Kek ni sangat popular di kalangan orang2 Bumi Kenyalang..
Rasa nya yang sungguh enak & lembut,memang sukar di lupakan...
Bahan2 untuk membuat kek Lumut~
Bahan-bahan ( loyang 5 x 6")
1 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega
4 biji telur
pewarna hijau secukupnya @ Pandan Emulco (saya guna 1 sudu makan pandan paste Cap Kopoe-Kopoe)
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
Sediakan pengukus...
Biar sampai airnya mendidih... kemudian, Griskan Loyang dgn mentega ..
Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim.
Gunakan kelajuan maksima. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi.
Ulangi proses ini sehingga habis. Masukkan susu dan serikaya.
Pukul lagi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla.
Sebatikan Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)
***jika suka, blend gula halus seperti gula ising supaya cepat hancur & gebu semasa diputar dgn mentega*
No comments:
Post a Comment