All About My Hobbies~
Thursday, 14 August 2014
Crunchy Brownies Cheese~
Crunchy Brownies Cheese~
Bahan-Bahan: (Loyang 8x8)
Untuk Brownies:
250gm Butter (Saya Guna Buttercup)
50gm Serbuk koko + 1Cup Serbuk Milo
3 Biji Telur (Grade A)
1 Cup Gula castor
200ml susu cair
1 ½ Cup Tepung kek
1 Sudu Teh Baking Powder
1 Sudu Teh Bicarbonate Soda
100gm coklat chip 60gm Badam Kisar
Cara Membuatnya:
Cairkan Butter, (guna api perlahan) setelah cair masukkan serbuk koko & Milo. Kacau sebati hingga larut.( Gunakan pemukul telur lagi mudah) – KETEPIKAN-
Dalam bekas lain, putar telur & gula hingga gebu.
Kemudian masukkan adunan Butter & Serbuk koko yang telah dicairkan tadi. Kacau perlahan sehingga sebati.
Masukkan juga Tepung kek, baking powder, bicarbonate soda. Kacau sebati. Kemudian masukkan susu cair. Sebatikan. Akhir sekali, masukkan coklat chip serta badam kisar kedalam adunan. Gaul rata (kuab balik dengan senduk sahaja).
Sediakan Loyang yang telah dialas dengan sedikit mentega & baking paper. *Air kukusan hendaklah dididihkan terlebih dahulu ye* Tuangkan adunan kedalam Loyang & kukus hingga masak. (angaran masa dalam 1jam @ lebih)
Untuk Adunan Cheese~
Bahan-Bahan:
200gm Cream cheese
1 Cup Gula castor
1 Biji Telur (Grade A)
4 Sudu Makan Tepung kek
4 Sudu Makan Horlicks
~Putar Cream Cheese dengan gula hingga gebu. Kemudian masukkan Telur. Putar sebati .
~Masukkan juga Tepung kek & Horlicks. Putar sekejap biar sebati.
** Tuangkan adunan cheese diatas adunan Brownies (Yang dah dikukus tadi,bila permukaan dah masak) ** Kukus lagi sehingga kek masak sepenuhnya. ~Selamat Mencuba…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment