All About My Hobbies~

All About My Hobbies~
I'm Not a Professional...But I Really Enjoy Myself Doing It.

Tuesday, 8 October 2013

Kek Lapis Greenday~Mommy Ryan~


 Kek Lapis Greenday~Mommy Ryan~
 Bahan2: (Loyang 5x6)
 6 Biji Telur (Grade A)
 250gm Butter
 1 ½ cup Tepung Hong Kong
 1 Cup Horlicks
 1 Cup Gula
 4 Sudu Makan Kaya
 ½ sudu Teh Ovalatte
 ½ Sudu Teh Esen Vanilla
 Coklat Emuclo Secukupnya
 Perasa /pewarna pandan secukupnya (saya guna pandan paste)
 250gm susu pekat manis ( ½ tin 500gm)

Cara Membuatnya:
Pukul Butter & Gula hingga kembang.
Masukkan Ovalette, putar sekejap biar sebati. Masukkan telur satu persatu, putar hingga gebu. Masukkan juga Esen vanilla. Putar sekejap.
Masukkan Tepung Hong Kong & Horlicks. Putar lagi hingga adunan sebati. Akhir sekali,masukkan Kaya & Susu Pekat Manis. Putar sehingga sebati.
Kemudian bahagikan adunan kepada 3Bahagian:
 1 Bahagian dicampurkan dengan Pewarna pandan
 1 Bahagian dicampurkan dengan Coklat Emulco
 1 Bahagian dibiarkan kosong (perasa.pewarna asli)

 **Didihkan air kukusan** Sediakan Loyang yang telah disapukan sedikit butter & dialas dengan baking paper.
 Ambil sedikit adunan warna coklat ,tuang & ratakan didalam Loyang. Kukus hingga masak (agak2  dalam 10-15minit 1lapis)
 Kemudian ambil sedikit adunan warna asli..kukus hingga masak..
 Ulang proses yang sama untuk lapis warna hijau & seterusnya hingga adunan habis.
 Untuk lapis terakhir,kukus kek selama 45minit-1jam agar kek masak dengan sempurna. Selamat Mencuba!

2 comments: