1 ekor Bawal Hitam sederhana digoreng dengan tepung jagung dan garam halus
dan letak di atas pinggan hidang. Lebih enak jika ikan digoreng garing.
3 ulas bawang putih dicincang
3 biji bawang merah kecil dihiris bulat dan nipis
1/2 biji bawang besar (saiz sederhana)dibelah nipis
3 sudu besar Kicap pekat
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu minyak bijan
4 sudu besar minyak masak untuk menumis
Daun sup + daun bawang + bawang goreng sebagai hiasan( optional)
Panaskan minyak masak dengan api sederhana
Tumis bawang putih+bawang merah+bawang besar sehingga kekuningan
Masukkan tomato sehingga layu.
Masukkan kicap pekat + sos tiram + sos tomato. Kacau dan tumis sehingga kicap dan minyak nampak terasing
Masukkan minyak bijan. Kacau sebati
Tuang di atas ikan goreng tadi dan tabur dengan daun sup+daun bawang. Sedia untuk dihidang
No comments:
Post a Comment