nasib baik menjadi, tengah2 mengukus kek ni Gas habis la pulak...tinggal 2 warna je lagi,pertama kali dalam sejarah aku membuat kek... Terpaksa tangguhkan dulu sementara menunggu Gas di isi semula...
Tadaaa.....
Ni la hasilnye. kek Lapis Pelangi Masam Manis~
Resepi ada kat bawah ni ye...
Lapis Pelangi Masam Manis~
Bahan2: (Loyang 5x6")
5 Biji Telur
1 Cup Tepung kek (saya guna tepung Hong Kong)
1 1/2 Cup Gula
150ml susu cair
120ml minyak Jagung
1 Sudu Teh (rata) Baking Powder
1 Sudu Teh Esen Vanila
1/2 Cup susu Tepung
1/2 Cup Horlicks
1 Sudu makan ovalette
Biskut Hawflakes secukupnya
Pewarna purpple,Biru,Hijau,Merah, Oren & Kuning
Cara membuatnya...
Pukul Telur , Gula, Esen Vanila & Ovallett hingga kembang....... kemudian masukkan tepung kek, baking powder yang telah diayak terlebih dahulu ye...masukkan sekali susu tepung & horlicks....putar lagi biar sebati... Masukkan pula susu cair & Minyak Jagung.....Teruskan putar hingga adunan benar2 kembang & gebu...... Bahagikan adunan kepada 6bahagian: warna purpple, Biru,Hijau ,Merah Oren & Kuning... kukus satu persatu warna & susun biskut Hawflakes diatasnya... Ulang proses yang sama hingga warna terakhir & setelah selesai melapis adunan kuning?terakhir kukus kek utk 30minit untuk kek masak sepenuhnya......
Selamat Mencuba!
cantik la.. nak cuba..
ReplyDelete