkan tadi...Putar sekejap agar adunan betul2 sebati. Jangan  lupa masukkan juga strawberry paste(perasa strawberry).

Panaskan dulu air kukusan sampai mendidih.
Sediakan loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega.
Tuang adunan kedalam loyang & kukuslah selama 1jam @ hingga kek masak. Kalau nak bakar blh guna suhu 170' 1jam (terpulang pada oven masing2)

Happy Mother's Day To mee...

Wish all Moms a Happy Mother's Day!..Especially to my Mom & my Monter in law. also to all my siblings, friends & my Fans here at Mummy Ryan's Kitchen.. Have a Great weekend!

Strawberry Sponge Cake (kek Span Strawberry) ~Kukus~
 Bahan2: (LOYANG 7X7)
 250gm Butter (dicairkan)
 2 cup Tepung kek
 1 1/2 cup Gula castor (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
 1 sudu teh Baking powder
 1 sudu makan Ovallete
 5 Biji telur Grade A
 1 sudu teh Esen Vanilla
 1 cup Horlicks/susu tepung (guna salah satu)
 sedikit paste Strawberry ( perasa strawberry)

Cara membuatnya:
Cairkan Butter...Ketepikan,biar suam sekejap.
Dalam bekas lain,Putar Telur & Gula hingga kembang(Berbuih)
Kemudian masukkan Ovellate & esen vanilla..Putar lagi hingga sebati.
Selepas itu,masukkan pula Tepung kek, horlicks/susu Tepung & Baking powder. Putar dengan kelajuan sederhana sampai rata/sebati.
Akhir sekali,masukkan butter yang telah dicairkan tadi...Putar sekejap agar adunan betul2 sebati. Jangan lupa masukkan juga strawberry paste(perasa strawberry).

Panaskan dulu air kukusan sampai mendidih.
 Sediakan loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega.
 Tuang adunan kedalam loyang & kukuslah selama 1jam @ hingga kek masak.
 Kalau nak bakar blh guna suhu 170' 1jam (terpulang pada oven masing2)

 Bahan A (Kastad Strawberry)
 500ml air + 1 sudu paste Strawberry (perasa strawberry)
 180gm Gula castor
 1 Sudu Besar serbyk agar-Agar (instant Jelly)

 Bahan B
 400ml santan pekat
 85gm Teoung Hoen kwee ( Merah)
 1 sudu teh Strawberry paste ( Perasa starwberry)
 1/2 sudu teh Garam

Cara membuatnya:
Satukan kesemua bahan A dalam periuk,masak atas api sederhana hingga mendidih.. Dalam mangkuk lain, satukan bahan B.Gaul hingga sebati & tidak berketul. kemudian masukkan adunan kedalam adunan A tadi.Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat & mendidih.Angkat & sejukkan sebentar. Dah siap,boleh lah disapu pada kek span anda..


Monday 6 May 2013

Kerang Goreng Kari


 Kerang Goreng Kari:
 Bahan2:
 500gm Kerang (dicuci bersih)
 3ulas bawang putih( ditumbuk dgn kulitnnya sekali)
 2biji bawang merah(ditumubuk)
 3biji Cili kering (ditumbuk)
 2cm Halia (ditumbuk)
 2cm kunyit hidup (ditumbuk)
 3 Helai daun limau purut (dicarik)
 5 Helai daun kari
 1 Labu bawang besar (hiris besar2)
 2 sudu besar serbuk kari
 Garam & serbuk perasa secukup rasa.
 Sedikit air.

Cara menyediakannya:
Panaskan minyak, Tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan juga daun kari & daun limau purut..Tumiskan sekejap. Kemudian masukkan serbuk kari. Selepas itu,masukkan pula kerang. Kacau sebati..Masukkan sedikit air, biarkan mendidih.. Perasakan dengan Sedikit garam & serbuk perasa secukup rasa. Masak dalam 10minit,bila kulit kerang dah terbuka tutup api.. Dah siap!

Kangkung Goreng Simple


 Kangkung Goreng Simple:
 Bahan2:
 1ikat kangkung (dipotong memanjang & dibersihkan)
 2 biji cili (Ikut suka nak pedas mana)* Ditumbuk*
 Segenggam Udang kering *ditumbuk*
 1 Sudu tehSerbuk cukup Rasa Maggi
 Garam & serbuk perasa secukup rasa
 1 Sudu bawang yang telah diblend

Cara memasak:
Panaskan minyak,Tumis bawang, Cili & udang kering hingga naik bau.. Kemudian masukkan kangkung. Perasakan dengan sedikit garam & serbuk perasa secukup rasa, juga masukkan serbuk cukup rasa maggi.. Kacau sebati, bila dah masak. Tutup api. **Jangan tumis kangkung lama sangat,nanti jadi layu & tak sedap**


Ikan Goreng berempah



Ikan Goreng berempah: ( saya guna ikan tenggiri)
 Bahan2:
 4 ketul ikan tenggiri yang telah dipotong
 1 labu bawang merah besar (dipotong bulat)
 3 helai daun limau purut (dicarikkan)
 3@4 Helai daun kari
 Sedikit serbuk lada hitam, serbuk kari,serbuk kunyit,serbuk cili & mixed spices
 1 batang carrot (dihiris memanjang)
 ½ biji Lemon ( Perah & ambil jusnya)
 1 sudu sos tiram
 1 sudu sos cili

Cara menyediakan:
Perap ikan dengan Sedikit serbuk lada hitam, serbuk kari,serbuk kunyit,serbuk cili & mixed spices. Ketepikan, biar sekejap dalam 10minit. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak..Tumiskan daun limau purut,daun kari , carrot & hirisan bawang besar tadi. Tumis sekejap saja . Angkat & ketepikan. Sediakan kuali leper/ non stik pan..masukkan sedikit olive oil, biarkan minyak betul2 panas barulah masukkan ikan yang telah diperap tadi. Goreng hingga masak. Angkat dan biarkan sejuk sekejap. Gunakan sisa minyak gorengan ikan tadi untuk membuat sos/kuah. Masukkan sos tiram & sos cili serta jus perahan lemon tadi..Biar mendidih . Tutup api, Tuang kan diatas ikan yang telah digoreng tadi..Hias dengan bahan2 yang telah ditumis terlebih dahulu tadi iaitu daun limau purut,daun kari,hirisan bawang & carrot.
Dah siap!