All About My Hobbies~

All About My Hobbies~
Welcome To My Humble Cooking Blog. Nothing special about my blog, I'm Not a Professional...But I Really Enjoy Myself Doing It. "Mommy's Ryan Kitchen " is all about cooking & Baking. Just to share some tested & validated recipes from people who loves cooking. All Photos & Recipes is Belong to Blog Mommy Ryan's Kitchen. Strictly Copy Paste & Download all Items in This Blog Is NOT ALLOWED. Thank You!.

Saturday 16 March 2013

Tiramisu Simple~


Tiramisu Simple~
 Sumber dari Blog Cahaya Cinta Ku: http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2011/11/tutorial-buat-tiramisu-simple.html

 Bahan2:
 1 Biji sponge kek (saya beli je kat Tesco) ^^
 250ml whipping cream
 200gm cream cheese
 1/2 cawan gula halus
 1 sedu teh esen vanila
 1 cawan air panas (utk bancuh nescafe)
 1 sudu makan serbuk nescafe
 Serbuk koko untuk hiasan/Topping

 Cara membuatnya:
 1. potong kek kepada 3 bahagian..untuk dijadikan 3palis kek . Nak guna apa2 perasa pun boleh, beli yg  ada di jual kat pasaraya..
 2. Keluarkan cream cheese dan masukkan dlm bekas. .
 3. campurkan sekotak whipping cream ke dalam bekas cream cheese tadi ye..
 4. Masukkan jugak gula dan esen vanila..
 5. Putar semua bahan2 yang ada dalam mangkuk tadi.. pukul sampai kembang..
 6.Kemudian, ambik secawan air panas tadi,campurkan dengan 1sudu makan nescafe dan kacau..(tanpa gula ye)
 7. seterusnya susun lapisan kek yang pertama pada bekas/acuan yg sesuai.. lembabkan permukaan kek tersebut dengan air nescafe tadi.. tapi jgn sampai terlalu basah ... agak2 lembab je..
 8.selepas itu, masukkan 1/3 dari bahan/adunan yang telah di putar tadi.. sapu rata sampai semua bahagian lapisan kek tertutup..
 9. Kemudian taburkan serbuk koko ke atasnya.. guna penapis semasa nak tabur Biar nampak cantek.. 10.Kemudian lapiskan dengan layer kek yg kedua.. ulang proses yang sama seperti langkah 7 & 8 tadi ye.. buat sampailah layer kek yg terakhir .. Dah siap, sejukkan di dalam peti sejuk..
Esok boleh la makan!..hehehe^^


2 comments:

  1. salam kenal..
    wah terus teringin mkn tiramisu bila tgk gambar ni.. yummy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi...salam kenal juga, tq sudi singgah. Try laa,mudah je :)

      Delete