Morning all!.... Lama nye x update resepi kek kat sini ye...Maaf la,bila musim skolah bermula maka bermula la juga tugas kita ...hehehe^^ sempena cuti umum hari ni,so ade lah masa terluang sikit untuk membaking.. Jom skodeng!...
Simple Steamed Cake~
Bahan-bahan:
6 biji telur
2 biji kuning telur
250 gram gula kastor
½ sudu teh esen vanila
½ sudu teh garam
1 sudu teh ovalette
200 ml santan KARA
2 Cup tepung kek
Pewarna:
biru laut, hijau,Pink & Merah (Ikut suka lah..)
Saya Letak Biru- dicampurkan dengan sedikit esen blueberry
Pink - dicampurkan dengan Yam paste
Merah- dicampurkan dengan strawberry paste
Hijau- dicampurkan dengan pandan paste
Loyang 5x6, yang telah digris dengan sedikit mentega dan dialas denganbaking paper. Panaskan periuk kukusan hingga air mendidih.
Cara-cara :
1. Pukul telur, kuning telur, gula kastor, garam, ovelette dan esen vanila hingga kembang dan gebu kira-kira 5-6 minit. Masukkan tepung kek sambil diayak secara sedikit-sedikit dan kacau rata.
2. Tuang santan sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
3. Bahagikan adunan menjadi 4 bahagian.dan diletak pewarna yang berbeza.
4. Tuang adunan pertama warna Biru ke dalam loyang, dengan api perlahan kukus selama 10 minit. Tuang adunan kedua warna Merah,& kukus selama 10 minit. Buat hingga adunan seterusnya dan kukus yang akhir selama 20 minit hingga masak. Angkat. 5. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong dan dihidang. Dah siap!.. Selamat Mencuba..
No comments:
Post a Comment