All About My Hobbies~

All About My Hobbies~
Welcome To My Humble Cooking Blog. Nothing special about my blog, I'm Not a Professional...But I Really Enjoy Myself Doing It. "Mommy's Ryan Kitchen " is all about cooking & Baking. Just to share some tested & validated recipes from people who loves cooking. All Photos & Recipes is Belong to Blog Mommy Ryan's Kitchen. Strictly Copy Paste & Download all Items in This Blog Is NOT ALLOWED. Thank You!.

Thursday, 18 October 2012

Pucuk Paku Goreng sardin bercili~

Bahan2:
 pucuk pakis secukupnya..
 1tin kecil sardin bercili
 bawang merah & putih secukupnya...
minyak utk menumis..
Garam & serbuk perasa secukupnya..
Cara2:
 panaskan minyak..tumiskan bawang merah & putih hingga naik bau..
kemudian masukkan pucuk pakis..kacau lagi..
 masukkan pula sardin dalam tin & perasakan dengan garam & serbuk perasa secukupnya...
kacau sebati...
dah siap..

Pekasam sayur masin Goreng Ikan Bilis & Cili~

Sesuai di makan dengan nasi putih atau Bubur nasi..

Cangkuk Manis atau pucuk manis~

Sangat mudah & sedap....Goreng dengan apa2 pun sedap^^

Ayam Masak Kacang Ma"

Menu yang sangat popular di kalangan penduduk Sarawak..
Ianya baik untuk peredaran darah..sesuai untuk ibu2 dalam pantang & wanita yang datang bulan~ ^^

Simple Breakfast

Western Breakfast for my Boys

Karipap Kentang~

Bahan-bahan (inti) – 45 biji
 3-4 biji kentang bersaiz besar – dipotong dadu
200 g daging cincang / daging dipotong dadu
3 ulas bawang merah – dicincang halus
 1 ulas bawang putih – dicincang halus
 2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar cili kisar
1 kiub pati daging
 5-6 helai daun kari
1 cawan air
 Garam dan gula
Bahan-bahan (doh)
 300 g tepung gandum
 2 sudu minyak masak
2 sudu mentega
 Sedikit garam
 1 cawan air sejuk

 Untuk inti
– panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
 Masukkan daging cincang. Biarkan sehingga hampir masak.
Masukkan serbuk kari, cili kisar, pati daging dan daun kari.
Kacau sehingga sekata. Masukkan air dan kentang.
 Masukkan garam dan gula secukup rasa.
 Masak kentang sehingga empuk.

 Untuk doh –
 gaul tepung dalam mangkuk bersama-sama minyak masak dan mentega yang telah dipanaskan dengan sudu.
 Kemudian masukkan sedikit garam dan air sejuk.
 Uli sehingga menjadi doh
. Ambik sedikit doh dan canai/leperkan di atas permukaan yang bertepung.
 Ambil doh yang siap dicanai dan masukkan inti.
Kelim di bahagian tepi.
Saya guna pengepit karipap je, memang cepat tapi mudah terbuka masa goreng.
Panaskan minyak dalam kuali.
Goreng karipap sehingga keperangan.
 Siap untuk dihidangkan.

Kuih Kasturi Dewi~

Kuih Kasturi Dewi~ ( Resepi asal oleh Hanieliza's Cooking Blog)

 Bahan
 1 cawan kacang hijau [rendamkan beberapa jam]
 air secukupnya untuk merebuskan
 1/2 cawan gula pasir (ikut suka manisnya)
 3 s/b kelapa parut muda [putih sajaha] 3 s/b tepung gandum
Bahan Batter [Gorengan]
 1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
1 s/k kunyit serbuk
1/2 s/k air kapur
 air secukupnya
 sedikit garam minyak utk menggoreng
 1. Kacang hijau direbuskan sehingga kacang hijau tu pecah/lembut dan kering airnya. [Jangan sampai hangus..nanti tak sedap]
 2. Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Kacau sebati dan sejukkan.
3. Ambil adunan sedikit dan bentukkan saperti bebola. Leperkan.
 4. Bancuhkan bahan batter [gorengan] untuk celupkan adunan kueh kacang.
 5. Panaskan minyak dan gorengkan kueh kacang yg telah dicelupkan dgn bahan batter [gorengan] sehingga kuning keemasan.
 6. Sejukkan dan hidangkan

Kerabu Epal Hijau~

Jom Berdiet~...^^
Kerabu Epal Hijau~....
 Bahan2:
 2biji Epal hijau
 1/2 batang carrot
 cili secukupnya..
 1labu bawang besar
 1kuntum bunga kantan (optional)
 1biji lemon (diambil jusnya)
Garam secukupnya..
segenggam ikan bilis( di goreng tanpa minyak)

 Cara2:
 Epal & carrot dihiris halus atau diracik panjang..
 cili..bawang besar..bunga kantan di hiris..
 kemudian gaulkan kesemua bahan & tuangkan jus lemon...
kacau rata perasakan dgn garam secukupnya...
dah siap.

Puding Coklat~

Puding Coklat ~ simple ~

 Bahan2:
 25g agar2 bertali
 1 cup susu tepung
 1 sudu teh esen vanila
 25g serbuk koko
 1 tin susu cair
 1 sudu makan browning sugar / coklat emulco
 1 cup gula
 1 biji telur
 1250ml air
Cara membuatnya
 Masak agar2 betali hingga hancur.
 Blend susu cair, esen vanila, susu tepung, telur, serbuk koko, brownin sugar hingga sebati.
 Kemudian satukan dengan adunan agar2 yang telah dimasak tadi, kacau sebati.
 Kemudian masukkn gula....
kacau sebentar. Tutup api, Sediakan loyang, (bilas telebih dahulu loyang dgn air ) Tuangkn adunan, masukkn dalam peti sejuk & biar beku....dah siap :-)

Maggi Goreng~

semua suka maggi goreng kan?...hehehe..Jom Layan!

More cakes & kuih for me...

Hasil dari dapur kecil ku...^^

Kari Udang~

Kegemaran anak2...^^

Lamb Black pepper BBQ~

Special request from my boys...so mommy buat yang simple2 je^^

Wednesday, 17 October 2012

Chocolate Moist Cake 2

kek Coklat moist~...Teringin sangat nak makan kek ni,so saya buat je malam tadi.. Bahan2 pn tak leceh..Yang pasti ianya sedap & sangat Moist~
Saya dah kurangkan adunan gula di dalam resepi ini...so jangan Risau ye,ianya tak manis sangat...Memang sesuai untuk tea time..anak2 suka,so mommy taburkan sedikit white coklat di atasnye..^^
Jom tengok Resepinye...
Chocolate Moist Cake~
 Bahan-Bahan A:
 1 1/2 cawan Tepung Gandum
 50g serbuk koko
 1 sudu Teh Baking Powder
 1 sudu Teh soda Bikarbonat ..
 1 Cup Milo

 Bahan-Bahan B:
 1 cawan Gula
 1 Cawan susu cair
 3 biji Telur
 1 Sudu Teh Esen Vanila
 250g Butter..( saya Gune Buttercup)
Cara2:
Cairkan Butter..
kemudian masukkan susu cair & Esen Vanila...kacau sebati (ketepikan)
 Ayak & Gaulkan Bahan A Pukul Telur & Gula hingga kembang..
 Selepas Itu, bolehlah dicampurkan adunan telur tadi...
 Masukkan kesemua bahan & kacau sebati.....
Bila dah sebati, Sediakan Loyang...
Kukus Hingga masak ye..

Tuesday, 16 October 2012

Nasi Goreng Simple~

Bahan2:
 Nasi secukupnya..
 bawang merah & bawang putih secukupnya..(ditumbuk)
 udang secukupnya (saya gune 6ekor je,utk mkn sorg hehe)
 1/2 batang carrot ( dipotong dadu)
 Sayur sawi secukupnya..( dipotong halus)
1paket perencah kari maggi..
 serbuk perasa & garam secukupnya...
sedikit lada hitam..(jika suka)
 1biji telur
cara2:
Panaskan minyak...
Tumis bawang hingga naik bau...
kemudian masukkan udang..
kacau sekejap.. masukkan pula telur...
kacau hingga rata & telur agak masak...
masukkan carrot,sayur sawi & perencah kari maggi....
 gaul sebati,barulah masukkan nasi....
kacau lagi
 Perasakan dengan serbuk lada hitam, Garam & serbuk perasa.... dah siap.....

Maggi Goreng Simple~

( Utk 4orang) bahan2:
4 bungkus maggi kari ( di celur & toskan)
2 biji telur
15-20ekor udang ( di buang kulit & kepala)
 sedikit sayur sawi
segenggam tauge
 2packet perencah kari maggi
 3sudu makan kicap cair
 sedikit minyak utk menumis
 sedikit bawang putih & merah
Cara2:
panaskan minyak...Tumis bawang hingga naik bau.
.kemudian masukkan telur..kacau sebati..
Masukkan pula udang..kacau lagi hingga udang nampak kemerahan..
masukkan lagi perencah kari maggi..
gaul rata, barulah masukkan sayur sawi tadi..
kacau sekejap..& masukkan mee maggi, kacau sebati...
masukkan pula kicap cair....
Last sekali,masukkan tauge.....
dah siap..

Donuts Simple~

Bahan-bahan ( 10 org ) >> sumber dari Website koongsi resepi <<

1kg tepung gandum
 1 1/² paket mauripan/ yis
 2 s/b susu tepung/cair
 1 s/b gula
 4 s/b margerin
 garam secukup rasa
 gula kastor/ aising untuk tabur atas donat.
Cara-cara
 Bancuhkan mauripan/yis dengan air suam secukupnya
.masukkan sekali susu,garam dan gula.Biarkan seketika.
 Didalam bekas mengadun gaulkan tepung bersama majerin sehingga sebati
.Masukkan bancuhan yis td.uli sehingga menjadi doh.
 Biarkan doh seketika.Setelah itu bentukkan seperti donat.
 Setelah donat naik/ kembang bolehlah digoreng.
masak sehingga kuning keemasan.
toskan minyak n golek-golekkan diatas gula kastor/aising. siap untuk di makan...
Anak2 saya suka celupkan dengan bancuhan hot coklat"..hehehe..pastu taburkan manik2.. tak pe lah kan,tak cantik hiasannye..asalkan dorg nak mkn je ..^^

Kuih Lapis Pandan + Yam~

Kuih lapis pandan + Yam..
2 cawan Tepung Beras
 1 cawan Tepung jagung
1 cawan Tepung Gandum
 1 cawan Gula
500gm santan ( di campur air utk di jdikan 6 cawan) klu nk santan pekat pun blh ikut suka ye.
sedikit garam
Cara-cara
 Campurkan kesemua bahan Kacau hingga sebati dan di tapis.
 Bahagikan adunan kepada 2 bahgian ( ikut suka masing2 nk letak perisa ape ye)
 sediakan pengukus, masukkan loyang yg telah di sapu dgn minyak masak ye.
masukkan adunan tadi satu persatu.
kukus selapis lapis hingga adunan habis.
slmt mencuba..

Kek Lapis Pandan Coklat~

Kek Lapis Pandan Coklat~
 Bahan2:
 10 biji telur
1 tin susu pekat manis
1 tin kecil seri kaya
 1 gelas gula halus
 2 1/2 gelas tepung gandum
 2 sudu teh baking powder
400gm mentega
1 sudu teh browning sugar / perisa coklat
1 bekas kecil serbuk koko
 2 gelas susu tepung
pewarna hijau & perisa pandan
Cara-cara
 pukul mentega & gula hingga kembang.
 Kemudian masukkan telur satu persatu.Kacau hingga sebati. sesudah itu, masukkan tepung gandum & baking powder.Kacau lagi,bila adunan sudah sebati masukkan pula susu pekat manis, seri kaya & susu tepung.
 bahagikan adunan kepada 2 bahagian..
 Bahgian 1) campurkan dengan serbuk koko & browning sugar@ perisa coklat.
Bahagian 2) campurkan dengan perisa pandan & pewarna hijau. sediakan loyang,
kukus warna coklat dulu kemudian di ikuti dengan warna hijau..ulang proses yg sama hingga habis.

 *# kukus setiap lapisan dlm masa 5minit*# selamat mencuba~~

Kek Lapis Strawberry Simple~

Kek Lapis strawberry simple..

 bahan2:
8biji telur
 2cup tepung gandum
 2 1/2 cup susu tepung
 400gm mentega
1tin susu pekat manis
1bekas kecil jam strawberry
 2cup gula halus
 sedikit pewarna merah.
cara2 menbuatnya:
Pukul mentega dgn gula hingga kembang.
 masukkan pula telur satu persatu. kacau sebati,
kemudian masukkan pula tepung gandum,susu tepung & susu pekat manis. kacau lagi hingga adunan sebati. bahagikan kpd 2bahagian:
 1bahgian di masukkan jam perisa strawberry tadi.
 satu bahgian lagi di biarkan dgn warna asli.
 sediakn loyang,kukus selapis lapis.( 1 lapisan kukus dlm 5minit)
 ulang smpai adunan habis...slmt mencuba~

Kek Marble 3Rasa...(kukus)

Kek Marble~
...kek ni saya cuba guna Madu utk mengantikan serikaya.. hasilnye memang sedap & lembut..^^
Bahan2:
2 cawan tepung gandum
1 cawan Gula
 1 cawan susu tepung
 3 sudu mkn Madu
 1 sudu teh baking powder
 5 Biji telur
 1 Tin Kecil Seri Kaya
 Perasa/Pewarna ikut suka (saya guna perasa coklat/pandan & strawberry)
250gm Mentega

 Cara Membuatnya:
 Pukul Mentega dengan Gula hingga Kembang..
Masukkan Telur Satu Persatu..Kacau lagi biar Sebati..
Kemudian Masukkan Tepung Gandum, Susu Tepung, & Baking Powder...
Teruskan kacau,hingga adunan betul2 rata...
Selepas itu, Masukkan Seri Kaya & Madu..Kacau Lagi...
Bahagikan Adunan Kepada 3Bahagian..
 1 BAhagian di campurkan dengan perasa Coklat.
1 Bahagian lagi di campurkan dengan perasa Pandan.
1 Bahagian dicampurkan dengan perasa strawberry...

Sediakan Loyang yang telah di Alas dengan kertas & sedikit mentega terlebih dahulu...
Tuang 2Senduk Adunan Coklat dulu & ratakan...
Di ikuti adunan Strawberry 2senduk...
Last sekali adunan Perasa Pandan...
Ulang proses yang sama hingga adunan habis..
kukus selama 3Jam @ hingga masak....
dah siap...
Selamat mencuba!...

Kek Batik~

Kek Batik~... Kek Yang paling mudah utk di sediakan..kali ini saya cuba ubah beberapa Bahan2 & cara2 utk membuat kek ini... Jom tengok^^
Kek Batik lembut & simple~

 Bahan2:
 1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 paket biskut marie
 1 cawan susu tepung
1 tin susu pekat manis
 2 sudu besar serbuk koko
2 cawan milo
 3 sudu besar gula
 250gm mentega
3 biji telur

 Cara2:
 campurkan tepung gandum, susu tepung, milo, serbuk koko, gula, susu pekat manis & telur...Pukul hingga sebati.. (ketepikan) Panaskan kuali...
masukkan mentega, masak hingga cair...
kemudian masukkan adunan yg telah di gaul tadi..kacau perlahan2 hingga sebati..( atas api yg perlahan )
 bila dah agak pekat,tutup api.
Sediakan loyang...masukkan 1 atau 2 senduk adunan kedalam loyang & ratakan...
susun biskut marie di atasnya..
.ulang proses yg sama hingga adunan habis...
kukus selama 1@2jam, lama sikit pn xpe...
 sejukkn & simpan dlm peti sejuk semalaman..
.dah siap~

Kek Lapis Coklat Yam~

Kek Lapis Yam Coklat.

 Bahan2:
7 biji telur
 2 1/2 cup gula halus
. 2 1/2 cup tepung gandum.
 2 cup susu tepung.
1 cup holicks.
 400 gm mentega
 perisa yam(yam paste)
 sedikit perisa coklat(browning sugar).
cara2 membuatnya:
 Pukul mentega & gula hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu,kacau hingga sebati.
masukkan tepung gandum,susu tepung & holicks.gaul sebati.
Kemudain bahagikan adunan kpd 3 bahgian:
1 bahgian di cmpurkan dgn yam paste.
1 bahagian di cmpurkan dgn perisa coklat(browning sugar)
 1 bahgian lagi dibiarkan kosong (asli)
 Kukus warna coklat dulu,kemudian warna asli dan di ikuti dgn perisa yam.
 kukus selapis lapis hingga masak.

Kek Lapis Masam Manis~

walaupn layernye agak kurang cantik"...hehehe^^
Tapi rasa memang sedap... Jom Try

 Bahan2:
 10biji telur
1 Cup gula halus
 450gm mentega
 1 cup biskut marie yg telah di kisar menjadi serbuk
 1 sudu teh baking powder
 1 sudu teh esen vanila
1 tin susu pekat manis sedikit biskut deduit @ hawflakes
 2 cup tepung gandum
sedikit pewarna pink dan green
Cara-cara
 Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
 Lepas tu ,masukkan telur satu persatu. pukul hingga sebati.
 Masukkan tepung gandum, susu pekat manis, baking powder dan esen vanila.
 Kacau lagi hingga adunan sebati. masukkan pula serbuk biskut marie yang telah di kisar tadi. setelah adunan sebati bahagikan kepada 2 bahgian.
1bahagian warnakan dengan warna hijau.
 1bahagian lagi warnakan dengan warna pink.
 sediakan loyang dan masukkan warna hijau dulu.
 kemudian di ikuti dengan warna pink.
 setelah lapis ke 3 baru lah di susun biskut hawflakes di atasnya.
 Ulangi proses yang sama hingga adunan habis.
kukus setiap lapisan selama 5minit.
setelah selesai melapis, kukus lagi selama 30minit.
 >> Selamat mencuba <<