Thursday, 6 December 2012

Kek Marble Trio~

Minum petang bersama kek Marble Trio....sedap! Tambah2 lagi musim hujan2 begini,kalau dilayan dengan Teh panas.Memang sesuai sangat.. hehehe...Resepi ni saya ubah je dari resepi kek Coklat Mocha yanag hari tu,sebab suami kata sedap tapi tak sempat makan banyak kerana anak2 dah habiskan dulu....So saya buatlah lagi, tapi versi Marble pula.
Jom Tengok Resepinye... Marble Trio cake~ ( Loyang 5x6')
Bahan2:
8 Biji Putih telur
2 Cup Gula
1 Sudu Makan Ovalette
1 Sudu teh Baking powder
1 Sudu Teh Garam
2 Cup Tepung kek ( Saya Guna Tepung Hong Kong)
1/2 Cup Horlicks
100ml Susu cair
1 Sudu Teh Esen Vanila
100ml Minyak Jagung/ Mentega Cair
1/2 Cup (100ml) Susu Pekat Manis
Pewarn Coklat (saya guna coklat emulco)
sedikit strawberry paste / perasa strawberry + pewarna merah
Pandan Paste / Perasa pandan + pewarna Hijau
Pewarna Biru + 2 Sudu Jem Blueberry

 Cara2 membuatnya:
 Putar Putih Telur Menggunakan kelajuan Sederhana Hingga berbuih... Masukkan gula, garam, ovalette & Baking Powder..Putar menggunakan kelajuan tinggi ye sehingga menjadi putih & kental.. Kemudian, masukkan pula Tepung kek & Horlicks...putar sekejap & masukkan juga susu cair,Esen Vanila, Minyak Jagung/mentega Cair, & susu pekat Manis . Putar hingga adunan sebati..... Bahagikan adunan kepada 4Bahagian: 1 Bahagian dibiarkan dengan warna yang Biru + Jem Blueberry 1 Bahagian lagi dicampurkan dengan coklat emulco 1 Bahagian lagi dicampurkan dengan Strawberry paste/ pewarna merah + perasa Strawberry 1 Bahagian lagi dicampurkan dengan pandan paste /pewarna Hijau + perasa pandan Ssediakan Loyang yang telah dialas dengan baking papper & sedikit mentega.. Tuang adunan & corakkan mengikut cita rasa anda..... Kukuslah hingga masak.. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment