All About My Hobbies~
Friday, 12 July 2013
3Layers Pudding~
3Layers Pudding~
Bahan2: (Loyang 5x5)
1paket (25gm) agar-agar kering(bertali)
1250ml Air
1 cup Gula (boleh tambah kalau nak manis)
2 Biji telur
1 Tin (400gm) susu sejat/susu cair
**Nak guna Fresh milk pun boleh**
1 Sudu makan esen Vanilla
1 Paket kecil(36gm) White coffee 3in 1
** Boleh tukar guna Coklat emulco kalau tak suka perasa Coffee**
Sedikit Perasa keladi/Yam (saya guna Yam Paste)
Cara membuatnya:
Potong Agar-agar kering/bertali kecil-kecil.. Kemudian masak dengan 1250ml air tadi, masukkan Gula & kacau hingga larut.
Dalam blender, masukkan susu sejat/susu cair, Telur & Esen Vanilla… Blend hingga sebati…
Kemudian satukan dengan adunan agar-agar yang dimasak tadi.
Kacau biar adunan betul betul rata…(Guna api sederhana besar saja ye)
Bila adunan sudah larut, ambil sedikit & campurkan dengan 1paket white Coffee 3in1 tadi.
Selepas itu,tuang kedalam bekas @ Loyang & simpan dalam Freezer supaya cepat beku..Biar 7-10minit.
** Bilas terlebih dahulu Loyang supaya mudah untuk mengeluarkan pudding nanti**
Sementara adunan yang lain,teruskan masak atas api perlahan & kena kacau selalu ye..supaya tidak berketul ketul .
Setelah adunan coffee beku, ambil sedikit lagi adunan yang dimasak tadi & dicampurkan dengan perasa keladi/Yam..
Ulang proses yang sama seperti adunan coffee tadi..
Untuk lapis yang terakhir,biarkan saja adunan dengan perasa yang asal..
Selamat mencuba!..
Thursday, 11 July 2013
Moist Oreo Steam Cake~
~Moist Oreo Steam cake~
Bahan2 (Loyang 5x5)
5 Biji Telur (Grade A)
250gm Mentega/Butter
1 ½ Cup Tepung kek
3 paket Nestum 3in1 (Original)
1 tin kecil kaya (180gm)
1 Sudu The Ovallate
1 Sudu The Baking Powder
1 sudu The Esen vanilla
1 sudu The Coklat Emulco
Biskut Oreo secukupnya ( dipatahkan kecil2 dgn intinye sekali)
** Kalau suka biskut oreo blh banyakkan mengikut citarasa masing2**
Cara Membuatnya:
Pukul Gula & Mentega/Butter hingga kembang.
Masukkan pula Ovallate & telur satu persatu, teruskan putar dengan kelajuan sederhana hingga adunan sebati & gebu.
Kemudian masukkan juga Esen Vanilla, putar sekejap..
Masukkan Tepung gandum, Baking powder, Nestum 3in1 & kaya. Putar dengan medium speed hingga adunan rata & gebu.
Ambil 4 senduk besar adunan tadi & campurkan dengan 1sudu teh coklat emulco. (ketepikan)
Adunan selebihnya di campurkan dengan biskut Oreo yang telah dipatah-patahkan tadi.
Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega.
**Air kukusan hendak lah dididihkan terlabih dahulu**
Tuang sedikit adunan yang dicampurkan dengan biskut oreo tadi ke dalam Loyang & kukus selama 15-20minit (kalau tidak suka buat selapis lapis boleh juga buat 2 lapis saja.)
Setelah masak,tuangkan pula adunan yang dicampurkan dengan coklat Emulco tadi.. kukus lagi. (tengok@ Rasa permukaan kek,kalau dah keras bermakna kek dah masak & sedia untuk adunan yang seterusnya)
Untuk lapisan yang terakhir, kek hendak lah di kukus selama 45minit-1Jam. Supaya kek masak dengan sempurna.
Selamat Mencuba!....
Subscribe to:
Posts (Atom)