All About My Hobbies~

All About My Hobbies~
I'm Not a Professional...But I Really Enjoy Myself Doing It.

Thursday, 19 December 2013

Kek Lapis Dwi Aroma


 Kek Lapis Dwi Aroma
 Loyang 5x6:
 Bahan-Bahan:
 5 Biji Telur (Grade A)
 250gm Butter
 1Cup Gula
 1 Cup Susu Tepung
 1 Cup Horlicks
 1 Cup Tepung Kek
 ½ Tin Susu Pekat Manis (Tin 510g)
 1Tin (170g) Kaya
 1 Sudu Esen Vanilla
 1 Sudu The Ovalatte
 Sedikit Pandan paste (perasa pandan)
 Yam paste (Keladi)
 Perasa Jagung

 Cara Membuatnya:
 Pukul Butter dengan Gula hingga kembang. Masukkan Juga Ovalatte
 Masukkan Telur satu Persatu. Masukkan juga Esen Vanilla. Putar hingga kembang.
 Masukkan susu Pekat manis, & kaya. Putar sekejap sehingga sebati
 Kemudian masukkan susu Tepung, Horlicks & Tepung kek. Teruskan putar,sehingga adunan sebati.  Bahagikan kepada 3 Bahagian:
 1 Bahagian dicampurkan dengan perasa pandan
 1 Bahagian dicampurkan dengan perasa yam/keladi
 1 Bahagian dicampurkan dengan perasa jagung.
 Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit Butter.
 Ambil sedikit adunan Pandan & bakar dengan suhu 150’ selama 15 (bergantung pada suhu oven masing- masing) Begitu juga dengan adunan seterusnya.
 Ulang proses yang sama sehingga adunan habis.
 Untuk lapis yang terakhir,bakar selama 20-30minit agar kek masak sepenuhnya. *Kek ini Juga boleh  dikukus ye* Selamat Mencuba!

2 comments:

  1. Sedapnya..Nak try, tapi tak sure tangan ni pandai buat tak sebaik ni..hehe.. Thanx sharing resepi..^_^

    http://nurkids2u.blogspot.com/

    ReplyDelete