All About My Hobbies~

All About My Hobbies~
Welcome To My Humble Cooking Blog. Nothing special about my blog, I'm Not a Professional...But I Really Enjoy Myself Doing It. "Mommy's Ryan Kitchen " is all about cooking & Baking. Just to share some tested & validated recipes from people who loves cooking. All Photos & Recipes is Belong to Blog Mommy Ryan's Kitchen. Strictly Copy Paste & Download all Items in This Blog Is NOT ALLOWED. Thank You!.

Wednesday 27 March 2013

Sambal Mangga Muda~


 Sambal Mangga Muda~
 Bahan2:
 2 Biji Mangga muda (diparut /dimayang halus)
 cili secukupnya ( ikut suka nk pedas ke tak)
 segenggam ikan bilis
 segenggam udang kering
 2cm Belacan
 Garam secukupnya sedikit gula (jika suka)

Cara membuat.
Tumbuk cili, udang kering & ikan bilis hingga lumat. masukkan belacan...tekan2 kan biar hancur & sebati.. kemudian satukan dengan mangga muda yang telah diparut/dimayang tadi.. Perasakan dengan garam secukupnya..& sedikit gula jika suka..

Strawberry Pudding~


 Strawberry Pudding~
 25gm agar2 bertali (dipotong kecil2 ye)
 1025ml air
 1 Tin susu cair (500gm)
 1 sudu Teh Esen Vanila
 1 Cawan Gula
 sedikit perasaStrawberry (saya GunaStrawberry Paste)
 1 Biji Telur

 Cara2:
Masak agar2 bertali dengan 1025ml air hingga hancur..Kemudian masukkan perasa strawberry ..Masukkan  juga gula.. dlm bekas lain,tuangkan susu cair, Esen Vanila , & telur..Kemudian pukul dengan pemukul telur hingga sebati ye.. Ketepikan..
susun buah Strawberry dlm loyang/bekas ..Tuangkan sedikit adunan yg dimasak tadi. Masukkan ke dalam Freezer supaya cepat beku..
setelah itu,satukan adunan susu cair, dengan agar2 betali yang dimasak tadi,kacau sebati... teruskan kacau hingga benar2 sebati & agar2 tadi hancur.. Bila adunan yg pertama tadi telah membeku, tuangkan baki adunan kedalam loyang.. Dah siap!..
biarkan sejuk seketika barulah dimasukkan kedalam Freezer ye..Biar 1/2-1jam utk agar2 membeku sepenuhnya..


Saturday 16 March 2013

Tiramisu Simple~


Tiramisu Simple~
 Sumber dari Blog Cahaya Cinta Ku: http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2011/11/tutorial-buat-tiramisu-simple.html

 Bahan2:
 1 Biji sponge kek (saya beli je kat Tesco) ^^
 250ml whipping cream
 200gm cream cheese
 1/2 cawan gula halus
 1 sedu teh esen vanila
 1 cawan air panas (utk bancuh nescafe)
 1 sudu makan serbuk nescafe
 Serbuk koko untuk hiasan/Topping

 Cara membuatnya:
 1. potong kek kepada 3 bahagian..untuk dijadikan 3palis kek . Nak guna apa2 perasa pun boleh, beli yg  ada di jual kat pasaraya..
 2. Keluarkan cream cheese dan masukkan dlm bekas. .
 3. campurkan sekotak whipping cream ke dalam bekas cream cheese tadi ye..
 4. Masukkan jugak gula dan esen vanila..
 5. Putar semua bahan2 yang ada dalam mangkuk tadi.. pukul sampai kembang..
 6.Kemudian, ambik secawan air panas tadi,campurkan dengan 1sudu makan nescafe dan kacau..(tanpa gula ye)
 7. seterusnya susun lapisan kek yang pertama pada bekas/acuan yg sesuai.. lembabkan permukaan kek tersebut dengan air nescafe tadi.. tapi jgn sampai terlalu basah ... agak2 lembab je..
 8.selepas itu, masukkan 1/3 dari bahan/adunan yang telah di putar tadi.. sapu rata sampai semua bahagian lapisan kek tertutup..
 9. Kemudian taburkan serbuk koko ke atasnya.. guna penapis semasa nak tabur Biar nampak cantek.. 10.Kemudian lapiskan dengan layer kek yg kedua.. ulang proses yang sama seperti langkah 7 & 8 tadi ye.. buat sampailah layer kek yg terakhir .. Dah siap, sejukkan di dalam peti sejuk..
Esok boleh la makan!..hehehe^^


Wednesday 13 March 2013

Agar2 Simply Pandan~


 Agar2 Simply Pandan~
 Bahan2:

 25gm agar2 bertali (dipotong kecil2 ye)
 1025ml air
 200ml santan
 1 sudu Teh Esen Vanila
 1 Cawan Gula
 sedikit perasa Pandan (saya Guna Pandan Paste)
 1 Biji Telur

Cara2:
Masak agar2 bertali dengan 1025ml air hingga hancur..
dlm bekas lain,tuangkan santan, Esen Vanila ,Perasa pandan (pandan Paste) & telur..Kemudian pukul dengan pemukul telur hingga sebati ye..
setelah itu,satukan dengan agar2 betali yang dimasak tadi,kacau sebati... Masukkan juga gula...teruskan kacau hingga benar2 sebati & agar2 tadi hancur..

sediakan Loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu dengan air, agar mudah utk mengeluarkan agar2 nanti.. Tuang kan adunan yang telah dimasak kedalam acuan/loyang..biarkan sejuk seketika barulah dimasukkan kedalam Freezer ye..Biar 1/2-1jam utk agar2 membeku sepenuhnya.. dah siap!..

 ## saya taburkan serbuk milo & badam kisar utk hiasan ##..

Thursday 7 March 2013

Kek Horlicks Oreo~

Resepi asal dari Kak Mai Zura~
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=318835311563060&set=t.100003689301667&type=3&theater


 Bahan2:
 2 biji telur
 2 cawan tepung gandum
 1 Cawan Horlicks
1 1/4 cawan gula
 1 1/2 sudu teh baking powder
 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
 1 sudu teh Esen vanilla
 2 sudu besar serbuk koko ( saya guna 1pack biskut Oreo yg dipatah2 kan)
 1 sudu teh garam halus
 1 cawan susu cair
 1 cawan minyak masak
 1 cawan air panas mendidih

Satukan kesemua bahan kecuali air panas. Kacau rata Akhir sekali masukkan air panas gaul sebentar [utk rata sahaja] dan terus di tuang kedalam loyang berlengser dan bakar suhu 170C selama 1 jam
 ## Saya Kukus dlm 45minit-1Jam## @Hingga kek masak~