All About My Hobbies~

All About My Hobbies~
Welcome To My Humble Cooking Blog. Nothing special about my blog, I'm Not a Professional...But I Really Enjoy Myself Doing It. "Mommy's Ryan Kitchen " is all about cooking & Baking. Just to share some tested & validated recipes from people who loves cooking. All Photos & Recipes is Belong to Blog Mommy Ryan's Kitchen. Strictly Copy Paste & Download all Items in This Blog Is NOT ALLOWED. Thank You!.

Monday 6 May 2013

Ikan Goreng berempah



Ikan Goreng berempah: ( saya guna ikan tenggiri)
 Bahan2:
 4 ketul ikan tenggiri yang telah dipotong
 1 labu bawang merah besar (dipotong bulat)
 3 helai daun limau purut (dicarikkan)
 3@4 Helai daun kari
 Sedikit serbuk lada hitam, serbuk kari,serbuk kunyit,serbuk cili & mixed spices
 1 batang carrot (dihiris memanjang)
 ½ biji Lemon ( Perah & ambil jusnya)
 1 sudu sos tiram
 1 sudu sos cili

Cara menyediakan:
Perap ikan dengan Sedikit serbuk lada hitam, serbuk kari,serbuk kunyit,serbuk cili & mixed spices. Ketepikan, biar sekejap dalam 10minit. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak..Tumiskan daun limau purut,daun kari , carrot & hirisan bawang besar tadi. Tumis sekejap saja . Angkat & ketepikan. Sediakan kuali leper/ non stik pan..masukkan sedikit olive oil, biarkan minyak betul2 panas barulah masukkan ikan yang telah diperap tadi. Goreng hingga masak. Angkat dan biarkan sejuk sekejap. Gunakan sisa minyak gorengan ikan tadi untuk membuat sos/kuah. Masukkan sos tiram & sos cili serta jus perahan lemon tadi..Biar mendidih . Tutup api, Tuang kan diatas ikan yang telah digoreng tadi..Hias dengan bahan2 yang telah ditumis terlebih dahulu tadi iaitu daun limau purut,daun kari,hirisan bawang & carrot.
Dah siap!

No comments:

Post a Comment