kek ni sebenarnya kena kukus selapis lapis..tapi buat versi yang simple je utk kwan2 yang baru nak cuba belajar melapis kek...
saya buat utk setengah adunan je ye...utk kek size besar gandakan je bahan2 nye..TQ! ^^
Kek Lapis Tembikai simple~( Loyang 5x6")
Bahan2:
5 Biji Telur
225g mentega
1 cup gula halus
1 cup susu Tepung
1cup tepung gandum ( saya Guna Tepung hong kong)
1/2 cup Horlicks
1/2 tin kecil seri kaya
1/2 Tin susu pekat manis (1/3cup)
1 sudu teh esen vanila
kismis hitam secukupnya
pewarna merah & perasa strawberry ( saya guna strawberry paste)
Pewarna Hijau & perasa Pandan ( saya guna Pandan Paste)
Cara membuatnya:
Pukul mentega & Gula Hingga Kembang...
Kemudian masukkan Telur satu persatu..pukul lagi..
Masukkan pula Tepung Gandum/ Tepung Hong Kong...Susu tepung & Horlicks Yang telah diayak terlebih dahulu ye..kacau sebati..
last sekali masukkan Esen Vanila & susu pekat manis serta seri kaya..
.pukul hingga adunan sebati...
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian..
3 senduk dicampurkan dengan pewarna hijau ( pandan paste)
2 senduk di biarkan dengan warna asli
selebihnya dicampurkan dengan warna merah (strawberry paste)
sediakan loyang..yang telah dialaskan dengan baking papper & sedikit mentega.
.kukus warna hijau dulu ...kemudian warna asli & last skali warna merah..
Taburkan kismis hitam diatas lapisan merah...
1 lapis kukus dalam 7-10minit ..
setelah selesai melapis,kukus kek selama 1/2jam- 1jam utk kek masak sempurna...
No comments:
Post a Comment