All About My Hobbies~
Saturday, 8 November 2014
Kek Lapis Coklat keju~ (KUKUS)
Kek Lapis Coklat Keju~ (KUKUS)
Bahan-Bahan (Loyang 5x7)
5 Biji Telur (Grade A)
250gm Butter
250gm Cream Cheese
1 Cup Gula Halus
1 Cup Tepung Kek
1 Tin 500g Susu Pekat Manis
½ cup Horlicks
1 Sudu Teh Esen Vanilla
1 Sudu Teh Ovalette
Coklat Emulco / Perasa Coklat secukupnya
Cara Membuatnya:
~ Pukul Butter, Ovalette & Gula hingga kembang.
~ Masukkan Telur satu persatu & Esen Vanilla. Putar hingga gebu.
~ Masukkan Tepung kek & Horlicks. Putar perlahan biar sebati.
~ Masukkan Susu Pekat Manis. Putar lagi hingga adunan rata.
~ Masukkan Cream Chesse. Putar Guna kelajuan sederhana sehingga adunan sebati.
~ Bahagikan kepada 2 Bahagian:
1 Bahagian dibiarkan dengan perasa asal (Cheese)
1 Bahagian dicampurkan dengan Coklat Emulco/Perasa Coklat.
~ Sediakan Loyang Yang telah Dialas Dengan sedikit butter & baking paper.
~ Air kukusan hendaklah dididihkan terlebih dahulu.
~ Ambil sedikit adunan Cheese & Tuang kedalam Loyang. Ratakan. Kemudian kukus dalam 10-15minit. Atau sehingga permukaan kek masak.Barulah Tuang adunan seterusnya (Coklat). Kukus lagi.
~ Ulang Proses Yang sama sehingga adunan habis.
~ Untuk Adunan @ Lapis Yang Terakhir, pastikan kek dikukus lebih lama agar ianya masak sepenuhnya. Anggaran masa dalam 1jam @ 1jam 45minit.
~ SELAMAT MENCUBA~
Wednesday, 5 November 2014
Kek Pandan Cheese 2Rasa~ ( Kukus)
Kek Pandan Cheese 2Rasa (Kukus)~
Bahan-Bahan: (Loyang 5x6’)
6 Biji Telur (Grade A)
1 Cup Tepung kek
1 Tin 500g susu Pekat Manis
1 sudu Teh Ovalatte
1 Cup Gula Halus
250gm Butter (Saya Guna Buttercup)
250gm Cream Cheese
Perasa/Pewarna Pandan (Hijau) secukupnya
Perasa/{ewarna keladi (Yam) Secukupnya
Cara Membuatnya:
~ Pukul Gula, Butter & Ovalatte Hingga Kembang.
~Masukkan Telur satu persatu.Putar sebati hingga gebu.
~ Masukkan Tepung Kek. Putar Perlahan Biar sebati.
~ Kemudian masukkan susu Pekat Manis. Putar Perlahan.
~Bila sudah sebati,masukkan Cream Cheese.
~ Teruskan Putar dengan kelajuan sederhana sehingga adunan rata.
~ Bahagikan Adunan Kepada 3 Bahagian:
~ 1 Bahagian dibiarkan dengan perasa/pewarna asal.
~ 1 Bahagian dicampurkan dengan perasa/pewarna Pandan.
~ 1 Bahagian dicampurkan dengan perasa/Pewarna Keladi (Yam)
~ Sediakan Loyang yang telah dialas dengan sedikit butter & baking paper.
~ Air kukusan hendaklah di didihkan terlebih dahulu.
~ Ambil sedikit adunan Pandan (Hijau) dan tuangkan kedalam Loyang.
~ Kukus dalam 10-15minit @ Sehingga kek masak barulah tuangkan adunan asli (Cheese) diatasnya. Kukus Lagi sehingga masak. Sama Juga dengan adunan keladi (yam)
~ Ulang proses yang sama. ~ Akhir sekali, Tuangkan adunan pandan (Hijau)
~ Untuk adunan yang terakhir, kek hendaklah dikukus selama 1jam agar kek masak dengan sempurna.
Tuesday, 4 November 2014
Jeruk Mangga @ Apple Hijau Asamboi
Jeruk Mangga @ Apple Hijau AsamBoi~
Bahan Utama: Buah Mangga @ Apple Hijau (Ikut suka nak Banyak Mana)
Saya Guna 3 Biji Mangga & Apple Hijau (DiPotong)
AsamBoi Merah & Putih Secukupnya
Saya Guna 15 Biji AsamBoi Putih & 10 Biji AsamBoi Merah
1 Paket kecil Serbuk Asam.
Garam Secukupnya ( Tak Perlu Banyak sangat, hanya untuk menambah perasa )
Gula (Letak Banyak Sikit baru sedap)
Cili ( Dipotong) Ikut Suka Nak pedas letak banyak sikit)
Air Secukupnya .
Cara Membuatnya semudah 123… hehehe… Gaulkan saja kesemua bahan-bahan diatas kecuali air didalam 1bekas besar. Sebatikan. Dah sebati barulah masukkan air, jangan banyak sangat ye. Cukup untuk rendam jeruk saja. Dah siap! Simpan dalam peti sejuk semalama baru sedap. Mudah kan… Ini lah Fenomena terkini di Malaysia” Bak kata seorang Blogger tuu.. Tapi memang mantap lah… mudah ..cepat & sedap gituu…
Thursday, 14 August 2014
Crunchy Brownies Cheese~
Crunchy Brownies Cheese~
Bahan-Bahan: (Loyang 8x8)
Untuk Brownies:
250gm Butter (Saya Guna Buttercup)
50gm Serbuk koko + 1Cup Serbuk Milo
3 Biji Telur (Grade A)
1 Cup Gula castor
200ml susu cair
1 ½ Cup Tepung kek
1 Sudu Teh Baking Powder
1 Sudu Teh Bicarbonate Soda
100gm coklat chip 60gm Badam Kisar
Cara Membuatnya:
Cairkan Butter, (guna api perlahan) setelah cair masukkan serbuk koko & Milo. Kacau sebati hingga larut.( Gunakan pemukul telur lagi mudah) – KETEPIKAN-
Dalam bekas lain, putar telur & gula hingga gebu.
Kemudian masukkan adunan Butter & Serbuk koko yang telah dicairkan tadi. Kacau perlahan sehingga sebati.
Masukkan juga Tepung kek, baking powder, bicarbonate soda. Kacau sebati. Kemudian masukkan susu cair. Sebatikan. Akhir sekali, masukkan coklat chip serta badam kisar kedalam adunan. Gaul rata (kuab balik dengan senduk sahaja).
Sediakan Loyang yang telah dialas dengan sedikit mentega & baking paper. *Air kukusan hendaklah dididihkan terlebih dahulu ye* Tuangkan adunan kedalam Loyang & kukus hingga masak. (angaran masa dalam 1jam @ lebih)
Untuk Adunan Cheese~
Bahan-Bahan:
200gm Cream cheese
1 Cup Gula castor
1 Biji Telur (Grade A)
4 Sudu Makan Tepung kek
4 Sudu Makan Horlicks
~Putar Cream Cheese dengan gula hingga gebu. Kemudian masukkan Telur. Putar sebati .
~Masukkan juga Tepung kek & Horlicks. Putar sekejap biar sebati.
** Tuangkan adunan cheese diatas adunan Brownies (Yang dah dikukus tadi,bila permukaan dah masak) ** Kukus lagi sehingga kek masak sepenuhnya. ~Selamat Mencuba…
Wednesday, 13 August 2014
Lapis Cheese
Kek Lapis Cheese
Bahan-bahan ( Loyang 8x8' )
10 biji kuning telur (Grade A)
6 biji putih telur (Grade A)
1 Cup gula kastor
1 1/2 Cup tepung kek (Guna Tepung Gandum pun Boleh)
1 sudu makan ovelette
100 gm air (dari peti sejuk)
250 gm Cream Cheese (Any Brand)
4 sudu makan susu pekat
3 sudu Makan Horlicks
400gm Butter (Saya Guna Buttercup)
Cara-Cara:
Pukul telur,gula dan ovelette (medium Speed) hingga kembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diiringi dengan air ais hingga habis,masukkan juga horlicks. Ketepikan
Di dalam bekas lain,pukul mentega dan susu hingga kembang.
Satukan kedua2 adunan tadi dan gaul sebati.
Kemudian Masukkan pula Cream Cheese dan gaul lagi hingga adunan rata.
Sediakan loyang yang telah dialas dengan sedikit mentega & baking paper.
Ambil sedikit adunan & Bakar. Bakar berlapis2 hingga masak...
Guna api bahagian atas sehingga lapisan habis.
Setelah siap semua lapisan barulah bakar menggunakan api atas dan bawah lebih kurang dlm 10-15 minit. *Bergantung pada suhu Oven masing-masing*
Lapis Evergreen 2
Kek Lapis Evergreen 2
Bahan2: (utk Loyang size 5x6")
1 cup Tepung Kek (Guna tepung kek Pun Boleh)
5 biji Telur (Grade A)
1 Cup susu Tepung
1/3 cup Horlicks
1/3 cup susu pekat manis
3 sudu besar seri Kaya
1/3 cup Gula
225gm mentega
Pewarna Hijau secukupnya ( saya guna pandan paste)
cara membuatnya ...
Pukul mentega dengan Gula hingga kembang.... kemudian masukkan telur satu persatu..pukul lagi hingga adunan sebati.. Masukkan Tepung Gandum..Susu tepung & Horlicks Yang telah diayak.. kacau sebati.. masukkan pula susu pekat manis.. pukul rata2.. Kemudian masukkan Pandan paste atau pewarna hijau.Gaul sebati. sediakan loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega. Ambil sedikit adunan & bakar (suhu 160' utk 10minit *bergantung pada oven masing2) Ulang proses yang sama sehingga adunan habis. Selamat Mencuba..
Lapis Pandan Coklat 2
Kek Lapis Pandan Coklat 2
Bahan2: (Loyang 8x8)
10 biji telur (Grade A)
1 tin (500gm) susu pekat manis
1 tin kecil seri kaya
1 Cup gula halus
2 1/2 Cup tepung kek
2 sudu teh baking powder
400gm Butter (saya Guna Buttercup)
1 sudu makan Coklat Emulco / perisa coklat
50gm serbuk koko
2 Cup susu tepung
pewarna hijau & perisa pandan secukupnya
Cara-cara:
pukul mentega & gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu.Kacau hingga sebati. sesudah itu, masukkan tepung gandum & baking powder.
Kacau lagi,bila adunan sudah sebati masukkan pula susu pekat manis, seri kaya & susu tepung.
bahagikan adunan kepada 2 bahagian..
Bahagian 1) campurkan dengan serbuk koko & Coklat Emulco @ perisa coklat.
Bahagian 2) campurkan dengan perisa pandan & pewarna hijau.
Sediakan loyang yang telah dialas dengan sedikit mentega & baking paper. Tuangkan sedikit adunan warna coklat dulu & bakar (Suhu 160' utk 10minit* bergantung pada suhu oven masing2) kemudian diikuti dengan warna hijau..ulang proses yang sama hingga adunan habis.
Thursday, 26 June 2014
Acar Timun & Nenas
Acar Timun & Nenas
Bahan-Bahan:
1 Biji Nenas (Potong ikut suka)
1 Biji Timun (Potong Ikut Suka)
1 Biji Tomato (Potong Dadu)
1 Batang Carrot ( Potong Ikut Suka)
1/2 Biji Lemon (Ambil Jus nya saja)
Sedikit Madu
Cili Secukupnya (potong halus)
1 Biji BAwang Merah Besar (Dihiris)
Garam Secukup Rasa
Cara Membuatnya:
Campurkan sahaja Nenas, Timun, Tomato, Carrot, Cili Potong & Bawang Merah Besar dalam satu bekas. Perasakan dengan Garam Secukupnya. Perah Jus Lemon & Tuangkan sedikit madu (mengikut citarasa masing2) Gaul sebati. Dah Siap! ** Selamat Mencuba ** Enak dimakan setelah disejuakan.
Saturday, 14 June 2014
Nutella Oreo Moist Cake~
Nutella Oreo Moist Cake~
Bahan-Bahan: (Loyang 5x6)
6 Biji Telur (Grade A)
1 Cup Tepung Kek
1 Cup Gula Halus
1 Cup Horlicks
300gm Kaya
250gm Butter
137gm Biskut Oreo (Dihancurkan dgn Inti sekali)
½ Sudu Teh Baking Powder
½ Sudu Teh Soda bikarnonat
1 Botol 200gm Nutella
Cara Membuatnya:
-Pukul Butter dengan gula hingga gebu.
-Kemudian masukkan telur satu persatu,putar hingga kembang.
-Masukkan pula Tepung Kek,Horlicks,Baking Powder dan Soda Bikarbonat.
-Putar perlahan sehingga sebati.
-Masukkan Kaya.Putar sekejap biar rata.
-Ambil sedikit adunan dan campurkan dengan Biskut Oreo yang telah dihancurkan tadi. Gaul sebati.
-Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega.
-Tuangkan adunan Oreo tadi, ratakan dalam Loyang dan bakar pada suhu 170’c selama 10-15minit (Bergantung pada oven masing2)
-Adunan yang selebihnya dibahagikan kepada 2 Bahagian:
-1 bahagian dibiarkan kosong (Asal)
-1 bahagian dicampurkan dengan Nutella
-Setelah adunan Oreo tadi masak,tuangkan pula adunan asal. Dan bakar pada suhu 170’c selama 20 minit.
-Begitu juga dengan adunan Nutella, bakar sehingga masak.
**Kek ini Juga boleh dikukus seperti biasa**
Thursday, 29 May 2014
Kek Cheese Hujan Panas Moist~
Kek Cheese Hujan Panas Moist~
Bahan-Bahan: (Loyang 5x6)
6 Biji Telur (grade A)
250gm Butter
250gm Cream Cheese
1 Sudu Teh Ovalatte
1 Cup Tepung Kek
1 Cup Horlicks
½ Tin(500gm) susu pekat manis
Colourful Urai Secukupnya
1 Cup Gula Halus
Cara Membuatnya:
Pukul Butter dengan gula hingga kembang. Masukkan juga ovalette. Sebatikan.
Masukkan pula Cream Cheese,Teruskan putar sehingga adunan sebati & kembang.
Masukkan susu pekat manis, gaul sebati.
Masukkan Tepung Kek & Horlicks. Puter Perlahan biar sebati.
Masukkan Urai & Gaul menggunakan senduk saja (Kuab Balik)
Sediakan Loyang Yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega.
Tuang adunan & kukus hingga masak.
Selamat Mencuba!
Kuih Ros @ Kuih Goyang
Kuih Ros @ Kuih Goyang
Bahan-Bahan (untuk 1kg)
6 Biji Telur
500gm Tepung Beras
500gm Tepung Jagung
500gm Gula Halus
1liter Santan + 200ml
Sedikit Air masak
Cara Membuatnya:
Pukul Telur & Gula hingga sebati Masukkan Santan perlahan-lahan & kacau. (Ketepikan)
Dalam Bekas Lain, Masukkan Tepung Beras & Tepung Jagung. Sebatikan
Satukan Adunan dengan santan ,telur & gula tadi. Kacau biar sebati. Tambahnkan sedikit air sehingga adunan menjadi agak cair.
Sediakan kuali,panaskan minyak dan boleh lah mulakan proses menggoreng. Selamat mencuba!
Kek Belacan
Kek Belacan~
Bahan2: (Loyang 5x6)
5 biji telur (Grade A)
250gm Butter
1 sudu teh ovalatte
1/2 tin(500gm) susu pekat manis
1 Cup tepung kek
1 Cup gula halus
1 sachet Nestum 3in1
2 Susu Makan Milo + 1 Sudu Makan Serbuk koko
Sedikit pewarna coklat & perisa coklat
Cara-cara:
Pukul Butter dan gula hingga kembang,masukkan juga Ovalatte.Sebatikan. kemudian masuk kan telur satu persatu, kacau hingga kembang.bila sudah sebati, masukkan tepung gandum, Nestum 3in1 & serbuk koko.selepas adunan sebati,masukkan baking powder, susu pekat manis & sedikit perisa coklat serta pewarna coklat.kacau lagi hingga adunan menjadi rata..sedia kan loyang dan kukus hingga masak..dah siap! selamat mencuba~
Tuesday, 8 April 2014
Yammy Corn Pudding
Yammy Corn Pudding
Bahan-Bahan:
20gm agar-agar bertali (dipotong kecil)
200gm kaya (diblend)
1 Cup gula (diblend)
1 Biji Telur (diblend)
1 sudu teh esen vanilla (diblend)
200ml santan (diblend)
1500ml air
Sedikit perasa keladi(yam) & perasa jagung
Cara Membuatnya:
Masak agar-agar yang telah dipotong kecil tadi dengan 1500ml air. Kacau hingga agar-agar larut/hancur. Blend kaya,Telur,santan & esen vanilla hingga sebati.
Bila agar-agar telah larut/hancur, masukkan gula. Kacau sebentar. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah diblend tadi. Masak sebentar & kacau perlahan. Dah sebati, Tutup api.
Bahagikan kepada 2 bahagian:
1 Bahagian dicampurkan dengan perasa jagung
1 Bahagian dicampurkan dengan perasa keladi(yam) Tuang adunan perasa jagung dahulu kedalam Loyang/bekas & biarkan mengeras. Baru Tuangkan adunan keladi(yam) tadi. Dah siap..
Cheezy Chocolate Moist Cake
Cheezy Chocolate Moist Ceke~
Bahan-Bahan: ( Loyang 5x6)
5 Biji Telur (grade A)
250gm Butter ( saya guna Buttercup)
250gm Cream Cheese (saya guna Tatura Cream Cheese)
1 Cup Gula
1 ½ cup Tepung Kek
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu makan susu pekat manis
1 Cup Horlicks
Sedikit Coklat Emulco/perasa coklat
Cara Membuatnya:
Cairkan Butter.. (Ketepikan & Biar sejuk) Dalam bekas lain,putar telur dengan gula hingga kembang. Masukkan esen vanilla,putar sekejap. Masukkan Tepung kek/baking powder,Horlicks & soda bikarbonat. Putar hingga adunan sebati & gebu. Masukkan Butter yang telah dicairkan tadi & putar perlahan sehingga sebati. Masukkan susu pekat manis & sebatikan..
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
1 Bahagian dicampurkan dengan Coklat Emulco
1 Bahagian dicampurkan Cream Cheese. (Putar perlahan hingga sebati)
Sediakan Loyang yang telah dialas dengan sedikit mentega & baking paper.
Air kukusan hendaklah dididihkan terlebih dahulu ye.
Tuang sedikit adunan coklat tadi kukus hingga masak. (dalam 15-20minit)
Kemudian Tuangkan adunan Cheese. Kukus hingga masak.
Ulang proses yang sama hingga adunan habis.
Untuk adunan yang terakhir,kukus kek selama 30-45minit agar kek masak sempurna. Selamat Mencuba.
Wednesday, 5 February 2014
Pandan Jagung Moist Cake~
Resepi ni sama saja dengan resepi Chocolate Mocha moist cake yang pernah saya sharekan sebelum ini. Cuma tukarkan perasa & warna nye saja..hehehe
Pandan Jagung Moist Cake~
Bahan2: (utk Loyang 8x8")
8 Biji Putih telur
2 Cup Gula
1 Sudu Makan Ovalette
1 Sudu teh Baking powder
1 Sudu Teh Garam
2 Cup Tepung kek ( Saya Guna Tepung Hong Kong)
50gm Santan Serbuk ( 1 Paket)
100ml Santan Pekat (saya guna santan KARA)
1 Sudu Teh Esen Vanila
100ml Minyak Jagung/ Mentega Cair
2 Sudu Makan Susu Pekat Manis
Sedikit pandan paste/perasa pandan
sedikit perasa jagung
Cara2 membuatnya:
Putar Putih Telur Menggunakan kelajuan Sederhana Hingga berbuih... Masukkan gula, garam, ovalette & Baking Powder..Putar menggunakan kelajuan tinggi ye sehingga menjadi putih & kental..
Kemudian, masukkan pula Tepung kek & santan serbuk...putar sekejap & masukkan juga santan pekat,Esen Vanila, Minyak Jagung/mentega Cair, & susu pekat Manis . Putar hingga adunan sebati.....
Bahagikan adunan kepada 3Bahagian:
1 Bahagian dibiarkan dengan warna yang asal
1 Bahagian lagi dicampurkan dengan Pandan paste
1 Bahagian lagi dicampurkan dengan perasa jagung
Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking papper & sedikit mentega.. Kukus adunan pandan dahulu 10-15minit @ hingga agak masak barulah tuang adunan jagung diatasnya.....kukus lagi..last sekali tuang adunan yang asal,& kukus selama 30minit untuk kek masak sepenuhnya.....Dah Siap!
Kek Coklat~
Kek Coklat~
Bahan-Bahan (Loyang 8x8)
460gm Butter
1 Tin (500gm) susu Pekat Manis
1 Sudu Makan Ovalatte
2 Cup Tepung kek
Sedikit coklat emulco/perasa coklat
1 Sudu makan serbuk koko
10 Biji Telur (Grade A)
1 Cup Gula Halus
1 Cup Horlicks
Cara Membuatnya
1) Masukkan Gula & Butter kemudian putar hingga kembang & gebu.
2) Masukkan Telur satu persatu, & teruskan putar hingga kembang.
3) Masukkan pula Tepung kek & Horlicks,pukul sehingga sebati.
4) Masukkan juga susu pekat manis & Ovalatte. Putar sekejap hingga adunan sebati.
5) Akhir sekali,campurkan adunan dengan coklat emulco/perasa coklat.
6) Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega.
7) Tuangkan adunan kedalam Loyang & bakar dengan suhu 160’ untuk 45minit @ 1jam (bergantung pada suhu oven masing-masing)
8) Kek ini juga boleh dikukus seperti biasa.Kukus hingga masak.
9) Selamat Mencuba!
Tuesday, 14 January 2014
Kek Lapis Strawberry Lychee~
Kek Lapis Strawberry Lychee~
Loyang 5x6: Bahan-Bahan:
5 Biji Telur (Grade A)
1 Cup Gula
1 Cup Tepung kek
1 Cup Susu Tepung
1 sudu Teh Esen Vanilla
1 Sudu Teh Ovalatte
1 Tin 170gm Kaya
250gm Butter
Sedikit Perasa Strawberry/Strawberry Emulco
Sedikit Perasa Lychee/Lychee Emulco
Cara Membuatnya:
Pukul Butter & Gula Hingga kembang,masukkan juga ovalatte. Kemudian masukkan Esen Vanilla & Telur satu persatu ,Putar hingga adunan sebati & gebu. Masukkan pula kaya, Susu tepung & Tepung kek. Teruskan putar sehingga adunan rata.
Bahagikan adunan kepada 2 Bahagian:
1 Bahagian dicampurkan dengan perasa strawberry/Strawberry Emulco
1 Bahagian dicampurkan dengan perasa lychee/lychee Emulco
Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega. Ambil sedikit adunan lychee tadi & bakar pada suhu 170’ untuk 10minit (bergantung pada suhu oven masing-masing) Setelah habis adunan lychee tadi, ulang proses yang sama untuk lapis Strawberry. Bakar hingga adunan habis. Selamat Mencuba!
Kek Lapis Orange~
Kek Lapis Orange~ Mommy Ryan~
Loyang 5x6:
Bahan-Bahan:
5 Biji Telur (Grade A)
250gm Butter
1 Cup Tepung kek
1 Cup Gula
1 Cup Susu Tepung
1 Tin 170gm Kaya
1 Sudu Teh Ovelatte
1 Sudu Teh Esen Vanilla
Sedikit Perasa Oren/Oren Emulco
Cara Membuatnya:
Pukul Gula , Ovelatte & Mentega Hingga Kembang.
Masukkan Esen Vanilla & Telur satu persatu,Putar dengan kelajuan sederhana sehingga sebati & kembang. Masukkan pula Tepung kek, putar sekejap & masukkan juga kaya serta susu tepung.
Teruskan putar sehingga adunan sebati.
Akhir sekali, campurkan adunan dengan sedikit Perasa Oren/Oren Emulco.
Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega.
Tuang sedikit adunan & bakar dengan suhu 170’ untuk 10minit (bergantung pada suhu oven masing-masing) Ulang proses yang sama sehingga adunan habis. Selamat Mencuba!
Subscribe to:
Posts (Atom)