All About My Hobbies~
Friday, 12 July 2013
3Layers Pudding~
3Layers Pudding~
Bahan2: (Loyang 5x5)
1paket (25gm) agar-agar kering(bertali)
1250ml Air
1 cup Gula (boleh tambah kalau nak manis)
2 Biji telur
1 Tin (400gm) susu sejat/susu cair
**Nak guna Fresh milk pun boleh**
1 Sudu makan esen Vanilla
1 Paket kecil(36gm) White coffee 3in 1
** Boleh tukar guna Coklat emulco kalau tak suka perasa Coffee**
Sedikit Perasa keladi/Yam (saya guna Yam Paste)
Cara membuatnya:
Potong Agar-agar kering/bertali kecil-kecil.. Kemudian masak dengan 1250ml air tadi, masukkan Gula & kacau hingga larut.
Dalam blender, masukkan susu sejat/susu cair, Telur & Esen Vanilla… Blend hingga sebati…
Kemudian satukan dengan adunan agar-agar yang dimasak tadi.
Kacau biar adunan betul betul rata…(Guna api sederhana besar saja ye)
Bila adunan sudah larut, ambil sedikit & campurkan dengan 1paket white Coffee 3in1 tadi.
Selepas itu,tuang kedalam bekas @ Loyang & simpan dalam Freezer supaya cepat beku..Biar 7-10minit.
** Bilas terlebih dahulu Loyang supaya mudah untuk mengeluarkan pudding nanti**
Sementara adunan yang lain,teruskan masak atas api perlahan & kena kacau selalu ye..supaya tidak berketul ketul .
Setelah adunan coffee beku, ambil sedikit lagi adunan yang dimasak tadi & dicampurkan dengan perasa keladi/Yam..
Ulang proses yang sama seperti adunan coffee tadi..
Untuk lapis yang terakhir,biarkan saja adunan dengan perasa yang asal..
Selamat mencuba!..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment