Carrot Cheese cake~
Bahan2: (Loyang 8x8")
5 Biji telur
1 Cup Tepung Gandum ( saya Guna Tepung Hong Kong)
250g Mentega ( Saya Guna Buttercup)
1 Sudu Teh Esen Vanila
1 Sudu Teh Baking Powder
1 sudu Teh Soda Bikarbonat
1 Sudu Besar Ovalette
1 1/2 Cup Gula
1 Cup Horlicks
2 1/2 Batang Carrot (Diparut)
50g Badam kisar
50g Kismis Hitam (Dikisar)
250g Cheese ( saya guna brand mozarela)
Optional** sedikit pewarna coklat**
Cara membuatnya..
Cairkan Mentega...atas api perlahan, setelah cair masukkan cheese & Esen Vanila..Kacau sebati,guna pemukul Telur supaya senang nak kacau cheese tu nanti ye...so ianya tak beketul2.. Kemudian ketepikan,biar sejuk seketika.. Dalam bekas lain, Pukul telur & Gula hingga kembang....Masukkan Ovalette & putar lagi hingga sebati.. Selepas itu, satukan adunan mentega & cheese yang telah dicairkan tadi...putar lagi..selepas itu masukkan pula Tepung Gandum, Baking Powder & Soda Bikarbonat yang telah diayak terlebih dahulu....Teruskan Putar biar adunan rata. Last sekali Masukkan Horlicks......Putar sekejap... Bila sudah sebati..bahagikan adunan kepada 3 Bahagian: 2 Senduk untuk Bahagian warna coklat 1 Bahagian dicampurkan dengan Carrot,Badam Kisar & Kismis... 1 bahagian lagi biarkan dengan pewarna asal.. Sediakan Loyang... Kukus adunan Carrot dahulu...setelah masak barulah tuang adunan coklat...& akhir sekali adunan warna asal tadi.....Untuk lapis atas / akhir kukus kek selama 30minit lagi atau 1jam agar kek masak sepenuhnya...
Selamat Mencuba!!
No comments:
Post a Comment