All About My Hobbies~

All About My Hobbies~
Welcome To My Humble Cooking Blog. Nothing special about my blog, I'm Not a Professional...But I Really Enjoy Myself Doing It. "Mommy's Ryan Kitchen " is all about cooking & Baking. Just to share some tested & validated recipes from people who loves cooking. All Photos & Recipes is Belong to Blog Mommy Ryan's Kitchen. Strictly Copy Paste & Download all Items in This Blog Is NOT ALLOWED. Thank You!.

Sunday 11 August 2013

Kek 3Layers (kukus)


 Kek 3Layers (kukus)
 Bahan2: (Loyang 5x5)
 250gm Butter
 1 cup Gula
 1 ½ cup Tepung kek
 ½ tin (500gm) susu pekat manis
 3 Sudu Makan Kaya
 5 Biji Telur
 2 sudu makan peanut Butter
 2 sudu makan Serbuk Milo
 Sedikit perasa keladi(Yam)
 1 sudu teh Esen Vanilla
 1 Sudu teh Ovelatte

 Cara Membuatnya:
 Pukul Butter dengan Gula hingga kembang.
 Masukkan juga Ovalette, putar dengan medium speed hingga gebu.
 Selepas itu,masukkan telur satu persatu.
 Masukkan juga Esen Vanilla,putar hingga sebati & kembang.
 Kemudian, masukkan pula susu pekat manis & kaya.
 Putar sekejap biar sebati.
 Masukkan Tepung kek, Dengan menggunakan kelajuan sederhana sahaja putar adunan sehingga rata.  Bahagikan adunan kepada 3 bahagian:
 1 Bahagian dicampurkan dengan 2 sudu makan peanut butter
 1 Bahagian dicampurkan dengan 2 sudu serbuk milo
 1 bahagian dicampurkan dengan sdikit perasa keladi(Yam)
 *saya guna Yam Paste*

 Air kukusan hendaklah dididihkan terlebih dahulu…
 Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega.
 Tuangkan adunan yang dicampurkan dengan peanut butter kedalam Loyang, & kukus selama 20-25minit.  (bergantung kepada banyak mana adunan & ketebalan Loyang anda)
 Setelah adunan tadi masak, tuangkan pula adunan Perasa keladi(Yam).
 Kukus hingga masak. Akhir sekali,tuangkan adunan yang dicampurkan dengan serbuk milo tadi.
 Untuk lapis yang terakhir ni, kek hendaklah dikukus lebih lama agar ianya masak dengan sempurna.  Kukuslah dalam 45minit-1jam.
 Selamat Mencuba!..

No comments:

Post a Comment