Kek Batik~...
Kek Yang paling mudah utk di sediakan..kali ini saya cuba ubah beberapa Bahan2 & cara2 utk membuat kek ini...
Jom tengok^^
Kek Batik lembut & simple~
Bahan2:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 paket biskut marie
1 cawan susu tepung
1 tin susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko
2 cawan milo
3 sudu besar gula
250gm mentega
3 biji telur
Cara2:
campurkan tepung gandum, susu tepung, milo, serbuk koko, gula, susu pekat manis & telur...Pukul hingga sebati.. (ketepikan)
Panaskan kuali...
masukkan mentega, masak hingga cair...
kemudian masukkan adunan yg telah di gaul tadi..kacau perlahan2 hingga sebati..( atas api yg perlahan )
bila dah agak pekat,tutup api.
Sediakan loyang...masukkan 1 atau 2 senduk adunan kedalam loyang & ratakan...
susun biskut marie di atasnya..
.ulang proses yg sama hingga adunan habis...
kukus selama 1@2jam, lama sikit pn xpe...
sejukkn & simpan dlm peti sejuk semalaman..
.dah siap~
No comments:
Post a Comment