All About My Hobbies~

All About My Hobbies~
Welcome To My Humble Cooking Blog. Nothing special about my blog, I'm Not a Professional...But I Really Enjoy Myself Doing It. "Mommy's Ryan Kitchen " is all about cooking & Baking. Just to share some tested & validated recipes from people who loves cooking. All Photos & Recipes is Belong to Blog Mommy Ryan's Kitchen. Strictly Copy Paste & Download all Items in This Blog Is NOT ALLOWED. Thank You!.

Monday, 21 December 2015

Kek Lapis Blueberry Cheese~ Mommy Ryan~

Kek Lapis Blueberry Cheese~ Mommy Ryan~

Bahan-Bahan: (Loyang 5x6)
5 Biji Telur (Grade A)
250gm Butter (Saya guna Buttercup)
250gm Cream cheese
1 Cup Tepung Kek
1 Cup Gula Halus
1 Tin 500gm Susu Pekat manis
2 Cup Susu Tepung
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh Ovalatte
Pewarna/Perasa Blueberry secukupnya.

>> Putar Butter, Ovalatte & Gula Halus hingga kembang.
>> Masukkan Telur satu persatu,Masukkan juga esen vanilla. Putar Perlahan Hingga sebati.
>> Masukkan Tepung Kek. Putar Sekejap.
>> Masukkan susu pekat manis. Putar sebati.
>> Masukkan susu Tepung & Putar perlahan hingga adunan sebati.
>> Masukkan Cream cheese. Putar lagi dengan menggunakan kelajuan sederhana sehingga cheese hancur & sebati dengan adunan.
 >> Bahagikan Adunan Kepada 2 Bahagian

1 Bahagian dibiarkan dengan perasa/pewarna Asli. (Putih)
1 Bahagian dicampurkan dengan perasa/pewarna Blueberry.

 *** Air Kukusan hendaklah dididihkan terlebih dahulu***
>> Ambil Sedikit adunan perasa Asli & tuang@Ratakan kedalam Loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit butter. Kukus hingga masak.
>> Setelah masak, Ambil sedikit adunan perasa Blueberry tuang@ratakan diatas adunan Asli yang dah masak tadi, Kukus lagi hingga masak.
>> Ulang proses yang sama hingga adunan habis.
>> Untuk lapis yang terakhir, kek hendaklah dikukus selama 45-1jam agar masak dengan sempurna.                            
                                *********** SELAMAT MENCUBA***********

No comments:

Post a Comment