All About My Hobbies~

All About My Hobbies~
Welcome To My Humble Cooking Blog. Nothing special about my blog, I'm Not a Professional...But I Really Enjoy Myself Doing It. "Mommy's Ryan Kitchen " is all about cooking & Baking. Just to share some tested & validated recipes from people who loves cooking. All Photos & Recipes is Belong to Blog Mommy Ryan's Kitchen. Strictly Copy Paste & Download all Items in This Blog Is NOT ALLOWED. Thank You!.

Thursday 14 August 2014

Crunchy Brownies Cheese~


 Crunchy Brownies Cheese~
 Bahan-Bahan: (Loyang 8x8)
 Untuk Brownies:
 250gm Butter (Saya Guna Buttercup)
 50gm Serbuk koko + 1Cup Serbuk Milo
 3 Biji Telur (Grade A)
 1 Cup Gula castor
 200ml susu cair
 1 ½ Cup Tepung kek
 1 Sudu Teh Baking Powder
 1 Sudu Teh Bicarbonate Soda
 100gm coklat chip 60gm Badam Kisar

 Cara Membuatnya:
 Cairkan Butter, (guna api perlahan) setelah cair masukkan serbuk koko & Milo. Kacau sebati hingga larut.(  Gunakan pemukul telur lagi mudah) – KETEPIKAN-

 Dalam bekas lain, putar telur & gula hingga gebu.
 Kemudian masukkan adunan Butter & Serbuk koko yang telah dicairkan tadi. Kacau perlahan sehingga  sebati.
 Masukkan juga Tepung kek, baking powder, bicarbonate soda. Kacau sebati. Kemudian masukkan  susu  cair. Sebatikan. Akhir sekali, masukkan coklat chip serta badam kisar kedalam adunan. Gaul rata (kuab  balik dengan senduk sahaja).

 Sediakan Loyang yang telah dialas dengan sedikit mentega & baking  paper. *Air kukusan hendaklah  dididihkan terlebih dahulu ye* Tuangkan adunan kedalam Loyang & kukus hingga masak. (angaran masa  dalam 1jam @ lebih)

 Untuk Adunan Cheese~
 Bahan-Bahan:
 200gm Cream cheese
 1 Cup Gula castor
 1 Biji Telur (Grade A)
 4 Sudu Makan Tepung kek
 4 Sudu Makan Horlicks
~Putar Cream Cheese dengan gula hingga gebu. Kemudian masukkan Telur. Putar sebati .
~Masukkan juga Tepung kek & Horlicks. Putar sekejap biar sebati.
** Tuangkan adunan cheese diatas adunan Brownies (Yang dah dikukus tadi,bila permukaan dah masak) **   Kukus lagi sehingga kek masak sepenuhnya. ~Selamat Mencuba…


Wednesday 13 August 2014

Lapis Cheese


 Kek Lapis Cheese
 Bahan-bahan ( Loyang 8x8' )
 10 biji kuning telur (Grade A)
 6 biji putih telur (Grade A)
 1 Cup gula kastor
 1 1/2 Cup tepung kek (Guna Tepung Gandum pun Boleh)
 1 sudu makan ovelette
 100 gm air (dari peti sejuk)
 250 gm Cream Cheese (Any Brand)
 4 sudu makan susu pekat
 3 sudu Makan Horlicks
 400gm Butter (Saya Guna Buttercup)

Cara-Cara:
Pukul telur,gula dan ovelette (medium Speed) hingga kembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diiringi dengan air ais hingga habis,masukkan juga horlicks. Ketepikan
Di dalam bekas lain,pukul mentega dan susu hingga kembang.
Satukan kedua2 adunan tadi dan gaul sebati.
Kemudian Masukkan pula Cream Cheese dan gaul lagi hingga adunan rata.
Sediakan loyang yang telah dialas dengan sedikit mentega & baking paper.
Ambil sedikit adunan & Bakar. Bakar berlapis2 hingga masak...
Guna api bahagian atas sehingga lapisan habis.
Setelah siap semua lapisan barulah bakar menggunakan api atas dan bawah lebih kurang dlm 10-15 minit. *Bergantung pada suhu Oven masing-masing*


Lapis Evergreen 2


 Kek Lapis Evergreen 2
 Bahan2: (utk Loyang size 5x6")
 1 cup Tepung Kek (Guna tepung kek Pun Boleh)
 5 biji Telur (Grade A)
 1 Cup susu Tepung
 1/3 cup Horlicks
 1/3 cup susu pekat manis
 3 sudu besar seri Kaya
 1/3 cup Gula
 225gm mentega
 Pewarna Hijau secukupnya ( saya guna pandan paste)

 cara membuatnya ...
 Pukul mentega dengan Gula hingga kembang.... kemudian masukkan telur satu persatu..pukul lagi hingga  adunan sebati.. Masukkan Tepung Gandum..Susu tepung & Horlicks Yang telah diayak.. kacau sebati..  masukkan pula susu pekat manis.. pukul rata2.. Kemudian masukkan Pandan paste atau pewarna hijau.Gaul  sebati. sediakan loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega. Ambil sedikit adunan &  bakar (suhu 160' utk 10minit *bergantung pada oven masing2)  Ulang proses yang sama sehingga adunan  habis. Selamat Mencuba..

Lapis Pandan Coklat 2


 Kek Lapis Pandan Coklat 2
 Bahan2: (Loyang 8x8)
 10 biji telur (Grade A)
 1 tin (500gm) susu pekat manis
 1 tin kecil seri kaya
 1 Cup gula halus
 2 1/2 Cup tepung kek
 2 sudu teh baking powder
 400gm Butter (saya Guna Buttercup)
 1 sudu makan Coklat Emulco / perisa coklat
 50gm serbuk koko
 2 Cup susu tepung
 pewarna hijau & perisa pandan secukupnya

Cara-cara:
pukul mentega & gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu.Kacau hingga sebati. sesudah itu, masukkan tepung gandum & baking powder.
Kacau lagi,bila adunan sudah sebati masukkan pula susu pekat manis, seri kaya & susu tepung.
bahagikan adunan kepada 2 bahagian..
Bahagian 1) campurkan dengan serbuk koko & Coklat Emulco @ perisa coklat.
Bahagian 2) campurkan dengan perisa pandan & pewarna hijau.
Sediakan loyang yang telah dialas dengan sedikit mentega & baking paper. Tuangkan sedikit adunan warna coklat dulu & bakar (Suhu 160' utk 10minit* bergantung pada suhu oven masing2) kemudian diikuti dengan warna hijau..ulang proses yang sama hingga adunan habis.