Thursday, 14 August 2014

Crunchy Brownies Cheese~


 Crunchy Brownies Cheese~
 Bahan-Bahan: (Loyang 8x8)
 Untuk Brownies:
 250gm Butter (Saya Guna Buttercup)
 50gm Serbuk koko + 1Cup Serbuk Milo
 3 Biji Telur (Grade A)
 1 Cup Gula castor
 200ml susu cair
 1 ½ Cup Tepung kek
 1 Sudu Teh Baking Powder
 1 Sudu Teh Bicarbonate Soda
 100gm coklat chip 60gm Badam Kisar

 Cara Membuatnya:
 Cairkan Butter, (guna api perlahan) setelah cair masukkan serbuk koko & Milo. Kacau sebati hingga larut.(  Gunakan pemukul telur lagi mudah) – KETEPIKAN-

 Dalam bekas lain, putar telur & gula hingga gebu.
 Kemudian masukkan adunan Butter & Serbuk koko yang telah dicairkan tadi. Kacau perlahan sehingga  sebati.
 Masukkan juga Tepung kek, baking powder, bicarbonate soda. Kacau sebati. Kemudian masukkan  susu  cair. Sebatikan. Akhir sekali, masukkan coklat chip serta badam kisar kedalam adunan. Gaul rata (kuab  balik dengan senduk sahaja).

 Sediakan Loyang yang telah dialas dengan sedikit mentega & baking  paper. *Air kukusan hendaklah  dididihkan terlebih dahulu ye* Tuangkan adunan kedalam Loyang & kukus hingga masak. (angaran masa  dalam 1jam @ lebih)

 Untuk Adunan Cheese~
 Bahan-Bahan:
 200gm Cream cheese
 1 Cup Gula castor
 1 Biji Telur (Grade A)
 4 Sudu Makan Tepung kek
 4 Sudu Makan Horlicks
~Putar Cream Cheese dengan gula hingga gebu. Kemudian masukkan Telur. Putar sebati .
~Masukkan juga Tepung kek & Horlicks. Putar sekejap biar sebati.
** Tuangkan adunan cheese diatas adunan Brownies (Yang dah dikukus tadi,bila permukaan dah masak) **   Kukus lagi sehingga kek masak sepenuhnya. ~Selamat Mencuba…


No comments:

Post a Comment