Thursday, 26 June 2014
Acar Timun & Nenas
Acar Timun & Nenas
Bahan-Bahan:
1 Biji Nenas (Potong ikut suka)
1 Biji Timun (Potong Ikut Suka)
1 Biji Tomato (Potong Dadu)
1 Batang Carrot ( Potong Ikut Suka)
1/2 Biji Lemon (Ambil Jus nya saja)
Sedikit Madu
Cili Secukupnya (potong halus)
1 Biji BAwang Merah Besar (Dihiris)
Garam Secukup Rasa
Cara Membuatnya:
Campurkan sahaja Nenas, Timun, Tomato, Carrot, Cili Potong & Bawang Merah Besar dalam satu bekas. Perasakan dengan Garam Secukupnya. Perah Jus Lemon & Tuangkan sedikit madu (mengikut citarasa masing2) Gaul sebati. Dah Siap! ** Selamat Mencuba ** Enak dimakan setelah disejuakan.
Saturday, 14 June 2014
Nutella Oreo Moist Cake~
Nutella Oreo Moist Cake~
Bahan-Bahan: (Loyang 5x6)
6 Biji Telur (Grade A)
1 Cup Tepung Kek
1 Cup Gula Halus
1 Cup Horlicks
300gm Kaya
250gm Butter
137gm Biskut Oreo (Dihancurkan dgn Inti sekali)
½ Sudu Teh Baking Powder
½ Sudu Teh Soda bikarnonat
1 Botol 200gm Nutella
Cara Membuatnya:
-Pukul Butter dengan gula hingga gebu.
-Kemudian masukkan telur satu persatu,putar hingga kembang.
-Masukkan pula Tepung Kek,Horlicks,Baking Powder dan Soda Bikarbonat.
-Putar perlahan sehingga sebati.
-Masukkan Kaya.Putar sekejap biar rata.
-Ambil sedikit adunan dan campurkan dengan Biskut Oreo yang telah dihancurkan tadi. Gaul sebati.
-Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega.
-Tuangkan adunan Oreo tadi, ratakan dalam Loyang dan bakar pada suhu 170’c selama 10-15minit (Bergantung pada oven masing2)
-Adunan yang selebihnya dibahagikan kepada 2 Bahagian:
-1 bahagian dibiarkan kosong (Asal)
-1 bahagian dicampurkan dengan Nutella
-Setelah adunan Oreo tadi masak,tuangkan pula adunan asal. Dan bakar pada suhu 170’c selama 20 minit.
-Begitu juga dengan adunan Nutella, bakar sehingga masak.
**Kek ini Juga boleh dikukus seperti biasa**