All About My Hobbies~
Welcome To My Humble Cooking Blog. Nothing special about my blog, I'm Not a Professional...But I Really Enjoy Myself Doing It. "Mommy's Ryan Kitchen " is all about cooking & Baking. Just to share some tested & validated recipes from people who loves cooking. All Photos & Recipes is Belong to Blog Mommy Ryan's Kitchen. Strictly Copy Paste & Download all Items in This Blog Is NOT ALLOWED. Thank You!.
Monday, 16 March 2015
Crunchy Chocolate Cheese Cake~
CRUNCHY CHOCOLATE CHEESE CAKE~
Bahan-Bahan: (Loyang 5x6’)
250gm Butter
250gm Cream Cheese
1 Tin 500g Susu Pekat Manis
60gm Badam Kisar
60gm coklat chip
1 Cup Gula Halus
1 Cup Tepung Kek
1 Cup Horlicks
5 Biji Telur ( Grade A)
1 Sudu Teh Esen Vanilla
Coklat Emulco/ Perasa Coklat secukupnya
Cara Membuatnya:
** Pukul Gula & Butter Hingga kembang.
** Masukkan Telur satu persatu & Masukkan juga Esen Vanilla. Putar hingga Gebu.
** Masukkan Pula Tepung Kek & Horlicks. Putar sebati.
** Masukkan Susu Pekat Manis, Putar biar adunan rata.
** Last Masukkan pula Cream Cheese, Putar perlahan sehingga adunan betul2 sebati.
>> Ambil Sedikit Adunan Untuk dijadikan bahagian Coklat (cake base). *Ketepikan adunan yang selebihnya*
>> Campurkan adunan dengan Badam Kisar, Coklat Chip & Coklat Emulco/Perasa coklat.
~ Air kukusan hendaklah di didihkan terlebih dahulu ye..
~ Tuangkan adunan coklat tadi kedalam Loyang yang telah dialas dengan Baking Paper & sedikit butter.
~ Kukus Hingga Masak.
~ Setalah masak, Tuangkan Lebihan adunan tadi & Kukus lagi sehingga kek masak sepenuhnya. SELAMAT MENCUBA….
Saturday, 8 November 2014
Kek Lapis Coklat keju~ (KUKUS)
Kek Lapis Coklat Keju~ (KUKUS)
Bahan-Bahan (Loyang 5x7)
5 Biji Telur (Grade A)
250gm Butter
250gm Cream Cheese
1 Cup Gula Halus
1 Cup Tepung Kek
1 Tin 500g Susu Pekat Manis
½ cup Horlicks
1 Sudu Teh Esen Vanilla
1 Sudu Teh Ovalette
Coklat Emulco / Perasa Coklat secukupnya
Cara Membuatnya:
~ Pukul Butter, Ovalette & Gula hingga kembang.
~ Masukkan Telur satu persatu & Esen Vanilla. Putar hingga gebu.
~ Masukkan Tepung kek & Horlicks. Putar perlahan biar sebati.
~ Masukkan Susu Pekat Manis. Putar lagi hingga adunan rata.
~ Masukkan Cream Chesse. Putar Guna kelajuan sederhana sehingga adunan sebati.
~ Bahagikan kepada 2 Bahagian:
1 Bahagian dibiarkan dengan perasa asal (Cheese)
1 Bahagian dicampurkan dengan Coklat Emulco/Perasa Coklat.
~ Sediakan Loyang Yang telah Dialas Dengan sedikit butter & baking paper.
~ Air kukusan hendaklah dididihkan terlebih dahulu.
~ Ambil sedikit adunan Cheese & Tuang kedalam Loyang. Ratakan. Kemudian kukus dalam 10-15minit. Atau sehingga permukaan kek masak.Barulah Tuang adunan seterusnya (Coklat). Kukus lagi.
~ Ulang Proses Yang sama sehingga adunan habis.
~ Untuk Adunan @ Lapis Yang Terakhir, pastikan kek dikukus lebih lama agar ianya masak sepenuhnya. Anggaran masa dalam 1jam @ 1jam 45minit.
~ SELAMAT MENCUBA~
Wednesday, 5 November 2014
Kek Pandan Cheese 2Rasa~ ( Kukus)
Kek Pandan Cheese 2Rasa (Kukus)~
Bahan-Bahan: (Loyang 5x6’)
6 Biji Telur (Grade A)
1 Cup Tepung kek
1 Tin 500g susu Pekat Manis
1 sudu Teh Ovalatte
1 Cup Gula Halus
250gm Butter (Saya Guna Buttercup)
250gm Cream Cheese
Perasa/Pewarna Pandan (Hijau) secukupnya
Perasa/{ewarna keladi (Yam) Secukupnya
Cara Membuatnya:
~ Pukul Gula, Butter & Ovalatte Hingga Kembang.
~Masukkan Telur satu persatu.Putar sebati hingga gebu.
~ Masukkan Tepung Kek. Putar Perlahan Biar sebati.
~ Kemudian masukkan susu Pekat Manis. Putar Perlahan.
~Bila sudah sebati,masukkan Cream Cheese.
~ Teruskan Putar dengan kelajuan sederhana sehingga adunan rata.
~ Bahagikan Adunan Kepada 3 Bahagian:
~ 1 Bahagian dibiarkan dengan perasa/pewarna asal.
~ 1 Bahagian dicampurkan dengan perasa/pewarna Pandan.
~ 1 Bahagian dicampurkan dengan perasa/Pewarna Keladi (Yam)
~ Sediakan Loyang yang telah dialas dengan sedikit butter & baking paper.
~ Air kukusan hendaklah di didihkan terlebih dahulu.
~ Ambil sedikit adunan Pandan (Hijau) dan tuangkan kedalam Loyang.
~ Kukus dalam 10-15minit @ Sehingga kek masak barulah tuangkan adunan asli (Cheese) diatasnya. Kukus Lagi sehingga masak. Sama Juga dengan adunan keladi (yam)
~ Ulang proses yang sama. ~ Akhir sekali, Tuangkan adunan pandan (Hijau)
~ Untuk adunan yang terakhir, kek hendaklah dikukus selama 1jam agar kek masak dengan sempurna.
Tuesday, 4 November 2014
Jeruk Mangga @ Apple Hijau Asamboi
Jeruk Mangga @ Apple Hijau AsamBoi~
Bahan Utama: Buah Mangga @ Apple Hijau (Ikut suka nak Banyak Mana)
Saya Guna 3 Biji Mangga & Apple Hijau (DiPotong)
AsamBoi Merah & Putih Secukupnya
Saya Guna 15 Biji AsamBoi Putih & 10 Biji AsamBoi Merah
1 Paket kecil Serbuk Asam.
Garam Secukupnya ( Tak Perlu Banyak sangat, hanya untuk menambah perasa )
Gula (Letak Banyak Sikit baru sedap)
Cili ( Dipotong) Ikut Suka Nak pedas letak banyak sikit)
Air Secukupnya .
Cara Membuatnya semudah 123… hehehe… Gaulkan saja kesemua bahan-bahan diatas kecuali air didalam 1bekas besar. Sebatikan. Dah sebati barulah masukkan air, jangan banyak sangat ye. Cukup untuk rendam jeruk saja. Dah siap! Simpan dalam peti sejuk semalama baru sedap. Mudah kan… Ini lah Fenomena terkini di Malaysia” Bak kata seorang Blogger tuu.. Tapi memang mantap lah… mudah ..cepat & sedap gituu…
Thursday, 14 August 2014
Crunchy Brownies Cheese~
Crunchy Brownies Cheese~
Bahan-Bahan: (Loyang 8x8)
Untuk Brownies:
250gm Butter (Saya Guna Buttercup)
50gm Serbuk koko + 1Cup Serbuk Milo
3 Biji Telur (Grade A)
1 Cup Gula castor
200ml susu cair
1 ½ Cup Tepung kek
1 Sudu Teh Baking Powder
1 Sudu Teh Bicarbonate Soda
100gm coklat chip 60gm Badam Kisar
Cara Membuatnya:
Cairkan Butter, (guna api perlahan) setelah cair masukkan serbuk koko & Milo. Kacau sebati hingga larut.( Gunakan pemukul telur lagi mudah) – KETEPIKAN-
Dalam bekas lain, putar telur & gula hingga gebu.
Kemudian masukkan adunan Butter & Serbuk koko yang telah dicairkan tadi. Kacau perlahan sehingga sebati.
Masukkan juga Tepung kek, baking powder, bicarbonate soda. Kacau sebati. Kemudian masukkan susu cair. Sebatikan. Akhir sekali, masukkan coklat chip serta badam kisar kedalam adunan. Gaul rata (kuab balik dengan senduk sahaja).
Sediakan Loyang yang telah dialas dengan sedikit mentega & baking paper. *Air kukusan hendaklah dididihkan terlebih dahulu ye* Tuangkan adunan kedalam Loyang & kukus hingga masak. (angaran masa dalam 1jam @ lebih)
Untuk Adunan Cheese~
Bahan-Bahan:
200gm Cream cheese
1 Cup Gula castor
1 Biji Telur (Grade A)
4 Sudu Makan Tepung kek
4 Sudu Makan Horlicks
~Putar Cream Cheese dengan gula hingga gebu. Kemudian masukkan Telur. Putar sebati .
~Masukkan juga Tepung kek & Horlicks. Putar sekejap biar sebati.
** Tuangkan adunan cheese diatas adunan Brownies (Yang dah dikukus tadi,bila permukaan dah masak) ** Kukus lagi sehingga kek masak sepenuhnya. ~Selamat Mencuba…
Wednesday, 13 August 2014
Lapis Cheese
Kek Lapis Cheese
Bahan-bahan ( Loyang 8x8' )
10 biji kuning telur (Grade A)
6 biji putih telur (Grade A)
1 Cup gula kastor
1 1/2 Cup tepung kek (Guna Tepung Gandum pun Boleh)
1 sudu makan ovelette
100 gm air (dari peti sejuk)
250 gm Cream Cheese (Any Brand)
4 sudu makan susu pekat
3 sudu Makan Horlicks
400gm Butter (Saya Guna Buttercup)
Cara-Cara:
Pukul telur,gula dan ovelette (medium Speed) hingga kembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diiringi dengan air ais hingga habis,masukkan juga horlicks. Ketepikan
Di dalam bekas lain,pukul mentega dan susu hingga kembang.
Satukan kedua2 adunan tadi dan gaul sebati.
Kemudian Masukkan pula Cream Cheese dan gaul lagi hingga adunan rata.
Sediakan loyang yang telah dialas dengan sedikit mentega & baking paper.
Ambil sedikit adunan & Bakar. Bakar berlapis2 hingga masak...
Guna api bahagian atas sehingga lapisan habis.
Setelah siap semua lapisan barulah bakar menggunakan api atas dan bawah lebih kurang dlm 10-15 minit. *Bergantung pada suhu Oven masing-masing*
Lapis Evergreen 2
Kek Lapis Evergreen 2
Bahan2: (utk Loyang size 5x6")
1 cup Tepung Kek (Guna tepung kek Pun Boleh)
5 biji Telur (Grade A)
1 Cup susu Tepung
1/3 cup Horlicks
1/3 cup susu pekat manis
3 sudu besar seri Kaya
1/3 cup Gula
225gm mentega
Pewarna Hijau secukupnya ( saya guna pandan paste)
cara membuatnya ...
Pukul mentega dengan Gula hingga kembang.... kemudian masukkan telur satu persatu..pukul lagi hingga adunan sebati.. Masukkan Tepung Gandum..Susu tepung & Horlicks Yang telah diayak.. kacau sebati.. masukkan pula susu pekat manis.. pukul rata2.. Kemudian masukkan Pandan paste atau pewarna hijau.Gaul sebati. sediakan loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega. Ambil sedikit adunan & bakar (suhu 160' utk 10minit *bergantung pada oven masing2) Ulang proses yang sama sehingga adunan habis. Selamat Mencuba..
Lapis Pandan Coklat 2
Kek Lapis Pandan Coklat 2
Bahan2: (Loyang 8x8)
10 biji telur (Grade A)
1 tin (500gm) susu pekat manis
1 tin kecil seri kaya
1 Cup gula halus
2 1/2 Cup tepung kek
2 sudu teh baking powder
400gm Butter (saya Guna Buttercup)
1 sudu makan Coklat Emulco / perisa coklat
50gm serbuk koko
2 Cup susu tepung
pewarna hijau & perisa pandan secukupnya
Cara-cara:
pukul mentega & gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu.Kacau hingga sebati. sesudah itu, masukkan tepung gandum & baking powder.
Kacau lagi,bila adunan sudah sebati masukkan pula susu pekat manis, seri kaya & susu tepung.
bahagikan adunan kepada 2 bahagian..
Bahagian 1) campurkan dengan serbuk koko & Coklat Emulco @ perisa coklat.
Bahagian 2) campurkan dengan perisa pandan & pewarna hijau.
Sediakan loyang yang telah dialas dengan sedikit mentega & baking paper. Tuangkan sedikit adunan warna coklat dulu & bakar (Suhu 160' utk 10minit* bergantung pada suhu oven masing2) kemudian diikuti dengan warna hijau..ulang proses yang sama hingga adunan habis.
Thursday, 26 June 2014
Acar Timun & Nenas
Acar Timun & Nenas
Bahan-Bahan:
1 Biji Nenas (Potong ikut suka)
1 Biji Timun (Potong Ikut Suka)
1 Biji Tomato (Potong Dadu)
1 Batang Carrot ( Potong Ikut Suka)
1/2 Biji Lemon (Ambil Jus nya saja)
Sedikit Madu
Cili Secukupnya (potong halus)
1 Biji BAwang Merah Besar (Dihiris)
Garam Secukup Rasa
Cara Membuatnya:
Campurkan sahaja Nenas, Timun, Tomato, Carrot, Cili Potong & Bawang Merah Besar dalam satu bekas. Perasakan dengan Garam Secukupnya. Perah Jus Lemon & Tuangkan sedikit madu (mengikut citarasa masing2) Gaul sebati. Dah Siap! ** Selamat Mencuba ** Enak dimakan setelah disejuakan.
Saturday, 14 June 2014
Nutella Oreo Moist Cake~
Nutella Oreo Moist Cake~
Bahan-Bahan: (Loyang 5x6)
6 Biji Telur (Grade A)
1 Cup Tepung Kek
1 Cup Gula Halus
1 Cup Horlicks
300gm Kaya
250gm Butter
137gm Biskut Oreo (Dihancurkan dgn Inti sekali)
½ Sudu Teh Baking Powder
½ Sudu Teh Soda bikarnonat
1 Botol 200gm Nutella
Cara Membuatnya:
-Pukul Butter dengan gula hingga gebu.
-Kemudian masukkan telur satu persatu,putar hingga kembang.
-Masukkan pula Tepung Kek,Horlicks,Baking Powder dan Soda Bikarbonat.
-Putar perlahan sehingga sebati.
-Masukkan Kaya.Putar sekejap biar rata.
-Ambil sedikit adunan dan campurkan dengan Biskut Oreo yang telah dihancurkan tadi. Gaul sebati.
-Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega.
-Tuangkan adunan Oreo tadi, ratakan dalam Loyang dan bakar pada suhu 170’c selama 10-15minit (Bergantung pada oven masing2)
-Adunan yang selebihnya dibahagikan kepada 2 Bahagian:
-1 bahagian dibiarkan kosong (Asal)
-1 bahagian dicampurkan dengan Nutella
-Setelah adunan Oreo tadi masak,tuangkan pula adunan asal. Dan bakar pada suhu 170’c selama 20 minit.
-Begitu juga dengan adunan Nutella, bakar sehingga masak.
**Kek ini Juga boleh dikukus seperti biasa**
Thursday, 29 May 2014
Kek Cheese Hujan Panas Moist~
Kek Cheese Hujan Panas Moist~
Bahan-Bahan: (Loyang 5x6)
6 Biji Telur (grade A)
250gm Butter
250gm Cream Cheese
1 Sudu Teh Ovalatte
1 Cup Tepung Kek
1 Cup Horlicks
½ Tin(500gm) susu pekat manis
Colourful Urai Secukupnya
1 Cup Gula Halus
Cara Membuatnya:
Pukul Butter dengan gula hingga kembang. Masukkan juga ovalette. Sebatikan.
Masukkan pula Cream Cheese,Teruskan putar sehingga adunan sebati & kembang.
Masukkan susu pekat manis, gaul sebati.
Masukkan Tepung Kek & Horlicks. Puter Perlahan biar sebati.
Masukkan Urai & Gaul menggunakan senduk saja (Kuab Balik)
Sediakan Loyang Yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega.
Tuang adunan & kukus hingga masak.
Selamat Mencuba!
Kuih Ros @ Kuih Goyang
Kuih Ros @ Kuih Goyang
Bahan-Bahan (untuk 1kg)
6 Biji Telur
500gm Tepung Beras
500gm Tepung Jagung
500gm Gula Halus
1liter Santan + 200ml
Sedikit Air masak
Cara Membuatnya:
Pukul Telur & Gula hingga sebati Masukkan Santan perlahan-lahan & kacau. (Ketepikan)
Dalam Bekas Lain, Masukkan Tepung Beras & Tepung Jagung. Sebatikan
Satukan Adunan dengan santan ,telur & gula tadi. Kacau biar sebati. Tambahnkan sedikit air sehingga adunan menjadi agak cair.
Sediakan kuali,panaskan minyak dan boleh lah mulakan proses menggoreng. Selamat mencuba!
Kek Belacan
Kek Belacan~
Bahan2: (Loyang 5x6)
5 biji telur (Grade A)
250gm Butter
1 sudu teh ovalatte
1/2 tin(500gm) susu pekat manis
1 Cup tepung kek
1 Cup gula halus
1 sachet Nestum 3in1
2 Susu Makan Milo + 1 Sudu Makan Serbuk koko
Sedikit pewarna coklat & perisa coklat
Cara-cara:
Pukul Butter dan gula hingga kembang,masukkan juga Ovalatte.Sebatikan. kemudian masuk kan telur satu persatu, kacau hingga kembang.bila sudah sebati, masukkan tepung gandum, Nestum 3in1 & serbuk koko.selepas adunan sebati,masukkan baking powder, susu pekat manis & sedikit perisa coklat serta pewarna coklat.kacau lagi hingga adunan menjadi rata..sedia kan loyang dan kukus hingga masak..dah siap! selamat mencuba~
Tuesday, 8 April 2014
Yammy Corn Pudding
Yammy Corn Pudding
Bahan-Bahan:
20gm agar-agar bertali (dipotong kecil)
200gm kaya (diblend)
1 Cup gula (diblend)
1 Biji Telur (diblend)
1 sudu teh esen vanilla (diblend)
200ml santan (diblend)
1500ml air
Sedikit perasa keladi(yam) & perasa jagung
Cara Membuatnya:
Masak agar-agar yang telah dipotong kecil tadi dengan 1500ml air. Kacau hingga agar-agar larut/hancur. Blend kaya,Telur,santan & esen vanilla hingga sebati.
Bila agar-agar telah larut/hancur, masukkan gula. Kacau sebentar. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah diblend tadi. Masak sebentar & kacau perlahan. Dah sebati, Tutup api.
Bahagikan kepada 2 bahagian:
1 Bahagian dicampurkan dengan perasa jagung
1 Bahagian dicampurkan dengan perasa keladi(yam) Tuang adunan perasa jagung dahulu kedalam Loyang/bekas & biarkan mengeras. Baru Tuangkan adunan keladi(yam) tadi. Dah siap..
Cheezy Chocolate Moist Cake
Cheezy Chocolate Moist Ceke~
Bahan-Bahan: ( Loyang 5x6)
5 Biji Telur (grade A)
250gm Butter ( saya guna Buttercup)
250gm Cream Cheese (saya guna Tatura Cream Cheese)
1 Cup Gula
1 ½ cup Tepung Kek
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu makan susu pekat manis
1 Cup Horlicks
Sedikit Coklat Emulco/perasa coklat
Cara Membuatnya:
Cairkan Butter.. (Ketepikan & Biar sejuk) Dalam bekas lain,putar telur dengan gula hingga kembang. Masukkan esen vanilla,putar sekejap. Masukkan Tepung kek/baking powder,Horlicks & soda bikarbonat. Putar hingga adunan sebati & gebu. Masukkan Butter yang telah dicairkan tadi & putar perlahan sehingga sebati. Masukkan susu pekat manis & sebatikan..
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
1 Bahagian dicampurkan dengan Coklat Emulco
1 Bahagian dicampurkan Cream Cheese. (Putar perlahan hingga sebati)
Sediakan Loyang yang telah dialas dengan sedikit mentega & baking paper.
Air kukusan hendaklah dididihkan terlebih dahulu ye.
Tuang sedikit adunan coklat tadi kukus hingga masak. (dalam 15-20minit)
Kemudian Tuangkan adunan Cheese. Kukus hingga masak.
Ulang proses yang sama hingga adunan habis.
Untuk adunan yang terakhir,kukus kek selama 30-45minit agar kek masak sempurna. Selamat Mencuba.
Wednesday, 5 February 2014
Pandan Jagung Moist Cake~
Resepi ni sama saja dengan resepi Chocolate Mocha moist cake yang pernah saya sharekan sebelum ini. Cuma tukarkan perasa & warna nye saja..hehehe
Pandan Jagung Moist Cake~
Bahan2: (utk Loyang 8x8")
8 Biji Putih telur
2 Cup Gula
1 Sudu Makan Ovalette
1 Sudu teh Baking powder
1 Sudu Teh Garam
2 Cup Tepung kek ( Saya Guna Tepung Hong Kong)
50gm Santan Serbuk ( 1 Paket)
100ml Santan Pekat (saya guna santan KARA)
1 Sudu Teh Esen Vanila
100ml Minyak Jagung/ Mentega Cair
2 Sudu Makan Susu Pekat Manis
Sedikit pandan paste/perasa pandan
sedikit perasa jagung
Cara2 membuatnya:
Putar Putih Telur Menggunakan kelajuan Sederhana Hingga berbuih... Masukkan gula, garam, ovalette & Baking Powder..Putar menggunakan kelajuan tinggi ye sehingga menjadi putih & kental..
Kemudian, masukkan pula Tepung kek & santan serbuk...putar sekejap & masukkan juga santan pekat,Esen Vanila, Minyak Jagung/mentega Cair, & susu pekat Manis . Putar hingga adunan sebati.....
Bahagikan adunan kepada 3Bahagian:
1 Bahagian dibiarkan dengan warna yang asal
1 Bahagian lagi dicampurkan dengan Pandan paste
1 Bahagian lagi dicampurkan dengan perasa jagung
Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking papper & sedikit mentega.. Kukus adunan pandan dahulu 10-15minit @ hingga agak masak barulah tuang adunan jagung diatasnya.....kukus lagi..last sekali tuang adunan yang asal,& kukus selama 30minit untuk kek masak sepenuhnya.....Dah Siap!
Kek Coklat~
Kek Coklat~
Bahan-Bahan (Loyang 8x8)
460gm Butter
1 Tin (500gm) susu Pekat Manis
1 Sudu Makan Ovalatte
2 Cup Tepung kek
Sedikit coklat emulco/perasa coklat
1 Sudu makan serbuk koko
10 Biji Telur (Grade A)
1 Cup Gula Halus
1 Cup Horlicks
Cara Membuatnya
1) Masukkan Gula & Butter kemudian putar hingga kembang & gebu.
2) Masukkan Telur satu persatu, & teruskan putar hingga kembang.
3) Masukkan pula Tepung kek & Horlicks,pukul sehingga sebati.
4) Masukkan juga susu pekat manis & Ovalatte. Putar sekejap hingga adunan sebati.
5) Akhir sekali,campurkan adunan dengan coklat emulco/perasa coklat.
6) Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega.
7) Tuangkan adunan kedalam Loyang & bakar dengan suhu 160’ untuk 45minit @ 1jam (bergantung pada suhu oven masing-masing)
8) Kek ini juga boleh dikukus seperti biasa.Kukus hingga masak.
9) Selamat Mencuba!
Tuesday, 14 January 2014
Kek Lapis Strawberry Lychee~
Kek Lapis Strawberry Lychee~
Loyang 5x6: Bahan-Bahan:
5 Biji Telur (Grade A)
1 Cup Gula
1 Cup Tepung kek
1 Cup Susu Tepung
1 sudu Teh Esen Vanilla
1 Sudu Teh Ovalatte
1 Tin 170gm Kaya
250gm Butter
Sedikit Perasa Strawberry/Strawberry Emulco
Sedikit Perasa Lychee/Lychee Emulco
Cara Membuatnya:
Pukul Butter & Gula Hingga kembang,masukkan juga ovalatte. Kemudian masukkan Esen Vanilla & Telur satu persatu ,Putar hingga adunan sebati & gebu. Masukkan pula kaya, Susu tepung & Tepung kek. Teruskan putar sehingga adunan rata.
Bahagikan adunan kepada 2 Bahagian:
1 Bahagian dicampurkan dengan perasa strawberry/Strawberry Emulco
1 Bahagian dicampurkan dengan perasa lychee/lychee Emulco
Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega. Ambil sedikit adunan lychee tadi & bakar pada suhu 170’ untuk 10minit (bergantung pada suhu oven masing-masing) Setelah habis adunan lychee tadi, ulang proses yang sama untuk lapis Strawberry. Bakar hingga adunan habis. Selamat Mencuba!
Kek Lapis Orange~
Kek Lapis Orange~ Mommy Ryan~
Loyang 5x6:
Bahan-Bahan:
5 Biji Telur (Grade A)
250gm Butter
1 Cup Tepung kek
1 Cup Gula
1 Cup Susu Tepung
1 Tin 170gm Kaya
1 Sudu Teh Ovelatte
1 Sudu Teh Esen Vanilla
Sedikit Perasa Oren/Oren Emulco
Cara Membuatnya:
Pukul Gula , Ovelatte & Mentega Hingga Kembang.
Masukkan Esen Vanilla & Telur satu persatu,Putar dengan kelajuan sederhana sehingga sebati & kembang. Masukkan pula Tepung kek, putar sekejap & masukkan juga kaya serta susu tepung.
Teruskan putar sehingga adunan sebati.
Akhir sekali, campurkan adunan dengan sedikit Perasa Oren/Oren Emulco.
Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega.
Tuang sedikit adunan & bakar dengan suhu 170’ untuk 10minit (bergantung pada suhu oven masing-masing) Ulang proses yang sama sehingga adunan habis. Selamat Mencuba!
Thursday, 19 December 2013
Kek Lapis Dwi Aroma
Kek Lapis Dwi Aroma
Loyang 5x6:
Bahan-Bahan:
5 Biji Telur (Grade A)
250gm Butter
1Cup Gula
1 Cup Susu Tepung
1 Cup Horlicks
1 Cup Tepung Kek
½ Tin Susu Pekat Manis (Tin 510g)
1Tin (170g) Kaya
1 Sudu Esen Vanilla
1 Sudu The Ovalatte
Sedikit Pandan paste (perasa pandan)
Yam paste (Keladi)
Perasa Jagung
Cara Membuatnya:
Pukul Butter dengan Gula hingga kembang. Masukkan Juga Ovalatte
Masukkan Telur satu Persatu. Masukkan juga Esen Vanilla. Putar hingga kembang.
Masukkan susu Pekat manis, & kaya. Putar sekejap sehingga sebati
Kemudian masukkan susu Tepung, Horlicks & Tepung kek. Teruskan putar,sehingga adunan sebati. Bahagikan kepada 3 Bahagian:
1 Bahagian dicampurkan dengan perasa pandan
1 Bahagian dicampurkan dengan perasa yam/keladi
1 Bahagian dicampurkan dengan perasa jagung.
Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit Butter.
Ambil sedikit adunan Pandan & bakar dengan suhu 150’ selama 15 (bergantung pada suhu oven masing- masing) Begitu juga dengan adunan seterusnya.
Ulang proses yang sama sehingga adunan habis.
Untuk lapis yang terakhir,bakar selama 20-30minit agar kek masak sepenuhnya. *Kek ini Juga boleh dikukus ye* Selamat Mencuba!
Wednesday, 18 December 2013
Kek Lapis Coklat Blueberry~
Kek Lapis Coklat Blueberry~ Mummy Ryan Kitchen.
Loyang 5x6
Bahan-Bahan:
5 Biji Telur (Grade A)
1 Cup Gula
250gm Butter
1 Cup Tepung kek
1 Cup Susu Tepung
1 Cup Horlicks
1 Bekas kecil Jem Blueberry (210gm)
Sedikit Coklat Emulco @ Perasa Coklat
Sedikit Pewarna Biru.
1 Sudu Teh Esen Vanilla
1 Sudu Teh Ovalatte
Cara Membuatnya:
Pukul Butter dengan Gula hingga kembang..
Masukkan Ovalatte, Putar sekejap biar sebati.
Masukkan Telur satu persatu..Masukkan juga Esen vanilla. Putar sehingga Adunan kembang.
Kemudian masukkan pula Jem Blueberry. Putar sekejap.
Masukkan juga Susu Tepung, Horlicks & Tepung Kek. Putar dengan kelajuan sederhana tinggi sampai adunan sebati.
Bahagikan Adunan kepada 2 Bahagian:
1 bahagian dicampurkan dengan Pewarna Biru.
1 Bahagian lagi dicampurkan dengan perasa coklat @ coklat Emulco.
Sediakan Loyang yang telah dialaskan dengan baking paper & sedikit mentega.
Masukkan sedikit adunan perasa coklat dulu & bakar dengan suhu 150’ 15minit (bergantung pada ketebalan lapis /suhu oven masing2)
Begitu juga dengan lapisan kedua (warna Biru)
Ulang proses yang sama sehingga adunan habis.
Untuk lapis yang Terakhir,bakar kek untuk 25-30minit agar kek masak sempurna.
*Kek ini juga boleh dikukus ye..kukus macam kek lapis yang pernag saya post sebelum ini *
Selamat Mencuba!
Friday, 1 November 2013
Laksa Sarawak~
Laksa Sarawak~
Laksa Sarawak"..my Hometown No.1 selected Foods Siapa Tak kenal dengan Laksa Sarawak.. sekali cuba pasti nak lagi..hehe^^ Jom buat sendiri Laksa Di Rumah..
Laksa Sarawak~
Bahan2:
1 Paket (600gm) pes laksa sarawak
1kg udang size besar
1/2kg isi ayam
3biji telur
100ml Santan Kotak ( nk guna yg fresh pn boleh)
sedikit tauge/ limau kasturi/ daun bawang
1 bungkus mee hun
Garam dan ajinomoto secukup rasa
sedikit cili, ikan bilis dan belacan (utk sambal)
Bersihkan isi ayam tadi kemudian di rebus.
setalah masak angkat dan masukkan pula udang yang telah di bersihkan ke dalam air rebusan ayam tadi. rebus sampai kemerahan.. .angkat dan toskan. Biarkan sejuk.
Air rebusan tadi jangan lah di buang, tambah kan stgh liter air dan masukkan 1 paket pes laksa ke dalamnya. Biar mendidih.
kemudian masukkan pula santan, kacau dan masukkan sedikit garam dan ajinomoto(secukup rasa).
biarkan mendidih sekejap. Tutup api.
Panaskan kuali, utk menggoreng telur.
Rebus mee hun, setelah masak toskan dan di biar sejuk.
Rebuskan pula tauge. angkat dan toskan.
**Untuk sambal, blend kan sedikit cili,ikan bilis, dan belacan. kemudian tumis hingga naik minyak.**
Isi ayam tadi di cerai2kan halus2.
Udang di buang kulit (jika suka)
Telur yang telah di goreng tadi di hiris memanjang (halus2)
sediakan mangkuk, masukkan sedikit mee hun yang telah di rebus tadi ikut banyak mana yang anda nak makan. masukan pula isi ayam, udang, telur yang telah di sediakan tadi.& tauge.
Tuangkan kuah laksa yang telah di masak tadi keatas semua bahan2 yang ada di dalam mangkuk anda tadi. (kuah hendak lah panas ya..) Potong sebiji limau kasturi dan di ambil jusnya campurkan dengan sedikit sambal yang telah di tumis tadi... gaul bersama2 laksa yang telah siap... taburkan sedikit daun bawang jika suka... slemat mencuba.. . ## saya guna pes yang dah ready made je..sbb x pndai nak buat pes sendiri ##
Monday, 21 October 2013
Macaroni Cheese~Mommy Ryan~
Macaroni cheese~
Bahan-Bahan:
Macaroni Secukupnya (Rebus Hingga Kembang & Ditoskan)
1 Labu Bawang Besar Dihiris Halus
1 Botol Pasta Sauce (Ikut Banyak mana macaroni)
1 Packet Mozzarella Cheese (Ikut Suka nak banyak mana)
Daging Cincang Secukupnya (Optional)
Sedikit Butter Untuk menumis
Black Pepper, Garam & Serbu Perasa secukupnya.
Sedikit Air.
Sedikit hirisan daun ketumbar.
Cara-Cara:
Panaskan kuali,Cairkan Butter. Kemudian Masukkan Bawang Besar.Tumis Hingga Naik bau. Masukkan pula daging cincang. Kacau Sebentar hingga daging masak. Masukkan sedikit air,cheese & pasta sauce. Kacau perlahann hingga cheese hancur & sebati. Perasakan dengan sedikit garam, serbuk perasa & Black pepper. Last sekali masukkan hirisan daun ketumbar. Gaulkan dengan macaroni yang telah direbus & ditoskan taadi.
Tuesday, 8 October 2013
Kek Lapis Greenday~Mommy Ryan~
Kek Lapis Greenday~Mommy Ryan~
Bahan2: (Loyang 5x6)
6 Biji Telur (Grade A)
250gm Butter
1 ½ cup Tepung Hong Kong
1 Cup Horlicks
1 Cup Gula
4 Sudu Makan Kaya
½ sudu Teh Ovalatte
½ Sudu Teh Esen Vanilla
Coklat Emuclo Secukupnya
Perasa /pewarna pandan secukupnya (saya guna pandan paste)
250gm susu pekat manis ( ½ tin 500gm)
Cara Membuatnya:
Pukul Butter & Gula hingga kembang.
Masukkan Ovalette, putar sekejap biar sebati. Masukkan telur satu persatu, putar hingga gebu. Masukkan juga Esen vanilla. Putar sekejap.
Masukkan Tepung Hong Kong & Horlicks. Putar lagi hingga adunan sebati. Akhir sekali,masukkan Kaya & Susu Pekat Manis. Putar sehingga sebati.
Kemudian bahagikan adunan kepada 3Bahagian:
1 Bahagian dicampurkan dengan Pewarna pandan
1 Bahagian dicampurkan dengan Coklat Emulco
1 Bahagian dibiarkan kosong (perasa.pewarna asli)
**Didihkan air kukusan** Sediakan Loyang yang telah disapukan sedikit butter & dialas dengan baking paper.
Ambil sedikit adunan warna coklat ,tuang & ratakan didalam Loyang. Kukus hingga masak (agak2 dalam 10-15minit 1lapis)
Kemudian ambil sedikit adunan warna asli..kukus hingga masak..
Ulang proses yang sama untuk lapis warna hijau & seterusnya hingga adunan habis.
Untuk lapis terakhir,kukus kek selama 45minit-1jam agar kek masak dengan sempurna. Selamat Mencuba!
Wednesday, 18 September 2013
Pucuk Pakis Goreng Belacan campur Udang~
Pucuk Pakis Goreng Belacan campur Udang~ Versi Mummy Ryan's Kitchen
Bahan2:
Pucuk pakis secukupnya (dibersihkan & dipotong)
Udang secukupnya (dibuang kulit & dibersihkan) **
Bawang merah/Bawang putih secukupnya**
**Belacan secukupnya**
**Cili Padi secukupnya**
Bahan yang bertanda ** di tumbuk/blend halus
Garam & serbuk perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis (saya guna Olive Oil)
Panaskan minyak & tumis bahan yang bertanda ** tadi hingga naik bau. Kemudian masukkan udang..kacau sebentar hingga udang agak masak.. Masukkan pula Pucuk pakis, kacau sebentar biar sebtai. Perasakan dengan garam & serbuk perasa secukupnya.. Bila pucuk pakis dah agak layu, tutup api... Dah siap!.. Selamat mencuba..
Subscribe to:
Comments (Atom)








.jpg)
.jpg)





































