All About My Hobbies~

All About My Hobbies~
Welcome To My Humble Cooking Blog. Nothing special about my blog, I'm Not a Professional...But I Really Enjoy Myself Doing It. "Mommy's Ryan Kitchen " is all about cooking & Baking. Just to share some tested & validated recipes from people who loves cooking. All Photos & Recipes is Belong to Blog Mommy Ryan's Kitchen. Strictly Copy Paste & Download all Items in This Blog Is NOT ALLOWED. Thank You!.

Friday 7 June 2013

Kek Lapisan Bumi Simple~


 Kek Lapisan Bumi Simple~
 Bahan2 (Loyang 7x7)
 6 Biji Telur (Grade A)
 250gm Butter
 2 cup Tepung Kek
 1 cup Gula Halus
 1 Tin Susu Pekat Manis (500gm)
 1 sudu the esen vanilla
 5 sudu makan Jam Nenas
 Pewarna oren (saya guna oren emulco)
 Pewarna coklat (saya guna coklat emulco)
 Pewarna Hijau (saya guna Pandan paste + Peppermint)

Cara membuatnya:
Pukul butter dengan gula hingga kembang.. Kemudian masukkan Telur satu persatu, Teruskan putar sehingga adunan benar2 gebu. Masukkan pula esen vanilla..putar lagi sekejap. Selepas itu,masukkan pula Tepung kek. Putar dengan kelajuan sederhana hingga adunan sebati & gebu..Masukkan pula susu pekat manis ,putar sehingga sebati. Akhir sekali masukkan pula jam nenas tadi. Putar lagi biar adunan betul2 rata & sebati.
Bahagikan kepada 3 bahagian:
1 bahagian dicampurkan dengan pewarna oren (oren emulco)
1 bahagian dicampurkan dengan pewarna coklat (coklat emulco)
1 bahgian dicampurkan dengan pewarna hijau (Pandan paste + peppermint)

*Sediakan air kukusan,biarkan mendidih*
Sediakan juga Loyang 7x7 yang telah dialas dengan baking paper & disapukan dengan sedikit mentega. Tuang adunan berwarna Oren dulu & kukus dalam 25minit. Kemudian masukkan pula adunan bewarna coklat & kukus lagi Hingga masak.( Rasa / tgk permukaan kek tu.klu dah keras/masak boleh lah tuang adunan yang seterusnya) Begitu juga dengan adunan berwarna hijau..Untuk lapis yang terakhir,kukus kek selama 45minit- 1jam lagi agar ianya masak sempurna.



1 comment:

  1. Selamat berkenalan buat Zahana,jumpa blog awak kat FB,nice resepi and best blog untuk di baca.jom jadi kawan kat kita pula at suzanazamri.blogspot.

    ReplyDelete