Bahan-bahan
300g isi ayam
500g udang sederhana size
500g sotong
-
8 ulas bawang putih - diketuk
8 biji tomato - potong dadu
3 sudu besar cili blend - kalau nak pedas lagi buh cili api
1 litter air
minyak untuk menumis
5 batang serai - dititik
daun limau purut
sedikit lengkuas
2 biji perahan limau nipis
2 sudu besar tomato sos
1 sudu besar serbuk chicken stok
garam secukup rasa
sayur-sayuran:
1 batang carrot
beberapa baby corn
bunga kobis
cendawan tiram
hiasan:
tomato belah empat
bawang besar potong separuh bulat
1 paket bihun
rebus hingga lembut dan toskan
Cara-caranya
Bihun direndam seketika dan direbus hingga lembut lalu ditoskan... Ketepikan
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan tomato yang telah dipotong dadu.
Apabila tomato dah layu dan hancur, masukkan cili blend masak hingga pecah minyak
Masukkan ayam, kacau rata
masukkan air, masak hingga mendidih,
Masukkan serai dan lengkuas
Biarkan sehingga ayam empuk
Setelah ayam empuk,
masukkan sayur-sayuran bersama daun limau purut
Masukkan perahan limau nipis, sos tomato, serbuk chicken stok, garam.
Seimbangkan rasa masamnya mengikut citarasa masing-masing
Masukkan Udang & Sotong serta bahan hiasan. Lalu tutup api. Kacau rata.
Tuangkan kuah tomyam ke atas bihun dan sedia dihidangkan
No comments:
Post a Comment